Apa Itu Hepatitis B?

4/03/2015 emalin mohd 2 Comments

Hepatitis B antara penyakit yang biasa dialami di Malaysia namun saya sendiri kurang memahami sebenarnya penyakit ini terutama cara jangkitan.

Sekiranya ada rakan sekerja yang didapati mengalami hepatitis B, adakah kita juga mengalami risiko yang sama? Itu antara persoalan yang pernah timbul. Bagaimana pula jika ahli keluarga kita sendiri terkena jangkitan Hepatitis B? Patutkah dikuarantinkan?

Entry kali ini adalah perkongsian sahabat saya, Dr Safiya Amaran untuk saya memahami penyakit Hepatitis B ini sebenarnya. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hepatitis bermaksud bengkak (radang) pada hati. Hepatitis terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah Hepatitis B.




Hepatitis B disebabkan oleh jangkitan virus. Ia dijangkitkan daripada seorang individu kepada individu lain melalui cairan badan seperti darah, air mani atau rembesan faraj.

Sistem imun atau daya ketahanan badan seseorang itu sendiri boleh melindunginya daripada hepatitis B. 90% daripada orang dewasa yang sihat berupaya melawan jangkitan hepatitis B dalam masa enam bulan tanpa rawatan.

Namun begitu, kira-kira 5% daripada mereka yang dijangkiti hepatitis B tidak dapat melawan jangkitan dan terus membawa virus ini dalam badan mereka. Keadaan ini dipanggil hepatitis kronik atau hepatitis berterusan. Hepatitis kronik boleh merosakkan hati menyebabkan penyakit hati (cirrhosis) malah sehingga menjadi barah hati.

Hepatitis B boleh tersebar melalui:

  • Jarum suntikan, sekiranya anda menyuntik dadah ke dalam badan.

  • Melakukan hubungan seks dengan seseorang yang membawa virus ini.

  • Darah yang tercemar di tempat kerja terutama bagi yang bekerja di sektor perubatan. 

  • Jarum yang tercemar yang digunakan untuk mencacah tatu atau menindik.

  • Menjalani pemindahan darah (walau bagaimanapun, kes sebegini sangat jarang berlaku di Malaysia kerana semua bekalan darah kini disaring bagi hepatitis B).

  • Menjalani pemindahan darah di negara-negara di mana kes hepatitis B banyak berlaku.




Simptom hepatitis B adalah simptom penyakit biasa seperti demam selsema, keletihan, sakit-sakit badan, loya, muntah dan cirit-birit. Hanya ujian yang dilakukan oleh doktor yang dapat memastikan samaada seseorang menghidap Hepatitis B atau tidak.

Sekiranya terdapat ahli keluarga ymenghidapi penyakit Hepatitis B, jangan panik dan jangan risau. Yang paling penting, jangan abaikan ahli keluarga kita yang sakit. Ini disebabkan Hepatitis B tidak merebak melalui perkongsian makanan atau minuman, perkakas makanan atau bekas minuman, hubungan kasual, batuk atau bersin, pelukan atau ciuman dan penyusuan ibu. Namun untuk suami isteri pastikan terdapat perlindungan semasa melakukan hubungan seks. Berbincanglah dengan doktor untuk cara terbaik. pada masa yang sama ahli keluarga lain, pastikan tingkatkan imuniti badan dengan nutrisi pemakanan secukupnya termasuk pengambilan vitamin C dan vitamin E yang mencukupi. 



Hepatitis B antara penyakit yang biasa dialami di Malaysia namun saya sendiri kurang memahami sebenarnya penyakit ini terutama cara jangki...

2 comments:

  1. cahayacinta.com
    bahaya juga penyakit ini huhu...bahaya sek rambang gak kalau kita tak jaga diri sendiri baik payah gak ni huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau. Hepatitis b tak berjangkit melalui sentuhan.

      Delete