Cara Mengatasi Rambut Kusut Anak

4:53 pm Emalin Mohd 0 Comments

Setelah anak pertama dan kedua anak lelaki rasa gembira apabila dapat anak perempuan. Sebagai ibu lagi teruja untuk membela rambut anak agar menjadi panjang. Bolehlah ditocang, ikat dua dan sebagainya. Nampak comelkan?

Tapi masalahnya jika rambut anak ada masalah kusut atau omputih kata tangled hair. Kalau ikut iklan syampu, masalah yang dihidapi oleh anak bukan tersekat di skala 7 ke 8 kalau guna jari. Masalahnya tersekat di skala 1. Terjerit-jerit anak masa disikatkan rambut. Kadang ibu pun kecewa dan sikat apa yang boleh sahaja. 




Antara tips yang dikongsikan oleh para ibu untuk mengatasi masalah rambut kusut anak ialah:

1. Memilih syampu khas untuk rambut kusut
Lihat pada botol syampu tersebut dan ada dinyatakan untuk "Tangled hair". 

2. Memakai perapi /conditioner 
Menggunakan perapi akan mengurangkan kusut pada rambut anak.

3. Menyapu minyak pada rambut anak
Ibu boleh memilih apa-apa minyak yang sesuai seperti minyak argan untuk disapukan pada rambut anak.

Namun, bagi saya yang telah menggunakan kesemua tips ini, seakan masalah ini tidak selesai. Kusut itu masih ada. Saya masih lagi mencari-cari satu produk penjagaan rambut yang boleh mengurangkan kusut dan lama-kelamaan walaupun tidak menggunakan produk tersebut, masalah kusut itu sudah tiada.

Dan akhirnya, setelah menggunakan produk ini selama seminggu setiap hari selepas mandi sememangnya rambut kusut semakin kurang. Ada harinya saya tidak memakaikan pada anak dan semasa menyikat rambut anak kusut sudah tiada.




Jadi bagi ibu yang mengalami masalah yang sama boleh cuba L'oreal Elseve Extraordinary Oil ini. Hanya sapu pada rambut dan biarkan kemudian sikat seperti biasa. Masa mula-mula pakai setiap hari dan kemudian boleh selang seli. Lama-kelamaan rambut anak tidak lagi kusut.

Terima kasih kepada kakak ipar yang telah memperkenalkan produk ini kepada saya. Suka sangat!

Korang ada tips lain untuk mengatasi masalah rambut kusut anak?


Setelah anak pertama dan kedua anak lelaki rasa gembira apabila dapat anak perempuan. Sebagai ibu lagi teruja untuk membela rambut anak aga...

0 comments: