Minuman Tenaga Untuk Kekal Cergas Semasa Berpuasa

10:33 am Emalin Mohd 0 Comments

Sekarang bukan hanya ahli sukan sahaja mencari minuman untuk kekal cergas sepanjang hari. Kita ni yang sedang bersiap sedia untuk menyambut Ramadhan pastinya ingin kekal cergas juga. Ibu mengandung yang tiada selera makan dan ibu yang sedang menyusukan anak yang pastinya memerlukan kalori lebih daripada wanita lain. 

Nak pilih minuman tenaga di pasaran pula, pastinya kandungan gula yang tinggi dan juga air berkarbonat tidak elok untuk kesihatan jika diambil dalam masa yang panjang.

Apa pilihan yang kita ada untuk memilih minuman tenaga agar kekal cergas sepanjang berpuasa?

Mighty 3 Gem Set (Shaklee) sudah semestinya. Kita lihat apa yang ada dalam set ini ya.



Energizing Soy Protein
*****************
  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
  • Membekalkan tenaga,
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster) 
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot 
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat




Meal Shakes
*********
Meal shakes bukan sekadar minuman untuk anak-anak malah manfaatnya boleh dikongsi untuk seisi keluarga.

Ianya mengandungi:

♥ Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk.
♥ Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
♥ Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
♥ Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
♥ Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
♥ Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
♥ Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.



Performance Drink
****************

Siapa kata Performance Drink hanya untuk ahli sukan? Tidak semestinya hanya ahli sukan sahaja yang ada manfaat untuk minum Performance Drink ini. Dan istimewanya Performance Drink ini ianya bukan air berkarbonat dan kandungan gula hanya 11.0 gram sahaja untuk 1 hidangan air ini.

  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehidrasi.
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Anak-anak yang sedang demam juga elok minum air ini bagi memastikan badan tidak mengalami dehidrasi dan membekalkan tenaga.

Sesuai sekali persediaan untuk kita menghadapi Ramadhan terutama golongan yang tidak berapa rajin (bukan malas ye) untuk bangun memasak sahur di pagi hari. 
hehehehe


mighty 3 gem set shaklee



Jom hubungi saya...
Pn Emalin di 019-2500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Sekarang bukan hanya ahli sukan sahaja mencari minuman untuk kekal cergas sepanjang hari. Kita ni yang sedang bersiap sedia untuk menyambut...

0 comments:

Hilangkan Ketumbuhan Dalam Buah Pinggang

5:02 pm Emalin Mohd 2 Comments


Semasa bersembang dengan rakan, beliau maklum balik kampung seminggu nak temankan ibunya pergi check up. Untung ibunya sebab anak sudi luangkan masa untuk check up kan? Rupa-rupanya ibunya ada ketumbuhan dalam buah pinggang dan ini kiranya rawatan susulan. Sebelum ini, ibu rakan ni maklum selalu sakit pinggang dan bila tak tahan tu yang pergi buat rawatan kat hospital. Rakan saya ni bila tahu ibunya ada cyst dalam buah pinggang cubalah berikhtiar. Pilihannya ialah supplement Omega Guard untuk ibunya. Nak bagi banyak sangat risau pula risau buah pinggang ibunya terbeban. Dan, terkejutnya rakan saya ni bila buat rawatan susulan baru-baru ini, ketumbuhan atau cyst dalam buah pinggan telah mengecut. Alhamdulillah, membantu juga Omega Guard ni kan. 




Dan mengikut kidney-cares, minyak ikan omega membantu dalam mengekang pertumbuhan cyst dalam buah pinggang.




Apa maksud ketumbuhan / cyst pada buah pinggang?

Ia adalah kantung bulat yang licin dengan tisu berdinding nipis atau kantung tertutup yang biasanya dipenuhi dengan cecair . 

Cyst dalam buah pinggang biasa berlaku apabila usia meningkat dan hampir separuh lelaki berumur lebih 50 tahun mempunyai cyst dalam buah pinggang. Ia tidak diwarisi dan berlaku kepada individu tersebut sahaja.

Lazimnya, cyst buah pinggang tiada gejala dan yang menghidap cyst ini terjumpa apabila membuat ultrasound atau tomografi berkomputer ( CT) imbasan dilakukan untuk sebab lain.

Namun ada juga yang mengalami simptom sakit di sebelah atas, belakang atau tepi abdomen. 

Ada juga yang mengalami pendarahan atau jika ada jangkitan boleh menyebabkan demam. Ketika ini, memang rawatan perubatan diperlukan. Pernah terjadi juga namun jarang berlaku kerosakan pada buah pinggang akibat cyst ini.

Ada yang mengaitkan antara tekanan darah tinggi dengan cyst dalam buah pinggang. Namun tidak dapat dipastikan kaitan antara dua penyakit ini. 




Dan ini pula kisah Kak Su yang juga berjaya menghilangkan ketumbuhan dalam buah pinggangnya dengan supplement Shaklee
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya Nor Suhaila Abdul, dikenali sebagai Kak Su.Saya berusia 40 tahun. Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.
Sebelum ini kulit saya tidak pernah mengalami masalah sehinggalah saya melahirkan anak yang ke 3. Muka saya dipenuhi jerawat dan kulit saya mulai kusam dan kering. Jeragat mulai naik di pipi dan juga di bahagian hidung. Saya memang pernah mencuba berbagai produk kecantikan dan suplimen tapi semuanya tak pernah kekal. Sehinggalah saya diperkenalkan oleh adik ipar saya iaitu kolegen Shaklee. Saya mencuba sebanyak sekotak. Tapi selepas itu saya stop sebab saya memang tak konsisten makan kolegen tersebut.

Suatu hari saya diserang sakit di bahagian pinggang sebelah kiri sehinggakan saya tidak dapat bangun dan sakit yang amat sangat. Selepas mendapatkan rawatan doctor, disahkan bahawa dibahagian kiri buah pinggang saya terdapat batu karang. Doktor memberikan saya ubat pecahkan batu karang. Saya makan sampai habis ubat tersebut tetapi rasa sakit dan kencing tidak lawas masih saya alami. Di samping masalah batu karang saya juga mengalami masalah tekanan darah rendah serta sering pening dan juga period yang tidak datang selama setahun lebih. 

Selepas bertanyakan kepada adik ipar dan membaca tentang testimony suplimen Shaklee, saya bertekad ingin mencuba VIVIX. Selepas mencuba vivix selama sebulan secara konsisten, perkara pertama yang menggembirakan saya ialah, saya sudah datang period dan kali ini period adalah selama 9 hari dimana sejak anak dara period saya hanya 4 hari sahaja. Setiap bulan period saya datang dengan konsisten selama 9 hari. Tanpa saya sedari, rasa sakit dulu sudah tidak dirasai lagi. Saya tidak lagi mengalami sakit di bahagian buah pinggang kiri, tiada lagi masalah kencing kotor serta tidak lagi mengalami sakit kepala keterlaluan seperti dulu. Malahan jarang sekali berjumpa doctor untuk rawatan. Saya ni memang tidak konsisten makan vitamin, tapi dengan vivix, boleh dikatakan saya akan minum setiap hari sebelum tidur tanpa terlupa. 

Kesan lain yang saya rasai pada badan adalah sangat berbeza dari dulu. Saya tidak mudah letih menguruskan 5 anak di rumah dan mengurus anak murid disekolah. Minum vivix asalnya sebab nak sembuhkan sakit batu karang. Tapi banyak pula yang lain yang dapat kesan tip top.

Dan yang paling memeranjatkan saya ialah gambar ini. Saya sendiri tidak menyedari perubahan pada kulit muka dan wajah sendiri sehinggalah saya menjumpai gambar lama ini. Kesan jeragat dan kulit kusam mulai pudar dan tona kulit semakin sekata. Dan kini saya mula konsisten semula pengambilan kolegen shaklee bagi mendapatkan hasil yang lebih umphhh….



Sehingga ke hari ini bukan saya sahaja yang mengamalkan produk Shaklee malahan seisi rumah saya mulai dari si kecil yang berusia 3 tahun sehinggalah suami saya. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee kerana dengan usaha saya mengamalkan Shaklee dan dengan izinNya kesihatan saya semakin baik.Alhamdulillah. Sehingga kini saya adalah pengguna tegar VIVIX…I love vivix very much…muahhh ckit…




Semasa bersembang dengan rakan, beliau maklum balik kampung seminggu nak temankan ibunya pergi check up. Untung ibunya sebab anak sudi l...

2 comments:

Hilangkan Perut Buncit dan Lebih Ramping Selepas Bersalin

1:00 pm Emalin Mohd 0 Comments

Perut buncit dan berat badan naik selepas bersalin? Rata-rata ibu yang lepas bersalin mengalami masalah ini selepas bersalin. 

Mana taknya, berat badan naik antara 10-15 kg semasa hamil. Kalau berat badan normal, tambah setakat 12 kg sudah mencukupi. Namun kalau kurang berat badan tidak ada masalah untuk naik lebih sikit daripada jumlah itu. 

Nota:
Anggaran kenaikan berat badan
Berat bayi - 3.5 kilo
Rahim - 1 kg
Plasenta - 0.5 kg
Payudara - 1 kg
Air ketuban - 1 kg
Cecair dalam badan - 1.5 kg
Isipadu darah - 1.5 kg
Deposit lemak untuk menyusu badan - 1 kg

Tapi, cabaran untuk menjadi lebih ramping dan menghilangkan perut buncit akan bermula setelah bersalin. Dan, untuk memulakan regime berpantang dengan jamu pula ada bayi yang tidak tahan dan memberi kesan pula kepada kesihatan bayi. Tapi semangat nak menempiskan perut dah membara. Kalau ditangguh-tangguh, risau dah hilang semangat terutama bila melihat perut menggeleber. 

Walau apapun, untuk mengurangkan berat badan konsep utama yang perlu diamalkan ialah defisit kalori. Maksudnya, kalori yang dikeluarkan hendaklah lebih daripada yang masuk. Tapi, bagaimana pula kalau menyusukan anak dan rasa cepat lapar sentiasa? Mudah sahaja, AMALKAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI INDEKS GLISEMIK (IG) YANG RENDAH. Jemput baca kat sini kenapa makanan yang IG rendah membantu dalam memastikan kalori masuk kurang daripada kalori keluar tanpa rasa lapar. Semasa berpantang, sudah boleh membuat senaman ringan untuk memulakan hidup yang aktif. Ada banyak jenis senaman dan pastikan senaman bersesuaian dengan diri ibu sendiri. 

Selain itu, supplement juga membantu dalam menghilangkan perut buncit dan menjadikan badan lebih ramping selepas bersalin.




Set Kurus Ibu Menyusu


ESP:
Protein amat diperlukan untuk menjaga otot kita semasa proses menurunkan berat badan. Lemak yang disingkirkan akan tinggalkan ruang untuk diisi dengan membina otot baru dan di sinilah protein memainkan peranan penting. Pelbagai khasiat lain diperolehi sewaktu mengambil ESP,  kulit akan kelihatan tegang dan cantik, ia juga bertindak sebagai milk booster buat ibu-ibu yang menyusukan bayi.

ESP juga adalah minuman yang mempunyai IG rendah. ESP akan membuatkan kita kenyang lebih lama, dan nafsu makan kita lebih terkawal. 


Omega guard bertindak sebagai pembakar lemak dan juga berfungsi sebagai milk booster. Selain itu, kandungan DHA dan EPA yang tinggi menjadikan otak lebih cerdas yang dapat disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Omega Guard juga boleh mengurangkan depresi yang selalu dialami oleh ibu selepas bersalin.


LECITHIN:
Lecithin dariapda soya ini bertindak sebagai pengemulsi lemak atau lebih dikenali sebagai pemecah lemak dan bertindak dengan lebih efektif jika disertakan dengan senaman. Ia juga bertindak sebagai pelarut kolestrol dan triglecerides.


ALFALFA:
Fungsi alfalfa yang sangat berkhasiat ini, Alfafa akan menyambung kerja memecah lemak. Ia akan membuang semua racun toksin dan sisa makanan yang terlekat di dinding usus. Semua racun ni dibuang bersama air besar dan dibawa oleh Alfalfa yang berserat tinggi. 

Alfalfa juga dikenali sebagai milkbooster dan gabungan bersama ESP & Omega Guard menghasilkan lagi kuantiti susu ibu yang lumayan. Alfalfa juga boleh bertindak sebagai perapat untuk golongan wanita bagi menggantikan Kacip Fatimah.




Tidak seperti jamu, kesemua supplement ini boleh diambil seawal hari pertama kelahiran bayi. Bagi memastikan agar ibu mendapat menghilangkan perut buncit dan menjadi lebih ramping selepas bersalin selain daripada supplemnet ini:

  • Kurangkan makanan berminyak dan berlemak
  • Minum air masak secukupnya
  • Kawal kuantiti makanan
  • Aktifkan diri dengan membaut senaman ringan

Berapa lama untuk kita lihat hasilnya? Dengan disiplin diri, Insya Allah dalam tempoh 3 bulan ke 6 bulan, anda akan mendapati seluar dan baju-baju lebih longgar, kulit lebih cantik, badan lebih cergas dan langsing, dan pastinya kehidupan yang lebih ceria. 


Untuk tempahan / pertanyaan:
Pn Emalin 0192500978 (Call / SMS / Whatsapp)
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Perut buncit dan berat badan naik selepas bersalin? Rata-rata ibu yang lepas bersalin mengalami masalah ini selepas bersalin.  Mana tak...

0 comments:

Tips Pilih Vitamin

6:02 am Emalin Mohd 0 Comments

Dulu masa mula-mula nak beli vitamin, keliru nak pilih vitamin yang mana. Bila kawan bagi flyers bukan bertambah jelas nak pilih yang mana makin keliru. Vitamin mana yang patut dipilih. Kejap rasa perlu kalsium, kejap rasa nak detoks dulu. Eh, kejap rasa baik cantikkan kulit dulu. Apa tips pilih vitamin untuk yang nak mula regime supplement ?

Pernah rasa tak macam tu? Pasti pernahkan? Memang tak tahu nak pilih yang mana dan tak nak salah pilih. Tanggapan pertama orang kata. Salah pilih, rasa tak berkesan nanti terus tak nak sambung makan vitamin. Memang mencari sangat waktu tu apa sebenarnya vitamin yang perlu dan tips pilih vitamin.

Untuk yang tak tahu nak pilih vitamin mana, mudah saja. Shaklee sebenarnya sudah memudahkan kita sebagai pengguna. Ambil saja Family Wellness Set.

Kenapa Shaklee cadangkan Family Wellness Set ini?

  • Ia membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Ia membantu anda berasa lebih bertenaga
  • Ia menguatkan sistem imun anda
  • Ia membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat

Sebab kalau kita ni yang ibubapa bekerja, anak-anak dihantar ke taska, anak-anak sekolah balik transit saja (balik sekejap tukar baju dan makan di taska / rumah pengasuh) pastinya sukar nak pastikan anak-anak mendapat nutrisi secukupnya. Kita sebagai ibubapa pula kadangkala makan sekadar mengalas perut. Betul tak? Jangan nafikan kerana ramai yang mengalami keadaan ini terutama yang duduk di bandar besar. Keluar rumah sebelum matahari memancar dan kembali ke rumah setelah matahari terbenam. Kalau hujan, lagi lambat ambil anak di taska. Dah lewat terpaksa makan di kedai. Betul tak?

Jadi, selalu sangat walaupun tak semua. Kita mengalami:

  • Badan penat dan letih
  • Sakit kepala & migrain
  • Batuk
  • Makan tak menentu
  • Gastrik

Untuk memudahkan memilih, ini tips pilih vitamin pertama yang patut dipertimbangkan iaitu Family Wellness Set.


  • Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel. Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.
  • B complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. Rahsia kecantikan?   B for Beauty.
  • Vitamin C : Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan membentuk kolagen menjadikan kulit tegang dan lebih cerah berseri.
  • ESP @ Energizing Soy Protien : Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu dan mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi juga memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.



Set Asas Shaklee



Dapatkan rangkaian produk Shaklee anda daripada saya (No ID 968112)
Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall





Dulu masa mula-mula nak beli vitamin, keliru nak pilih vitamin yang mana. Bila kawan bagi flyers bukan bertambah jelas nak pilih yang mana ...

0 comments:

Pengalaman Mengeluarkan Implanon Yang Mengerikan

6:55 pm Emalin Mohd 12 Comments

Setelah hampir 3 tahun menggunakan implanon, akhirnya tiba masa untuk mengeluarkan implanon. Perasaan nak membuka implanon tersebut sebenarnya lebih ngeri dan menakutkan daripada memasang implanon. Kesannya? Baca kat sini...



Kalau buat survey pasang implanon, ramai kata tak sampai 5 minit dah siap.

Kalau nak buang pulak? Dengar kaedahnya dah menakutkan.

Secara umumnya ada 3 langkah nak membuang implanon:

1. Lengan dibius setempat
2. Tempat implanon ditoreh 
3. Dijahit semua tempat ditoreh

Menakutkan tak?

Boleh je tak buang dulu dan pasang implanon lagi kalau nak merancang lagi. Tapi, yang nak mengandung kenalah buka implanon tu.

Dulu masa pasang, buat dekat LPPKN. Sebab nak murah masa nak buang tak sempat nak pergi LPPKN sebab waktu pejabat. Jenuh mencari Klinik sekitar Ampang yang boleh buka. Bila dah call banyak klinik, 2 klinik yang disenarai-pendek. Klinik Fauziah di Bandar Baru Ampang dan Klinik Dr Azizah di Pandan Prima. Klinik Dr Azizah di Taman Dagang tak boleh buat sebab hanya Dr Azizah saja yang boleh buat. Sama juga di Klinik Fauziah. Hanya Dr Sajidah je yang boleh buat.

Survey harga katanya RM50.00. Dalam hati, eh murah juga. Oklah kan.

Nak buka implanon kena buat temujanji dulu. Tak boleh walk-in. Nampak tak? Tak boleh walk-in. Sebab apa? Nanti ye..

Dah sampai turn jumpa doktor dengan hati yang berdebar-debar bila doktor panggil masuk.





Terus doktor tanya, nak pasang ke nak buka? Bagitau la nak buka. Doktor terus suruh baring atas katil kat klinik tu dan tengok lengan. Nasib baik doktor kata, implanon ni nampak macam senang. Wah..ada senang ada susah pulak ye. Dan terus doktor terang prosedur. Memang sebenarnya tak nak dengar sebab bertambah ngeri kan...

Gambar Sekadar Hiasan

Mula-mula, doktor sapu antiseptik kat lengan yang dipasang implanon. Kemudian, doktor bius setempat. Lepas bius tu, doktor dah mula tekan-tekan implanon nak toreh kat mana kan. Memang dah rasa ngeri. Pastu, doktor toreh. Memang tak tengok pun. Dan masa ni tak rasalah doktor toreh sebab bius tu dah jalan kan. Lepas toreh, part yang kena sabar untuk patient dan doktor. Nak keluarkan implanon. Implanon tu dah la licin sebab macam getah pastu disaluti pulak dengan lemak kita kan. Macam menangkap belut. Hahaha...Tu yang doktor kata kena sabar. Sebab ada yang secepat 15 minit dan paling lama doktor pernah buat 50 minit. 

Sakit tak masa ni? Tak sakit cuma doktor tekan-tekan lengan tu nak keluarkan implanon. Ngeri juga sebenarnya takut kesan bius habis tapi implanon tak nak keluar. Darah mestilah ada kan. Yelah, lengan dah kena toreh tapi darah tak banyak mana pun. Jangan risau. Takkan pitam dengan darah yang keluar tu.  

Doktor pun tunjuklah implanon yang dikeluarkan tu. Part ni lupa nak ambil gambar. Macam gula-gula jeli tu. 


Sampailah part ngeri terakhir iaitu kena jahit. Ada yang kata tak perlu jahit tapi doktor kata perlu jahit 1 jahitan je. Kira ok lah kan. Dah jahit, doktor balut. Doktor pesan tak boleh kena air dalam masa 24 jam.

Balik tu doktor dah siap bekalkan antibiotik dan painkiller. Tapi, tak makan pun. Jumlah bil RM120 tapi sebab dah lama sangat duduk Klinik malas nak tanya kenapa lebih RM70.

Pastu doktor suruh datang Klinik 3 hari lepas tu nak tengok luka dan buka jahitan seminggu lepas tu.

Tadaa...setel part buka implanon...Sebenarnya tak da ngeri dan menakutkan pun cuma prosedur tu bunyinya macam boombastic sangat. Tapi, biasa je nak buka implanon ni. Cuma memang lenguh sikitlah lengan tapi boleh lagi dukung anak esoknya.

Sedikit tips, memang kena cari doktor yang gentle dan Dr Azizah tak mengecewakan saya. Alhamdulillah.


I'm Shaklee Independent Distributor #968112

Setelah hampir 3 tahun menggunakan implanon, akhirnya tiba masa untuk mengeluarkan implanon. Perasaan nak membuka implanon tersebut sebenar...

12 comments:

Cara Hilangkan Rasa Terbakar Di Dada Akibat Pedih Ulu Hati

3:22 pm Emalin Mohd 2 Comments

Pernah tak rasa dada seperti terbakar dan panas kemudian rasa sakit dada selepas tunduk, baring atau selepas makan?



Lagilah semasa perayaan apabila banyak sangat makan makanan berat bermacam-macam jenis. Ianya adalah petanda PEDIH ULU HATI atau HEARTBURN atau jika kerap sangat GERD (GASTRO ESOPHAGEAL REFLUX DISEASE).

Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Asid perut inilah yang membuat rasa tidak selesa iaitu pedih ulu hati.




Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:
  • Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak
  • Sendawa
  • Batuk yang teruk
  • Suara menjadi serak
  • Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.

Mencegah lebaih baik daripada mengubati. Betul tak? Memandangkan pedih ulu hati ini berpunca daripada pemakanan kita, semak semula apa yang kita makan. Antara makanan yang lazim menyebabkan pedih ulu hati ialah makanan pedas, berempah, makanan diawet atau jeruk dan juga minuman bikarbonat. Ada juga yang alah pada teh. Kita perlu buat senarai semak sendiri yang mana satu makanan yang menyebabkan pedih ulu hati.

Selain itu, makanan bergoreng dan berlemak juga boleh menyebabkan pedih ulu hati. Ini disebabkan proses pencernaan mengambil masa dan menambahkan rasa perut yang penuh atau sebu.

Sumber: Sini 

Macam tak serius kan pedih ulu hati ini tapi ia memberi kesan kepada yang selalu menghidap pedih ulu hati.


Memang masa ini memang mencari ubat. Antara yang popular ialah antasid macam iklan Gaviscon tu. Ada yang serasi namun tak kurang juga yang tak serasi.


Jika lihat daripada WebMd, vitamin dan supplement juga membantu dalam pedih ulu hati dan kalsium serta magnesium didapati berkesan untuk merawat pedih ulu hati.  


Shaklee membantu dalam membantu mengurangkan Pedih Ulu Hati seperti:

Peppermint Ginger Plus mengandungi Peppermint
Ostematrix mengandungi Kalsium dan Magnesium
Alfalfa Complex



Boleh juga PM di facebook: 
www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Pernah tak rasa dada seperti terbakar dan panas kemudian rasa sakit dada selepas tunduk, baring atau selepas makan? Lagilah ...

2 comments:

Kenapa Tak Kurus Walau Menyusukan Anak?

7:52 am Emalin Mohd 0 Comments



Ramai yang kata apabila menyusukan anak secara ekskusif atau sepenuhnya boleh slim dan badan ramping kembali seperti dahulu kala sewaktu anak dara tetapi kenyataannya TIDAK. Ramai juga yang menyusukan anak tetapi badan seperti dipam-pam. Kecewa bukan?

Tetapi sebelum kecewa sebelum kata menyusukan anak tidak membantu dalam mengurangkan berat badan jawab soalan ini dengan ikhlas.

Adakah kita makan dan sentiasa makan dengan kuantiti yang banyak? 
Dengan alasan makan untuk 2 orang? 

Biasa dengar kan? Makan untuk 2 orang? Jika YA, memang sukar berat badan kembali seperti dahulu kala.


Kenapa rasa lapar sedangkan baru lepas makan? 

Nak tahu kenapa kita sentiasa lapar? Sebab kita lazim makan tanpa mengetahui jenis makanan tersebut berada dalam golongan indeks glisemik tinggi atau rendah. Dan cepat lapar disebabkan makan makanan Indeks Glisemik tinggi.

Indeks Glisemik...apa tu? Ada kaitan ke dengan berat badan dan breastfeed? 

Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah.

Apabila kita makan makanan yang mempunyai GI tinggi, kadar kenaikan paras glukosa dalam darah naik mendadak. Ini akan menyebabkan insulin dirembeskan untuk menurunkan paras glukosa dengan segera. Badan pula hanya menggunakan sedikit sahaja tenaga dan selebihnya disimpan sebagai lemak. Disebabkan insulin dirembeskan mendadak, paras glukosa pun turun mendadak dan kita akan lapar semula dengan cepat. Jadi ia akan berulang semula dan lemak semakin banyak terkumpul.

Makanan berindeks glisemik yang rendah pula akan membebaskan glukosa secara perlahan dan teratur. Makanan berindeks glisemik rendah lambat dicerna dan diserap, meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat-peringkat dan telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan, termasuklah dalam pengawalan berat badan dan mengawal selera makan dan melambatkan rasa lapar.





Jadi, kalau rasa nak kenyang lama kenalah makan makanan yang Indeks Glisemik rendah. Tapi lazimnya nasi putih yang jadi pilihan, bukan? Kalau ikut nasihat Kevin Zahri, kita hanya perlu makan hanya satu penumbuk (ukuran nasi) tapi kita makan saiz nasi tu sebanyak-banyak mungkin penuh dalam pinggan. Betul tak? Itu yang buat cepat lapar. Tapi, nak cari nasi merah terutama makan tengah hari waktu kerja. Senang ke?


Dessert pula antara yogurt dan aiskrim. Mana satu pilihan kita? Ramai pilih aiskrim bukan?

Susah nak cari makanan yang Indeks Glisemik rendah atau hanya hari-hari tertentu sahaja dapat makan? 

Ini antara pilihan yang ada. Tak hairanlah ramai yang kata kekal bertenaga, kekal slim dan menyusukan anak secara eksklusif dan sepenuhnya...




Boleh juga hubungi melalui PM di www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Ramai yang kata apabila menyusukan anak secara ekskusif atau sepenuhnya boleh slim dan badan ramping kembali seperti dahulu kala sewa...

0 comments:

Atasi Jerawat Batu Macam Bulan Dengan Set Vitamin Kulit Shaklee

12:54 pm Emalin Mohd 0 Comments

Mengalami kulit bermasalah seperti ini menjadi igauan dan mimpi ngeri bagi kita. Tak kira tua atau muda, lelaki wahupun wanita. Kulit bermasalah dengan jerawat yang menyakitkan rasa dan juga perasaan. Jangan ambil ringan dengan masalah kulit ini. Ada yang mengalami depresi dan anxiety akibat masalah kulit seperti ini.



Victoria Beckham pun pernah alami masalah kulit sekitar tahun 2007 dan kalau lihat kulit Victoria Beckham sekarang memang jauh berbeza. Sekarang kulitnya nampak cantik dan berseri serta flawless gitu.





Kalau ditanya, kulit cantik dan sihat seperti ini yang menjadi idaman semua terutama wanita di luar sana. Betul tak? Kalau telah ada masalah kulit, ada harapan lagi ke nak mendapatkan kulit cantik seperti ini? Tambahan, hari perkahwinan akan menjelang tidak lama lagi.


Percaya atau tidak, ada yang telah berjaya mengembalikan seri wajah dengan mendapat kulit cantik dan sihat? Tidak menggunakan bahan berbahaya atau menggunakan suntikan. Hanya dengan vitamin dan supplement semulajadi, kulit menajdi lebih cantik dan sihat.

Kita lihat testimoni yang telah berjaya mendapatkan kulit cantik dan sihat dengan vitamin Shaklee..




















Anda bagaimana?
Ingin mendapatkan kulit cantik dan sihat seperti di atas?
Apa vitamin dan supplement yang diamalkan?

Antaranya:
Vitamin B
Vitamin C
Vitamin E
ESP
GLA Complex
Alfalfa
Vivix
Collagen Powder

Banyaknya??? Jangan risau. Bukan semua yang perlu diambil. Bergantung kepada keadaan dan keperluan individu. Nak tahu yang bersesuaian?

Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Mengalami kulit bermasalah seperti ini menjadi igauan dan mimpi ngeri bagi kita. Tak kira tua atau muda, lelaki wahupun wanita. Kulit berma...

0 comments: