Mengurangkan Tekanan dan Keletihan

2:10 pm Emalin Mohd 0 Comments




Situasi semasa dalam Bilik Mesyuarat:
 
Situasi 1:

Bos: Kenapa awak MC semalam A?

Pegawai A: Saya demam bos.


Bos: Awak demam apa?


Pegawai A: Demam sakit-sakit badan.


Bos: Berapa umur awak?


Pegawai: 32 bos.


Bos: Muda lagi dah demam sakit badan. Awak perlukan vitamin ni.
 
Saya senyum saja mendengar dialog tersebut. Ingatkan tamat di situ. Tengah buat pembentangan tiba-tiba:
 
Situasi 2:


Bos: Kenapa awak nampak tensen saja B? Awak jangan tensen. Kita sama-sama bincang bagaimana untuk perbaiki kertas kerja ini.
 
B masih dalam rupa tensen. Tak tahulah tensen kertas kerja ke apa ke kan. Bos sambung dialognya.
 
Bos: B, awak kena ambil vitamin ini untuk mengurangkan tekanan.


Ok. Itu situasi di pejabat. Ini pula situasi di rumah untuk seorang ibu dan isteri. Dengan tugasan yang banyak di rumah dan tidak pernah selesai, tenaga amat diperlukan dan ibu harus pandai menangani tekanan agar menjalani kehidupan yang bahagian bersama keluarga.
 

 
 
Antara vitamin yang boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan fungsi otak agar sentiasa cerdas adalah B-Complex. Ini disebabkan vitamin B membantu dalam menukarkan makanan ke dalam bentuk tenaga dan fungsi badan yang lain. Jadi, dengan bantuan B-Complex boleh menukar makanan yang dimakan (sarapan pagi dan makan tengah hari) ke dalam bentuk tenaga dan menjadikan kita lebih aktif daripada mengantuk selepas makan. Tidak hairanlah Vitamin B boleh membantu dalam mengurangkan tekanan dan keletihan. Selain itu, kekurangan Vitamin B juga boleh menyebabkan anemia,sakit di bahagian abdomen, kejang otot, keguguran rambut, tumbesaran terbantut pada kanak-kanak dan kecacatan bayi.
 
 
Pecahan Vitamin B:
 
Vitamin B1 (thiamin) dan vitamin B2 (riboflavin) membantu menukar tenaga daripada makanan.
 
Vitamin B3 (niacin) berfungsi dalam membekalkan tenaga dalam pembentukan sel badan serta membantu dalam mengekalkan kesihatan kulit, sistem saraf dan system penghadaman.
 
Vitamin B5 (pantothenic acid) membantu dalam tumbesaran badan.
 
Vitamin B6 (pyridoxine) membantu badan dalam memecahkan fungsi protein dan mengekalkan sel darah merah yang sihat, system saraf dan system imun.
 
Vitamin B7 (biotin) ini pula berkait dengan metabolism protein dan karbohidrat serta membantu badan menghasilkan hormon.
 
Vitamin B9 (asid folik atau folate) membantu sel badan dalam membuat dan memelihara DNA serta menghasilkan sel darah merah.
 
Vitamin B12 (cobalamin) membantu dalam tumbesaran badan dan berfungsi juga dalam penghasilan sel darah merah, fungsi system saraf dan bagaimana badan menggunakan asid folik serta karbohidrat.
 
 
Sumber makanan Vitamin B:
 
 
B1 terdapat dalam bijirin, kentang, makanan laut, hati dan kacang merah.
 
B2 dalam produk tenusu, hati dan sayuran hijau.
 
B3 dalam hati, ikan, ayam dan kekacang.
 
B6 dalam hati, ikan, ayam, kentang dan pisang.
 
B7 terdapat dalam hati, pisang, cendawan, tembikai dan anggur.
 
B9 dalam sayuran hijau, buah-buaha sitrus, kekacang.
 
B12 dalam telur, daging dan produk tenusu.
 

Untuk vitamin secara semulajadi, hubungi saya untuk keterangan lanjut:

Pn Emalin 019-2500978 (Call / SMS / Whatsapp)
www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Situasi semasa dalam Bilik Mesyuarat:   Situasi 1: Bos: Kenapa awak MC semalam A? Pegawai A: Saya demam bos. Bos: Awak demam a...

0 comments: