Tips Banyakkan Susu Ibu Bahagian 2
Tambahan bagi Tips Banyakkan Susu Ibu sebelum ini:
1) Supply vs Demand
Konsep utama dalam penyusuan susu ibu adalah Supply vs Demand. Susu ibu tidak akan bertambah seperti membuka pili air sekiranya konsep ini tidak diterapkan.
Maka, pastikan ibu mengosongkan payudara samaada melalui pam atau 'direct feeding' antara 2 hingga 3 jam sekali. Sesi ini hendaklah ditambah sekiranya terdapat tanda-tanda pengurangan susu ibu. Ini akan memastikan bahawa badan dan otak menerima signal yang susu ibu perlu ditambah.
2) Power Pumping
Selain itu, power pumping juga boleh dilakukan sebagai stimulasi menambah susu ibu. Power pumping ini dilakukan sebanyak 2 hingga 3 sesi sehari dan kesan dapat dilihat seawal 7 hari kemudian namun bergantung kepada ibu. Namun, ada yang perlu melakukan power pumping lebih lama untuk melihat kesan peningkatan susu ibu. Power pumping bermaksud ibu perlu mengepam susu dalam masa satu jam seperti berikut:
20 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam
10 minit rehat
10 minit pam
Proses ini hendaklah diteruskan walaupun ibu mendapati tiada susu yang keluar atau hanya sekadar mengepam angin.
3) Minum air masak yang mencukupi sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari
4) Mengurut payudara semasa mengepam
Boleh lihat video di http://newborns.stanford.edu/Breastfeeding/MaxProduction.html
5) Makan secukupnya sekurang-kurangnya 1800 kalori sehari dan makanan yang boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu seperti barli, pegaga dan lobak.
Supplement Shaklee seperti set 3M juga boleh menjadi sebagai makanan yang boleh menggalakkan pengeluaran susu ibu. Ini disebabkan adanya alfalfa dan soya yang menjadi antara makanan penggalak susu ibu.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)www.facebook.com/messages/emalinmohdmall
0 comments: