Menghilangkan Sakit Lutut Ahli Sukan Dan Orang Tua Agar Tidak Perlu Dibedah

10:42 am emalin mohd 2 Comments

Dulu masa muda seorang ahli sukan yang berjaya. Namun apabila masuk umur 30an, kaki dah mula sakit. Nak membengkok lutut sakit. Nak bangun sakit. Nak beribadat pun susah juga.



Ini juga tanda-tanda sakit osteoartritis mula berlaku.

Sakit osteoartritis boleh berlaku apabila terdapat geseran di antara tulang femur dan tibia di dalam sendi dan terjadi apabila rawan rosak atau haus.

Sakit ini juga didapati dari struktur-struktur berhampiran sendi lutut seperti di otot paha dan betis terutama sekali apabila sendi tidak stabil akibat rawan haus.

Punca sakit sendi / lutut:

Rawan menjadi haus akibat geseran. Ahli sukan dan buruh lebih senang mendapat osteoartritis akibat proses geseran yang lebih banyak berbanding orang lain.
Ia akan menjadi lebih teruk sekiranya terdapat kecederaan lutut ataupun struktur-struktur berhampiran lutut, seperti patah tulang, ujar beliau.
Namun demikian, tidak bersukan atau kurang aktiviti fizikal juga menyebabkan otot di sekeliling sendi menjadi lemah dan lutut boleh menjadi tidak stabil manakala tulang pula mengalami osteoporosis.
Sendi menjadi keras atau kaku dan senang mengalami kecederaan. Apabila sendi kurang pergerakan akibat otot-otot yang lemah, membran sinovial kurang mengeluarkan cecair yang perlu untuk pemakanan/nutrisi rawan seperti asid hialuronik.
Tanpa pemakanan yang cukup, rawan akan kurang berfungsi dan akhirnya rosak menjadi osteoartritis. Apabila ini berlaku, cecair sinovial akan bertambah, bukan dengan bahan-bahan nutrisi tetapi dengan agen-agen radang sebahagian penyebab utama sakit sendi lutut.
Seseorang yang berat atau obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoartritis sendi lutut dan juga sendi pinggul. Rawan tidak dapat menampung berat seseorang yang gemuk terutama mereka yang mempunyai lutut atau kaki yang kecil.
Cara rawatan sakit sendi / sakit lutut:

1) Senaman dan fisioterapi 
2) Ubat penahan sakit untuk masa singkat tetapi tidak boleh berterusan.
3) Suplemen-suplemen seperti glucosamine sulfate dan chondroitin 

Set Sendi ini mengandungi kalsium untuk mengurangkan risiko osteoporosis, mengurangkan kesan radang di dalam sendi serta membekalkan glukosamina dan asid hialuronik.

4) Suntikan viskosuplemen bagi mengganti atau menambah cecair sinovial untuk kelinciran sendi.
5) Pencucian artroskopi iaitu pembedahan segera mengeluarkan agen-agen radang di dalam lutut di samping mencuci rawan. 
6) Pembedahan gantian sendi melibatkan kos yang tinggi

Sebelum sakit lutu melarat sehingga memerlukan pembedahan, dapatan Set Sendi di atas dengan menghubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978








Dulu masa muda seorang ahli sukan yang berjaya. Namun apabila masuk umur 30an, kaki dah mula sakit. Nak membengkok lutut sakit. Nak bangun...

2 comments:

  1. saya pun ada sakit lutut. tak boleh pakai kasut bertumit sikit. kena beli kasut baru yang flat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasut tumit tinggi pun x elok juga untuk postur badan kan

      Delete