3 Cara Mengetahui Mulut Berbau Dan Atasinya Dengan Bahan Di Dapur

10:32 pm Emalin Mohd 0 Comments

30% daripada penduduk dunia mempunyai masalah mulut berbau atau halitosis. Namun ramai juga yang tidak menyedarinya. Mulut berbau menyebabkan seseorang mengalami masalah kurang keyakinan diri dan bermasalah dalam berkomunikasi dengan orang lain. Akhirnya, seseorang itu menyendiri tanpa mahu bersosial dek kerana mulut berbau.



Adakah kita mempunyai masalah mulut berbau?

Ketahui 3 cara ini untuk mengetahui masalah mulut berbau atau tidak.

1. Bertanyakan dengan orang terdekat atau rapat sama ada mulut berbau atau tidak. Ini terutamanya apabila melihat seseorang mula menjauhkan diri atau menutup hidung ketika bercakap dengan kita. 

Namun ada cara lain untuk mengetahui sama ada mulut berbau atau tidak.

2. Ujian Pergelangan Tangan
Jilat pergelangan tangan dan biarkan ia mengering dalam masa beberapa minit. Setelah kering, hidu semula pergelangan tangan. Sekiranya mulut berbau, akan ada bau yang kuat dari kawasan tersebut hasil daripada garam sulfur yang dipindahkan daripada lidah ke kulut. 


Garam sulfur terhasil daripada bakteria yang membiak di dalam mulut. Rembesan hasil perkumuhan bakteria ini menghasilkan asid dan juga sulfur yang menyebabkan bau kurang enak.

3. Ujian Sudu
Pegang sudu dengan menghala ke atas dan gunakan bahagian lekuk sudu untuk menjilat di bahagian lidah.



Kemudian, hidu semula sudu tersebut. Sekiranya mulut berbau, ia akan meninggalkan kesan berbau pada sudu tersebut dan mungkin juga ada lapisan putih di atas permukaan sudu tersebut.

Antara sebab mulut berbau ialah:
  • Kurang menjaga kebersihan pergigian
Pastikan memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, menggunakan flos untuk membersihkan antara gigi dan berkumur. Lebih 80%-90% mulut berbau berpunca daripada pembentukan karies gigi.
  • Masalah kesihatan
Ia juga berpunca daripada masalah kesihatan yang lebih serius seperti penyakit berkaitan saluran pernafasan, penyakit kencing manis atau jangkitan sinus. Rawatan doktor diperlukan untuk merawat punca penyakit ini.
  • Gaya pemakanan
Makanan yang mempunyai bau yang kuat seperti bawang putih, petai dan sebagainya boleh memberikan bau mulut yang kurang enak. Diet yang tidak betul, kurang pengambilan karbohidrat dan minuman kafein juga turut menyumbang kepada masalah mulut berbau. 
  • Gaya hidup kurang sihat
Merokok dan pengambilan alkohol juga menyumbang kepada mulut berbau.
  • Ubat-ubatan
Sesetengan ubat juga menyumbang kepada mulut berbau. Ini disebabkan ada sesetengah ubat menyebabkan mulut menjadi kurang akibat kekurangan air liur. Kekurangan air liur inilah menyebabkan mulut berbau.

Tips Untuk Mengatasi Masalah Mulut Berbau Dengan Bahan Dapur

Garam dan Air
Berkumur dengan garam dan air.


Cengkih
Rebus 3 biji cengkih atau rendam di dalam air panas selama 5 minit . Sejukkan dan berkumur dengannya 2 kali sehari.

Bunga Lawang
Rebus atau rendam bunga  lawang sama seperti cengkig dan airnya yang telah disejukkan boleh diminum atau berkumurnya dengan 2 kali sehari.

Kayu Manis
Kunyah sedikit kayu manis dan jus yang terhasil daripadanya boleh diminum dan cebisan kayu manis yang dikunyah boleh dibuang. Sekiranya dilakukan setiap hari, 50% bakteria yang menyebabkan bau mulut boleh dikurangkan.

Asam Jawa dan Gula Melaka
Bancuh asam jawa dengan gula melaka dan minum sebelum tidur.


30% daripada penduduk dunia mempunyai masalah mulut berbau atau halitosis. Namun ramai juga yang tidak menyedarinya. Mulut berbau menyebabk...

0 comments: