Tanda-Tanda Mengalami Demam Kepialu (Thypoid) Dan Langkah Pencegahan

Sekarang tengah heboh tentang demam kepialu yang melanda negara terutama di Kuala Lumpur. Adakah kita golongan berisiko yang boleh mendapat demam kepialu?
Demam kepialu (atau typhoid fever) adalah satu penyakit akut yang mana pesakit menghadapi demam yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kuman yang dikenali sebagai Salmonella typhi. Kekadang penyakit ini boleh juga disebabkan oleh sepupu bakteria ini yang namanya Salmonella paratyphi. Jangkitan yang disebabkan oleh Salmonella paratyphi ini tidak seteruk yang disebabkan oleh Salmonella typhi.
Bagaimanakah cara jangkitan ini merebak?
1) Kuman (bakteria) ini disebarkan dari pembawa (manusia juga) melalui air atau makanan. Kemudian ia disebarkan kepada orang lain yang terdedah atau memakan minum air atau makanan tersebut.
2) Pesakit yang mengalami penyakit akut juga boleh menyebarkan kuman ini melalui najis ke dalam air dan makanan yang tercemar. Bakteria ini mampu hidup berminggu-minggu dalam air dan najis yang kering.
Nota: 3-5% daripada pesakit yang mengalami demam kepialu akut mungkin akan menjadi pembawa kuman ini. Mereka ini membawa kuman ini dalam badan mereka untuk jangka waktu yang lama tetapi tidak menunjukkan apa-apa simtom (gejala). Oleh itu, mereka ini boleh menjadi punca penyakit ini/ wabak demam kepialu di masa akan datang.

Apakah simtom demam kepialu?
Biasanya pesakit akan menunjukkan simtom selepas 1-2 minggu terdedah kepada kuman. Penyakit ini akan berlarutan selama 3-4 minggu.

Simtom yang biasa terjadi:
Demam (40oC)
Sakit-sakit & sengal seluruh badan
Lemah-lemah badan/ letih
Sakit kepala
Kurang selera makan
Sakit perut dan sembelit – minggu pertama
Cirit-birit- (minggu ketiga)

Bagaimana demam kepialu didiagnos?
Sample daripada darah (minggu pertama), najis (minggu kedua- ketiga) dan urin (selepas minggu ketiga) akan diperiksa di makmal bagi mendiagnos jangkitan ini.

Bagaimanakan demam kepialu dirawat?
Doktor akan memberikan antibiotik yang sesuai untuk membunuh bakteria Salmonella. Di samping itu, doktor juga memberikan rawatan lain yang diperlukan: ubat demam, iv drip dan lain-lain. 
Dengan rawatan yang tepat dan cepat, peluang untuk sembuh adalah cerah. Sekiranya tidak dirawat, pesakit boleh kehilangan nyawa.

Apa perlu dilakukan sekiranya anda ada simtom yang disebutkan?
1. Cepat-cepatlah dapatkan rawatan doktor sekiranya anda mengalami demam, cirit-birit dan sakit perut. Sekiranya rawatan tepat dan cepat diberikan, majoriti pesakit akan menunjukkan simtom yang berkurangan dalam 1-2 hari dan selalunya sembuh dalam 7-10 hari.
2. Usah takut untuk mengambil antibiotik yang doktor berikan kerana kuman ini hanya akan mati dengan antibiotik. 
3. Sekiranya anda mengidap penyakit ini secara kronik, doktor akan memberikan antibiotik untuk jangka masa yang panjang atau rawatan lain yang diperlukan.

Langkah-langkah pencegahan:
1. Jaga kebersihan, basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, merawat pesakit.atau menyentuh barang tercemar.
2. Minum air yang telah dimasak.
3. Makan makanan yang baru dimasak.
4. Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum dimakan.
5. Berhati-hati memilih makanan atau beli dari gerai dan pengendali makanan yang bersih. Sebaik-baiknya kurangkan atau elakkan makan di luar.
6. Tutup semua makanan dan air daripada dihinggapi lalat.
7. Gunakan penyepit, senduk, sudu atau garpu yang bersih untuk mengambil makanan.
8. Bersihkan kawasan rumah bagi menelakkan lalat membiak.
9. Pastikan anda gunakan tandas yang sempurna.
10. Sekiranya anda akan melawat tempat-tempat yang endemik dengan typhoid, pastikan anda ambil vaccine terlebih dahulu.


Yang terbaiknya jika boleh, kurangkan makan di luar dan pastikan tahap kebersihan ditingkatkan hatta di rumah sekalipun.

4 comments:

  1. Bimbang wabak demam Kepialu ini semakin menular. Kurang makan diluar.

    ReplyDelete
  2. lebih gemar makan rumah jika makan luar kurnag bersih kaedah penyediannya..

    ReplyDelete
  3. kebersihan perlu utamakan walau mana kita berada

    ReplyDelete