Kasihani Saya, Ibu...

11:55 am Emalin Mohd 0 Comments

 
Ibu, tak kesian ke ibu dengan saya? Saya tak nak susu formula tu. Kenapa ibu masih bagi saya? Bukan saya memilih susu formula mana yang sedap atau terbaik tapi saya tak nak susu selain susu ibu. Saya dah kena cirit-birit sebab minum susu formula yang Ibu bagi tapi Ibu tukar pulak ke jenama lain. Saya tak nak, Ibu. Tiada yang lebih baik daripada susu Ibu.
 
Kenapa semasa ibu berpantang ibu dapat susukan saya secara eksklusif tapi seminggu sebelum ibu kerja ibu asyik bagi saya susu lain? Kenapa ibu? Ibu takda masalah kan?
 
Ibu sibuk sangat ke nanti sampai tak ada masa untuk pam susu? Tak lama Ibu. 10 minit je maksimum. Kalau pakai double pump lagi cepat Ibu. Ibu pakai handphone mahal-mahal pasti Ibu pun boleh beli pam mahal. Betul tak Ibu? Takkan Ibu tak nak yang terbaik untuk anak ibu ni?
 
Saya takkan Tanya Ibu kalau Ibu ada masalah kesihatan dan doktor nasihatkan Ibu jangan susukan saya sebab boleh bahayakan nyawa Ibu. Tapi, Ibu sihat kan? Ibu boleh kan susukan saya sebenarnya?
 
Kenapa Ibu tak nak bagi saya susu ibu? Tak lama je Ibu. 6 bulan pertama saja kemudian boleh tambah ke 2 tahun tu pun selepas 6 bulan tu saya dah makan macam-macam jenis Ibu.
 
Saya pernah terdengar Ibu lain bercerita Ibu. Seorang Army Mommy yang bertugas di Iraq poskan susu untuk anaknya. Kita sekarang tak berperang pun kan Ibu? Tak sesusah itu kan untuk Ibu mengepam  dan membuat stok susu untuk saya?
 
Ibu takut 'breast' Ibu kendur ke? Kan ke banyak cara dan produk untuk Ibu. Saya yakin ia takkan mengganggu gugat kasih sayang Ayah pada Ibu. Lagilah saya, anak Ibu. Pasti saya akan sayang Ibu selama-lamanya.
 
Saya rindu Ibu masa-masa saya menyusu dengan Ibu. Ibu akan lihat saya dengan penuh kasih sayang semasa saya menyusu. Ke Ibu marahkan saya kerana ada masa jadi nakal dan menggigit susu Ibu sampai Ibu menjerit? Jika sebab itu Ibu, maafkan saya Ibu. Saya tak buat lagi. Cuma pohon saya, SAYA NAK SUSU IBU...
 
 
 
 
 
 

  Ibu, tak kesian ke ibu dengan saya? Saya tak nak susu formula tu. Kenapa ibu masih bagi saya? Bukan saya memilih susu formula mana ya...

0 comments: