Sakit Pada Breast Atau Payudara , Apakah Yang Wanita Perlu Lakukan?

7:50 am Emalin Mohd 2 Comments

Adakah anda berumur antara 30 hingga 50 tahun dan mempunyai rasa sakit pada payudara semasa atau selepas mengalami haid atau sakit sepanjang bulan?



Jika anda juga mempunyai simptom seperti ini:
  • Bengkak pada payudara
  • Payudara menjadi sensitif
  • Ada kawasan tertentu pada payudara mengeras
  • Ketulan pada kawasan payudara
Ia mungkin anda mempunyai fibrocystic breast disease. Penyakit ini walau bagaimanapun hanya dapat dikesan melalui ujian mamogram, ultrasound atau ujian MRI. Disebabkan itu sebaiknya wanita membuat pemeriksaan kesihatan secara tahunan terutama apabila usia sudah mencecah 30an.

Fibrocystic breast mungkin berpunca daripada perubahan hormon yang dikeluarkan oleh ovari dan ia lazim berlaku pada wanita yang berumur antara 30an hingag 50an dan lazimnya akan hilang apabila mencapai tahap menopause.

Fibrocystic cyst ini bukan petanda seseorang lebih mudah untuk mendapat kanser payudara tetapi ia juga mungkin menyukarkan doktor untuk melihat punca sebenar cyst tersebut samaada ia kanser atau sekadar cyst sahaja.

Walau bagaimanapun rawatan dan diagnosis daripada doktor perubatan adalah yang terbaik bagi memastikan bahawa seseorang itu bebas daripada serangan kanser.

Lazimnya jika doktor telah menjumpai cyst tersebut pada payudara namun dengan saiz yang sangat kecil, doktor akan menasihatkan untuk membuat pemeriksaan semula enam bulan akan datang.

Ini untuk melihat samaada cyst tersebut membesar atau mengecil.

Namun sakit yang dialami walaupun tidak sesakit mana tetapi amat tidak selesa. Bayangkan payudara menjadi sangat sensitif sehingga tidak boleh tersentuh seperti mengalami bengkak susu.

Sementara menunggu masa untuk pemeriksaan berikutnya, beberapa jenis vitamin dan supplement dikatakan membantu untuk mengurangkan cyst ini.

Antaranya ialah:

1) Vivix
Vivix mengandungi resveratrol yang mempunyai kuasa antioksidan 10 kali ganda daripada biasa. Ia juga bersifat anti kanser. 

2) Vitamin E
Vitamin E yang diperlukan oleh badan adalah dalam bentuk bukan sintetik dan pastikan ianya daripada jenis d-alpha tocopherol. Dengan mengamalkan vitamin E ini ia dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit pada payudara tersebut.

3) Vitamin B Complex
Vitamin B Complex yang mengandungi vitamin B6 amat diperlukan sekiranya seseorang mengalami fibrocystic breast. Fungsi Vitamin B6 ialah dapat mengatur semula sistem hormon dan juga sistem pencernaan yang mungkin terganggu yang akhirnya menjadikan fibrocystic muncul semula.



Adakah anda berumur antara 30 hingga 50 tahun dan mempunyai rasa sakit pada payudara semasa atau selepas mengalami haid atau sakit sepanjan...

2 comments: