Krim Menghalau Nyamuk

1:02 pm Emalin Mohd 0 Comments

Dulu demam denggi sekarang Zika pula sudah berada di Malaysia. Dan puncanya sama iaitu dari nyamuk Aedes.


Cara terbaik untuk mencegahnya ialah dengan memastikan tiadanya nyamuk Aedes. Pastikan kebersihan di sekeliling rumah dijaga dan air tidak bertakung.

Selain itu, bagi mencegah nyamuk daripada menggigit kita krim penghalau nyamuk atau insect repellent boleh digunakan.

Namun, pastikan krim tersebut selamat digunakan.

Antara krim yang selamat digunakan yang tidak mengandungi bahan berbahaya ialah Herbal Blend Shaklee.



Ia diperbuat daripada:

1. Chestnut / Buah berangan 
Buah berangan lazimnya yang kita jumpa yang telah disalai untuk dimakan namun ia juga mempunyai kegunaan lain. Antara kelebihan buah berangan ini ialah membantu melawan tanda-tanda penuaan pada kulit dengan ciri-cirinya yang anti radang seperti mengurangkan bengkak, lebam di kulit dan memperbaiki lebam dan kebiruan pada kulit akibat kapilari darah pecah di bawah kulit. 

2. Sage
Herba ini dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan merangsang pembaharuan sel-sel. Ianya juga kaya dengan vitamin A dan kalsium serta antioksidannya membantu memerangi radikal bebas pada kulit. Sage juga antara herba yang boleh menghalau nyamuk. Nyamuk tidak menyukai bau Sage.

3. Rosemary
Rosemary merupakan sumber zat besi , kalsium dan vitamin B6 yang menyokong tahap kolagen yang sihat. Kaya dengan mangan dan mineral yang membantu mengurangkan kedutan dan mengelakkan kulit menjadi rosak. Apabila adanya radikal bebas pada kulit kita ia bukan sahaja merosakkan kulit malah membawa kedutan, tona tidak sekata serta kendur. Selain bau Sage, bau Rosemary juga tidak disukai oleh nyamuk.

4. Yarrow 
Yarrow ini pula mengandungi bahan anti radang dan anti septik. Ia dapat memperbaiki tisu yang rosak di dalam badan . Ia boleh dipraktikkan bagi kegunaan luar, menyembuhkan luka, luka terbakar, ulser , alahan kulit dan juga bengkak .

Krim Herbal Blend boleh digunakan di semua peringkat umur dari bayi hingga dewasa. Ia juga boleh mengurangkan gatal-gatal akibat gigitan nyamuk dan juga akibat chicken pox.

Satu tiub Herbal Blend ini berharga RM27.50.


Dulu demam denggi sekarang Zika pula sudah berada di Malaysia. Dan puncanya sama iaitu dari nyamuk Aedes. Cara terbaik untuk menceg...

0 comments: