Konvoi Ziarah Ramadhan 1435H - WISH Owners Club (WOC)

3:20 pm Emalin Mohd 0 Comments

Alhamdulillah, selesai sudah sesi Konvoi Ziarah Ramadhan 1435H bersama WISH Owners Club (WOC) yang telah diadakan pada 19 Julai 2014.


Konvoi Ziarah Ramadhan ini diadakan di dua tempat serentak iaitu di Selangor bagi WOC Central dan di Segamat, Johor bagi WOC SOuthern Region.

Sebelum pihak WOC memilih rumah anak yatim, tinjauan dilakukan terlebih dahulu. Ini bagi memastikan kesahihan dan kewujudan rumah perlindungan / kebajikan di samping menilai keperluan sebenar rumah anak yatim tersebut dengan menemubual pengusaha atau pihak pengurusan.


rumah anak yatim



Setelah pemilihan dilakukan dengan sebulat suara, program diteruskan dengan aktiviti seterusnya ialah mengumpul dana untuk membantu anak-anak yatim tersebut. 

Mesej tersebut telah disebarkan terutama melalui laman sosial.

Petikan mesej....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekali lagi dengan limpah kurnia Nya...kami Wish Owner Club Central diberi peluang kali kedua untuk berbakti kepada masyarakat di bulan yang paling mulia ini untuk menjalankan aktiviti tahunan kami iaitu Kembara Ziarah Ramadhan (KZR).

Hasil kajian & tinjauan yang telah dibuat oleh buddies WOC, kami sebulat suara memilih Rumah Perlindungan Al-Nasuha Gombak permai sebagai destinasi kami pada tahun ini.

Rumah Perlindungan Al Husna - Gombak Permai diusahakan sepenuhnya & didaftar dibawah NGO oleh Pn Fatmah Husin (Umi) sekeluarga secara sepenuh masa.

Tanggungan/Perbelanjaan.

-Head count sebulan diperlukan RM30,000.
-Kos sewa 3 buah rumah = RM6000.
-Kos utiliti = RM4000.
-Jumlah penghuni = 69 orang (berumur dari setahun hingga 19thn)
-Kritirea penghuni = anak2 yatim piatu, anak2 terbiar, anak2 org miskin, anak2 yg diambil dari hospital setelah ditinggalkan...

Bantuan yg diperlukan hanyalah berbentuk sumbangan wang tunai dan barangan tidak diperlukan kerana ruang rumah yang terhad.

Dengan ini, kami di WOC tanpa rasa segan & malu mengajak anda untuk menyumbang kepada rumah perlindungan ini melalui kami bagi meringankan beban pihak pengurusan disamping memberi sedikit sinar kepada penghuni untuk menyambut syawal yang akan menjelma.

Bagi yang ingin menyumbang, boleh menyalurkan sumbangan anda ke Acc saya: 

Xxxxxx (RHB) - Mahathir b. Mohd Pattali

Sumbangan hendaklah dibuat sebelum 15/7/14. Penyerahan sumbangan akan dibuat pada 19/7/14.

Untuk keterangan lanjut, boleh la menghubungi saya atau mereka;

Lats Azizul Ab Aziz - Penyelaras Program KZR 2014
Ahmad Naqib - Biro Kebajikan WOC Central
Razimi Hj Mohamed - COC

Atau mana2 buddies WOC yg berhampiran anda.

Semoga dengan usaha kami yg tidak seberapa ini mendapat keredhaan Allah SWT. Amin.

Sekian

Bendahari KZR WOC Central 2014
WishOwnerClub

#tanganyangmemberilebihbaikdariyangmenerima #prayforgaza


Dengan sokongan anda semua, tahun ini WOC telah mendapat kutipan sebanyak RM9,591.00 hasil sumbangan ahli WOC dan orang perseorangan. Hasil kutipan tersebut diagihkan dengan pemberian duit raya, cenderahati (goodies) dan juga wang tunai yang diserahkan kepada pengurusan rumah tersebut tanpa meninggalkan baki.

Tiada yang lebih menggembirakan daripada melihat keceriaan yang terpancar di muka anak-anak tersebut.

Namun kesedihan tetap dirasai bila mengenangkan anak-anak ini membesar tanpa kasih sayang ibu bapa di sisi.

Semoga aktiviti ini berterusan di tahun mendatang.


Kami sangat mengalu-alukan sokongan ramai dan syarikat swasta yang ingin menaja atau bersama-sama kami menjayakan program Konvoi Ziarah Ramadhan WOC Central ke-3 untuk tahun hadapan. InsyaAllah...


WOC bukan sekadar kelab kereta yang bersukaria!!!


"Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima"


Enjoy the pics....








Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1435H dan Maaf Zahir Batin...

p/s: Nak makan tanpa rasa bersalah di Hari Lebaran? 
Jom klik MAKAN



Alhamdulillah, selesai sudah sesi Konvoi Ziarah Ramadhan 1435H bersama WISH Owners Club (WOC) yang telah diadakan pada 19 Julai 2014. ...

0 comments: