Bagaimana Untuk Menjemput Rezeki Dengan Cara Mudah

2:09 pm Emalin Mohd 6 Comments

Ingin dikongsikan intipati satu video yang berkenaan cara mudah menambah rezeki atau menjadi kaya.

Siapa yang tak suka menjadi kaya? Mungkin ada tapi rasanya ramai yang suka menjadi kaya.

Tafsiran kaya?

Terpulang pada definisi masing-masing.

▶️ Kaya harta
▶️ Kaya anak
▶️ Kaya jiwa
▶️ Kaya kesihatan



Antara intipati video tersebut amalan solat sunat Dhuha secara konsisten / istiqamah.

Ya, waktu pagi kita semua sibuk. Kekadang tersangat sibuk sehinggakan lupa sarapan Pagi. Sedar-sedar tengah hari sudah menjelma.

Nak tak rasa masa itu cukup bagi kita?
Kalau nak amalkan Solat Sunat Dhuha.

Ia melapangkan waktu dan menambah rezeki.




Selain itu, untuk mendapat DUIT yang banyak amalkan 5D berikut untuk mendapat D keenam. Sebenarnya video tersebut menyebut 7D. Jadi yang nak tau D ketujuh kena tonton video tersebut.


Nak tahu amalan 5D untuk mendapatkan D keenam dengan mudah?

1) DHUHA- mulakan dengan 2 rakaat dan penyerahan seluruh jiwa 

2) DOA- doa secara spesifik

3) DZIKIR- amalan dzikir juga menenangkan jiwa 

4) DERMA- amalan derma menyuburkan rezeki

5) DAGANG- 9/10 rezeki datang daripada perniagaan. Mulakan perniagaan dengan kos rendah seperti perniagaan online. Boleh bermula dengan menjadi Distributor Shaklee (keahlian seumur hidup hanya RM65.00 sahaja dan tak wajib beli stok).

6) DUIT- Insyaallah rezeki dalam bentuk duit lebih mudah datang.





Ingin memulakan perniagaan bersama Shaklee?

Hubungi:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


I ngin dikongsikan intipati satu video yang berkenaan cara mudah menambah rezeki atau menjadi kaya. Siapa yang tak suka menjadi kaya...

6 comments:

Masalah Gatal Dan Pedih Di Kaki Terutama Di Celah Jari Kaki

5:53 pm Emalin Mohd 2 Comments

Kulit kaki terutama di kawasan celah-celah jari mengelupas dan merekah sehingga terasa pedih dan gatal.

Pernah terjadi? 

Antara rawatan yang selalu diberikan ialah menyapu ubat antikulat atau antifungas dan antibiotik. Sapu 2-3 hari hilang kemudian datang semula.

Penyakit ini dikenali sebagai Athlete Foot. Bukan bermaksud menjadi ahli sukan baru dapat penyakit ini.

kulit kaki merekah dan gatal

Athlete Foot lazim menyerang di celah jari  kaki.

kulit kaki merekah dan gatal

Ada kalanya sampai berdarah dan rasa sangat pedih seperti terbakar. Antara nasihat yang selalu diberikan untuk mengatasi masalah gatal dan pedih akibat kulit mengelupas di kaki akibat jangkitan kulit ini adalah:

  • Stokin yang dipakai hendaklah daripada jenis kapas yang boleh menyerap lembapan
  • Stokin hendaklah ditukar setiap hari
  • Jangan pakai kasut yang sama setiap hari. Berikan pengudaraan pada kasut
  • Pastikan kaki dilap sehingga kering dan jika ada peluang diberikan pengudaraan terutama semasa berada di dalam rumah
Okay, saya percaya ramai telah melakukannya namun masalah tidak juga selesai. Gatal dan pedih di kaki terutama di celah jari kaki tetap berlaku. Sehinggakan satu masa mungkin terpaksa mendapatkan suntikan di klinik untuk mengurangkan kesan radang.

Pernah terjadi pada anda?

Rasa sakit sebab rasanya seperti pedih dan terbakar. Rasa gatal pula tak terperi.

Ubat antikulat pula bersilih ganti pelbagai jenama dan kebanyakan ubat antikulat ini mengandungi steroid walaupun sedikit untuk mengurangkan kesan radang. Steroid ini pula ada kesan negatif jika digunakan secara berpanjangan.

Tapi berapa lama untuk bergantung pada antifungal? 

Sehinggalah terjumpa dengan sejenis krim yang harganya tidak mencecah RM30.00. Bahan dalam krim itu pula tidak mengandungi steroid dan diperbuat daripada bahan semulajadi.

Malah ada yang berkata jika ada eczema pun mujarab menggunakan krim tersebut.

Pastinya ini antara pilihan terbaik!!

Dikhabarkan kesannya pula amat cepat. Krim yang tidak berminyak ini juga boleh disapu ke seluruh kaki terutama jika tumit kaki merekah.


Andai kata berminat dan ingin mencuba?

Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


Kulit kaki terutama di kawasan celah-celah jari mengelupas dan merekah sehingga terasa pedih dan gatal. Pernah terjadi?  Antara rawatan...

2 comments:

Punca Sumbing Berlaku Di Kalangan Bayi

5:52 pm Emalin Mohd 8 Comments

Majalah 3 pada 24 November 2014 memaparkan tentang kisah sumbing mulut dan sumbing lelangit. Antara sebab sumbing terjadi mengikut dokumentari tersebut ialah akibat kekurangan nutrisi pada ibu yang sedang hamil.



Sebenarnya saya terkejut juga mendengar punca sumbing adalah akibat kekurangan nutrisi.

Ini disebabkan mengikut laman web MyHealth iaitu portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, punca sumbing adalah seperti berikut:

Sebab-sebab:
  • Tidak diketahui.
  • Keturunan (30% mempunyai ahli keluarga dengan kecacatan yang sama).
  • Keadaan sifat baka (dengan kecacatan kelahiran lain).
  • Agen keracunan (ubat, jangkitan viral, racun yang dihasilkan oleh organisma hidup semasa mengandung).

Namun apabila diteruskan pembacaan, memang ada kemungkinan sumbing berlaku akibat kekurangan nutrisi.

Berdasarkan laman web NHS, kekurangan asid folik juga boleh menjadi penyebab kepada terjadinya sumbing. Sebelum ini rasanya ramai yang tahu kekurangan asid folik juga boleh menyebabkan kecacatan pada bayi iaitu kecacatan pada tulang belakang iaitu spina bifida. 

Berapa keperluan asid folik?

❤️ Untuk hamil: 400mcg
❤️ 3 bulan pertama kehamilan: 400mcg
❤️ Bulan ke 4-9 kehamilan: 600mcg
❤️ Menyusukan anak: 500mcg

Makanan yang mengandungi asid folik, antaranya:

▶️ Hati lembu 3auns: 215mg
▶️ Bayam direbus, 1/2 cawan: 131mcg
▶️ Asparagus direbus, 4 batang: 89mcg
▶️ Avocado, 1/2 cawan: 59mcg
▶️ Brokoli direbus 1/2 cawan: 52mcg

Jadinya untuk mendapatkan 400mcg sehari, kita perlu makan sebagai contoh hati lembu 3 auns, Bayam yang direbus 1/2 cawan dan avocado 1/2 cawan. Baru boleh dapat dalam 405mcg asid folik.

Bagaimana ingin pastikan pengambilan asid folik secukupnya?

Selain daripada pemakanan di atas terutama yang ingin hamil pastikan pengambilan Vitamin B Complex 

1 biji Vitamin B Complex Shaklee mengandungi 200mcg asid folik. Boleh menampung kekurangan asid folik daripada pemakanan seharian.

Tunggu apa lagi? Sediakan diri anda dalam keadaan paling baik untuk Menghadapi kehamilan. Yang penting usaha yang kita telah lakukan.

Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Majalah 3 pada 24 November 2014 memaparkan tentang kisah sumbing mulut dan sumbing lelangit. Antara sebab sumbing terjadi mengikut dokumenta...

8 comments:

Makanan Patut Elak Jika Ingin Hamil

1:44 pm Emalin Mohd 4 Comments

Nak cuba mengandung pun ada makanan yang perlu dielakkan. Lazim kita mendengar makanan yang tak boleh dimakan untuk yang telah hamil atau yang dalam pantang. Tetapi jika ingin hamil pun ada makanan yang patut dielakkan.


Kalau kita Google laman web terutama dari Barat, makanan yang patut dielak bagi meningkatkan peluang kehamilan seperti:

▶️ Minuman alkohol
▶️ Kafein
▶️ Ikan yang mengandungi merkuri

Macam mudah nak elak kan jika senarai itu berhenti di situ sahaja.

Tapi bukan sekadar itu sahaja. Ada lagi makanan lain yang patut dikurangkan seperti:

1) Makanan berlemak 
2) Ayam
3) Daging
4) Makan diproses seperti sosej, nugget
5) Makanan atau minuman manis



Gantikan makanan tersebut dengan:
1) Sayuran Hijau
2) Buah-buahan berwarna seperti epal, anggur, betik & pear
3) Ikan bagi menggantikan ayam & daging

Sebenarnya, untuk hamil perlukan pemakanan yang betul di samping bersenam. Pemakanan yang betul memastikan badan mendapat nutrisi secukupnya.

Dan bagi yang terlalu sibuk, pastikan supplement diambil bagi meningkatkan kesuburan melalui nutrisi yang mencukupi.


Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


Nak cuba mengandung pun ada makanan yang perlu dielakkan. Lazim kita mendengar makanan yang tak boleh dimakan untuk yang telah hamil atau y...

4 comments:

Cara Atasi 6 Sebab Susah Hamil

11:24 pm Emalin Mohd 4 Comments

Setahun telah berumahtangga tapi belum hamil. Walaupun ramai yang kata masih musim bulan madu tapi dua garisan pada ujian kehamilan amat dinantikan.

Atau sudah ada anak pertama tapi susah nak hamil anak kedua. 

Ketika ini, kalau boleh semua petua untuk meningkatkan kesuburan untuk mudah hamil dilakukan.

Kurma, madu, ginseng semua diamalkan tapi tanda-tanda belum juga Ada.



Tanpa disedari dalam kehidupan seharian apa yang lazim dilakukan boleh mengurangkan peluang kehamilan.

1) Tidak Bersenam
Tidak bersenam boleh menyebabkan berat badan bertambah kerana kalori masuk lagi banysm dari keluar. Badan pun akan lesu dan cepat penat.

Bersenam selain untuk mengekalkan berat badan ideal atau untuk mengurangkan berat badan, ia juga boleh meningkatkan peluang kehamilan. 

Dengan bersenam, pengaliran darah ke organ peranakan seperti rahim menjadi lancar. Sekaligus dapat menghasilkan telur berkualiti dan kondisi rahim yang sihat. 

2) Minuman berkafein
Walaupun nenek kita suka minum kopi dan mempunyai anak ramai, mengelakkan  Minuman berkafein Ada baiknya. 

Ini disebabkan terdapat kajian menunjukkan minuman berkafein mengurangkan peluang untuk hamil sebanyak 50%. 

Jadi, jika anda cuba untuk hamil berhenti dulu minum kopi walau rakan baik anda yang hantu minum kopi boleh hamil dengan mudah. Mungkin anda yang berada dalam statistik 50% sukar hamil akibat minuman kafein itu!

Tukar sahaja minuman kafein tersebut dengan Cinch Tea!

3) Menghadapi tekanan
Stress atau tekanan akan menyebabkan lebih sukar untuk hamil. Kurangkan stress dengan melakukan senaman atau hobi yang disukai. 

4) Penggunaan ubat
Ada ubat yang diambil oleh para suami boleh menjejaskan penghasilan sperma dan tahap kesuburan. Berbincang semula dengan doktor untuk mendapatkan pilihan terbaik.

5) Menggunakan pelincir
Walaupun pelincir membantu dalam hubungan intim tetapi ia boleh merosakkan sperma. 

Elakkan menggunakan pelincir. Hasilkan pelincir semulajadi atau cuba GLA Complex. 

GLA Complex amat membantu masalah kekeringan yang dihadapi wanita.

▶️ GLA fungsi utamanya membantu membaiki sistem badan seperti aliran darah yang lancar & menstabilkan hormon 
▶️ Vitamin E di dalam GLA Complex yang membantu melindungi  dinding arteri dan menyokong sistem imun badan serta juga dikenali sebagai vitamin cinta (meningkatkan kesuburan) dan vitamin cantik (kecantikan kulit).


6) Kurang nutrisi untuk kesuburan 
Terdapat beberapa jenis vitamin seperti Vitamin C, Zinc Complex & Vitamin E dengan Selenium mampu meningkatkan kesuburan. 

Diet yang tidak seimbang mungkin menyebabkan nutrisi tersebut tidak diperolehi sepenuhnya. Tambah supplement untuk memastikan nutrisi mencukupi.


Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978







Setahun telah berumahtangga tapi belum hamil.  Walaupun ramai yang kata masih musim bulan madu tapi dua garisan pada ujian kehamilan amat di...

4 comments:

Atasi Risiko Nyanyuk Akibat Pemakanan

5:28 pm Emalin Mohd 2 Comments

Nyanyuk atau dementia!! Pasti menyukarkan dan mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang nyanyuk semasa meniti usia.

Walaupun penyakit ini dikaitkan dengan golongan orang tua namun tidak mustahil golongan muda juga menghidap penyakit nyanyuk.

Antara golongan yang berisiko untuk nyanyuk ialah:

▶️ Penyakit yang melibatkan kerosakan sel saraf otak seperti penyakit Alzheimer, Parkinson & Huntington.

▶️ Penyakit yang menyerang salur darah seperti serangan strok.

▶️ Reaksi kepada toksin seperti penyalahgunaan dadah & pengambilan alkohol berlebihan.

▶️ Kekurangan vitamin B seperti B12 dan asid folik.

▶️ Jangkitan pada otak dan saraf tunjang seperti akibat penyakit AIDS.

▶️ Jenis tertentu penyakit hydrocephalus iaitu perkumpulan cecair di dalam otak akibat tumor, kecacatan, kemalangan atau jangkitan kuman.

▶️ Kecederaan di kepala seperti akibat bertinju.

(Sumber: WebMd)

Risiko nyanyuk juga dapat dikurangkan kepada 60% dengan pengambilan Omega 3 dalam diet seharian.




Ini disebabkan otak terdiri daripada 70% lemak namun bukan semua jenis lemak. Sel-sel otak perlu berada dalam keadaan fleksibel untuk berfungsi dengan baik. Lemak yang diperolehi akan ditukar menjadi sel membran. Lemak yang dimaksudkan ialah Aid Lemak Omega 3. Lemak yang perlu dielakkan ialah lemak trans yang seperti plastik dan keras. Lemak trans akan menyebabkan sel tidak berada dalam keadaan elastik dan tidak fleksibel. Lemak trans banyak terdapat di dalam pastri (termasuk kuih donut), ayam goreng, biskut, pizza (atau roti canai).

Omega 3 juga adalah penting bagi meningkatkan fokus serta keupayaan mengingat. Bak kata iklan "Sel-sel otak telah berhubung".

Memandangkan ada cara untuk mengurangkan risiko nyanyuk berkaitan nutrisi, maka pastikan diet seharian mengandungi makanan yang tinggi vitamin B terutama B12 dan asid folik serta Omega 3.

Contoh makanan yang tinggi kandungan B12 ialah ikan mackerel, tofu, telur & dadih manakala makanan tinggi asid folik ialah sayuran hijau seperti bayam dan brokoli, jagung dan seleri. Makanan yang mempunyai nutrisi Omega 3 yang tinggi pula seperti ikan salmon, ikan sardin dan flaxeseed.

Untuk yang ingin menambah nutrisi selain makanan di atas boleh cuba supplement Vitamin B Complex & Omega Guard keluaran Shaklee.


omega 3

Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Nyanyuk atau dementia!! Pasti menyukarkan dan mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang nyanyuk semasa meniti usia. Wal...

2 comments:

Perkongsian Pengalaman Bersalin Dan Tanda-Tanda Bersalin

7:47 am Emalin Mohd 2 Comments

Perkongsian ini adalah daripada ahli keluarga yang sedang menunggu kelahiran anak kedua. Semoga bermanfaat untuk semua.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketika usia janin menjangkau 36 minggu sehingga 40 minggu, ia adalah tempoh yang terbaik untuk kelahiran. 




Apa akan terjadi sepanjang proses ini?

Anda akan semakin kerap tidak boleh tidur malam bermula pada trimester terakhir, kerap membuang air kecil (kerana bayi menekan punding kencing ibu) dan juga berpeluh.

Dan sekitar minggu-minggu ini juga bakal ibu akan merasa 'braxton hicks' atau kontraksi palsu.

Bagaimana membezakan kontraksi palsu dan kontraksi yg sebenar?
Kontraksi palsu hanya berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu dengan merasa kekejangan di bahagian rahim dan perut (Ianya masih tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata tetapi yang pernah hami atau sedang menunggu kelahiran mungkin akan mengalaminya)
Manakala kontraksi sebenar akan berlaku lebih kerap sehingga boleh dirasai dalam tempoh setiap 5 minit dalam tempoh hingga ke 24 jam atau lebih!

Tanda-tanda bersalin ada 2 iaitu pecah air ketuban atau 'amniotik fluid' atau juga keluar darah.

Apabila pecahnya air ketuban segeralah ke hospital walaupun masih tidak merasakan kontraksi.

Jika keluar darah dan tidak merasakan kontraksi, anda masih punya pilihan untuk duduk di rumah (jika jarak tempat bersalin berdekatan dengan anda) atau ke hospital untuk melakukan pemeriksaan rahim di mana doktor akan memeriksa bukaan laluan pada pintu rahim anda.

Ketika berlakunya kontraksi sebenar, bagi ibu yang diizinkan Allah bersalin secara normal, anda pasti akan merasakan kesakitan yang hanya Allah sahaja yang tahu (tetapi berbeza mengikut ujian yang Allah nak bagi. Ingat!! Allah penentu segala-galanya) dan dalam keadaan separuh waras ketika itu barangkali ada ibu yang akan meminta bersalin secara pembedahan. Kerana tidak semua ubat penenang atau tahan sakit mampu membendung kontraksi ketika bersalin hatta epidural (sejenis ubat penenang atau tahan sakit yang akan dimasukkan ke tulang belakang)..



Semasa menghadapi kontraksi yang tidak tahu berapa lama akan berlaku, apa yang boleh ibu buat?

Bacalah Al-quran, moga dengan ayat-ayat Allah akan lebih menenangkan kita dan memberi kewarasan serta kesabaran buat ibu dalam mendepani kontraksi.

Bacalah walau dengan menahan sakit itu, bacalah hatta dengan linangan air mata (mukjizat Allah ini sangat membantu, boleh khatam Surah Yaasin 4 kali sementara menunggu Umar (anak pertama) keluar sambil menangis membaca, setiap habis 1 ayat siap sedu-sedu menahan sakit yang mana suami pun tidak boleh membantu.

Teringat kata-kata doktor setiap kali rasa terlalu sakit.
"Sabarlah ye, sakit tu kan hapus dosa".

Gugur lagi air mata, terus tak berani minta ubat tahan sakit..

Dan ibu jangan lupa bawa bekalan air zam-zam dan juga kurma untuk tenaga segera. Jangan biarkan anda kelaparan kerana proses meneran memerlukan tenaga. 

Adalah salah apabila anda langsung tidak menjamah makanan ketika masuk ke dalam labour room..


Ketika bersalin, sila ikut nasihat doktor walaupun saya tau ibu dalam keadaan sakit yang amat sangat.

Sila jangan angkat punggung untuk mengelakkan koyakan di perinium besar atau teruk. Dan elakkan mengeluarkan suara ketika meneran kerana ia akan memakan tenaga ibu ketika meneran atau boleh amalkan sapuan minyak VCO pada trimester akhir kehamilan.

Tarik nafas dan ingat Allah.




Semoga membantu!! Kenapa rasa nak sharing? Sebab walaupun dah tengok video bersalin banyak kali tak pernah nak rasa 'feel' hatta melalui perkongsian pun.

Ada ibu takut nak sharing sebab risau orang lain takut nak bsalin.

Ingat!! Sakit itu anugerah 
Suami juga sila baca buku dan cedok ilmu. 

Apa peranan suami ketika isteri di dalam labour room.

Selamat berjuang!! 



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih Hanis atas perkongsian. Selamat berjuang untuk kelahiran khalifah kedua. 

Perkongsian ini adalah daripada ahli keluarga yang sedang menunggu kelahiran anak kedua. Semoga bermanfaat untuk semua. --------------...

2 comments:

Bagaimana Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu?

12:17 am Emalin Mohd 0 Comments

Ibu mengambil keputusan untuk menyusukan bayi secara eksklusif? 

Tahniah!! Niat tersebut pun dah cukup baik. Tapi tertanya bagaimana nak menyimpan susu ibu yang telah diperah?


Jadual di atas khas untuk bayi yang tiada masalah kesihatan dan lahir cukup bulan.

Jika dalam suhu bilik, susu yang baru diperah tahan sehingga 10 jam. Tapi kalau cuaca di Malaysia yang tengah harinya panas mencecah 29'C seperti waktu tengah hari, memang tak tahan. Cepat basinya. 

Suhu 18-22'C tersebut seperti duduk dalam bilik penghawa dingin.

Jadinya, selepas mengepam susu ibu dan jika tiada peti ais di pejabat simpan sahaja dalam cooler bag.


Tak semua rasa selesa jika kita meletak perahan susu ibu di dalam peti ais yang dikongsi bersama.

Pilih cooler Ice pack & cooler bag yang baik. Cooler bag yang biasa dijual di pasaran selalunya tak ada masalah.

Cuma perlu cari cooler Ice pack yang tahan lama. Antara yang tahan lama melebihi 8 jam seperti jenama Coleman. 



Sebabnya kadangkala kita tak tahu dapat balik pukul berapa. Jadi, persiapkan diri kita dan barang keperluan penyusuan yang boleh tahan melebihi 8 jam.

Susu yang diperah letak di mana pula ya?

Pilih cooler bag yang agak besar yang boleh memuatkan semua susu ibu yang telah diperah. 

Semasa waktu bekerja ada baiknya kekalkan sahaja susu ibu yang telah diperah di dalam botol susu untuk menjimatkan masa.

Tidak perlu mencuci botol dan peralatan mengepam setiap kali selepas mengepam. Cukup dengan menyimpan di dalam cooler bag peralatan pam tapi pam jangan pula letak dalam cooler bag.

Setelah balik kerja, susu tersebut boleh disimpan mengikut keperluan bayi. Contoh, bayi menyusu 4auns. Jadi, setiap penyimpanan kita adalah 4 auns/botol. Susu tersebut boleh dicampur dengan syarat dengan suhu sama dan pada hari yang sama.

Tempat penyimpanan susu, boleh pilih samaada menyimpan dalam botol susu (menggunakan ruang yang banyak) atau plastik susu yang lebih jimat ruang.

Boleh jika simpan di dalam bekas dadih tetapi kena pastikan kebersihan dan pakai buang bukan berulang kembali. 

Labelkan setiap simpanan perahan susu ibu.

Untuk memudahkan pengasuh bayi kita, susu yang telah dinyah beku hendaklah diletak dalam botol susu. Pengasuh hanya perlu merendam dalam air suam dan meletakkan puting susu sahaja.

Bagi mengelakkan pembaziran dan juga agar bayi mendapat khasiat terbaik gunakan hanya 1-2 stok susu dan selebihnya susu yang belum dibekukan.

Sebagai contoh, jika bayi memerlukan 5 botol susu sepanjang peninggalan kita:

Bekalkan 2 botol susu yang telah dinyah beku dan 3 botol susu yang baru diperah semalam yang belum dibekukan.

Ini supaya lebihan botol susu yang belum  dibekukan masih boleh digunakan kemudian.

Susu yang telah dinyah beku hanya boleh digunakan dalam tempoh 24 jam.

Tips: Hasil susu yang diperah hari ini tidak perlu terus dibekukan.

Mudah bukan? 

Ibu mengambil keputusan untuk menyusukan bayi secara eksklusif?  Tahniah!! Niat tersebut pun dah cukup baik. Tapi tertanya bagaimana...

0 comments:

6 Cara Mudah Menguatkan Ingatan

6:09 am Emalin Mohd 8 Comments

"Mana kunci kereta ni? Tadi rasa letak dalam handbag".



Menggagau-gagau mencari kunci kereta di dalam beg tangan tapi tak jumpa-jumpa. Dah jadi pelupa ke?

Orang kata selepas bersalin, banyak urat terputus. Itu yang jadi pelupa tu.

Tapi, ada 6 cara mudah untuk meningkatkan keupayaan mengingat jangka masa pendek dan supaya kekal lama.

1) Mengamalkan zikir Ya Rahman sebanyak 100 kali setiap kali selepas solat fardhu. (Sumber: Buku Mudahnya Menjemput Rezeki).

2) Membuat senaman intensity sederhana selama 6 minit jika sukar sangat untuk bersenam dengan Alasan sibuk. Senaman intensity sederhana ni bermaksud boleh bercakap semasa bersenam tapi tak dapat menyanyi. Contoh jogging. Senaman boleh meransang paras hormon epinephrine iaitu bahan kimia yang membawa mesej berkaitan ingatan. Sebab itu orang kata badan sihat, otak cerdas.

3) Fokus ketika cuba mengingati. Tak perlu ketika mencari kunci kereta kala itu juga menjawab panggilan telefon.



4) Tutup mata selepas mempelajari sesuatu atau ketika cuba mengingat tetapi bukan tidur. Lagi bagus jika kita cuba tayangkan dalam fikiran kita .

5) Lakukan hobi yang meransang minda seperti bermain silang kata, alat muzik, melukis dan sebagainya. Ia menggalakkan otak untuk berfikir dan berfungsi 30% dengan lebih baik.

6) Makan banyak ikan. Ikan seperti ikan salmon, bilis dan tongkol mengandungi Omega 3 iaitu asid lemak yang penting. Omega-3 ini pula terdiri daripada DHA & EPA. 




Omega-3 amat baik untuk perkembangan otak dan meningkatkan fokus. Jadi dapat mengurangkan risiko untuk lupa di mana meletak barang dan juga meningkatkan fokus.

(Sumber: iSihat Nov 2014)

Selain makan ikan, boleh juga membeli minyak ikan agar keperluan Omega 3 di penuhi setiap hari.




Kelebihan minyak ikan Shaklee pula ia mengandungi lebih EPA & DHA berbanding Jenama lain.

Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : +60192500978

"Mana kunci kereta ni? Tadi rasa letak dalam handbag". Menggagau-gagau mencari kunci kereta di dalam beg tangan t...

8 comments: