Perbandingan Organ Dalaman Wanita Gemuk Dan Kurus

9:21 pm Emalin Mohd 0 Comments

Malaysia kaya dengan makanan dan pukul berapa pun jam kedai makan masih buka. 

Namun di sebalik itu, Malaysia juga negara yang menduduki tangga pertama di ASEAN untuk carta obesiti dan keenam di Rantau Pasifik.



Semua orang tahu bahawa berat badan berlebihan menyebabkan banyak masalah kesihatan namun kali ini, kita menyorot lebih dalam lagi.

Bagaimana rupa organ dalaman wanita gemuk berbanding wanita kurus jika dilihat dengan menggunakan MRI scan?

Berat badan sebenarnya amat mudah naik. Masakan tidak, pertambahan sebanyak 5% daripada nilai 2,000 kalori sebenarnya boleh menyebabkan kenaikan berat badan sebanyak 5kg dalam masa setahun bagi yang mengamalkan cara hidu biasa dan tidak bersenam. Dan 100 kalori itu bukan daripada ayam goreng atau roti canai namun boleh diperolehi dari segelas jus epal. (Sumber)



Apa beza antara wanita dengan berat badan sebanyak 250 lbs (114kg) dengan wanita seberat 120 lbs (54kg) seperti dalam gambar di atas?

1. Perasan atau tidak keadaan buku lali wanita 250 lbs? Kelihatan agak bengkok. Bandingkan pula dengan wanita 120 lbs. Nampak lebih stabil dan tegap bukan? Buku lali wanita 250 lbs menjadi bengkok akibat menampung berat badan yang berlebihan setiap hari dan akhirnya menyebabkan sakit di bahagian pergelangan kaki. Selalu kan kita mendengar sakit kaki bagi yang mengalami berat badan berlebihan? Jika menghidap gout pula? Mesti bertambah sakit!

2. Tulang keting wanita 250 lbs dilihat juga lebih nipis berbanding wanita 120 lbs. Ini menunjukkan kesan gizi tidak seimbang seperti kekurangan vitamin D dan kalsium. Dan tahukah anda, kekurangan gizi tertentu juga boleh menyebabkan menjadi gemuk? Antara kekurangan vitamin yang dikaitkan dengan kegemukan ialah vitamin A, vitamin D, vitamin E, vitamin C, magnesium dan kalsium.

3. Lemak  juga kelihatan lebih tebal membaluti organ-organ dalaman wanita 250 lbs berbanding wanita 120 lbs.

4. Usus dan perut wanita 250 lbs juga kelihatan lebih besar daripada wanita 120 lbs menyebabkan wanita yang mengalami obesiti lebih kuat makan dan cepat berasa lapar.

Walaupun ada yang mengatakan tidak mengapa gemuk atau mengalami berat badan terlebih namun hakikatnya berdasarkan gambar di atas, risiko kesihatan amat tinggi pada mereka yang mengalami obesiti.

Antara penyakit yang sering dialami oleh orang yang mengalami obesiti ialah serangan jantung, diabetis, tekanan darah tinggi dan strok. Dan kesemua penyakit ini boleh membawa maut.

Bagi yang mengalami obesiti masih belum terlambat. Tanamkan azam dan mulakan kehidupan yang lebih sihat.




Dapatkan set kurus Shaklee anda hari ini!
Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Malaysia kaya dengan makanan dan pukul berapa pun jam kedai makan masih buka.  Namun di sebalik itu, Malaysia juga negara yang menduduki t...

0 comments: