4 Sebab Kenapa Ibu Hamil Mengidam

12:00 pm Emalin Mohd 12 Comments

Mengidam masa hamil antara yang biasa berlaku pada Ibu-Ibu. Para suami pun masa ini nak memanjakan isteri. Membawa satu lagi nyawa di dalam badan bukannya mudah. Lebih-lebih lagi jika nutrisi Ibu tidak mencukupi. Silap hari bulan selepas melahirkan anak, Gigi Ibu rongak sebab kalsium diserap oleh kandungan. Ini betul tau. Sebab itu penting Ibu menjaga pemakanan.

Ok. Berbalik kepada persoalan tadi. Kenapa Ibu mengidam? Adakah Ibu hamil sekadar menarik perhatian suami yang asyik melihat handphone? ( Bukan suami saya dan saya pasti bukan suami anda. Suami orang lain).

Antara sebab mengidam semasa hamil ialah kekurangan nutrisi tertentu semasa hamil. 

1) Mengidam untuk minum susu atau produk tenusu seperti keju tanda awal Ibu perlu lebih kalsium. Keperluan kalsium untuk Ibu hamil adalah sekurang-kurangnya 1200mg sehari. 

2) Mengidam makanan manis seperti coklat atau gula-gula menandakan kekurangan vitamin B atau kurang mengambil kalori dalam makanan.

3) Mengidam makan buah? Itu tandanya kurang vitamin C. Jika ibu hamil mula sakit gusi seperti gusi berdarah semasa memberus gigi juga tanda-tanda awal kekurangan vitamin C.

4) Mengidam makan ubat gigi, sabun, tanah atau apa-apa yang bukan makanan pula menunjukkan kekurangan mineral seperti zat besi. Keadaan mengidam bukan makanan dipanggil "Pica". Namun kadangkala ia dikaitkan dengan masalah mental.


Jadi, ibu hamil perlu mendapatkan makanan berkhasiat bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk kebaikan bayi juga.

Namun mabuk juga membataskan keadaan ibu untuk mendapatkan nutrisi makanan.

Tambahan kebanyakan ibu zaman sekarang ramai yang bekerjaya dan kadangkala kekurangan masa untuk masak sendiri di rumah. Dan kesegaran sumber makanan juga tidak dipastikan.

Bagi memastikan nutrisi keperluan ibu dan bayi dipenuhi, vitamin dan supplement tambahan amat perlu untuk ibu.


CADANGAN SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK IBU HAMIL:

TRIMESTER 1: Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP & Ostematrix
TRIMESTER 2 & 3: Vitalea, B Complex, Vitamin C, Omega Guard, ESP & Ostematrix


Vita-Lea
Ibu hamil kadangkala mengalami kandungan Hb yang rendah yang boleh menyebabkan anemia. Vita-Lea boleh membantu dalam memastikan kadar Hb normal kerana di dalamnya mengandungi:

1) Vitamin B12 yang membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

2) Diperkayakan dengan Iron / Besi yang membantu dalam mengangkut oksigen ke tisu di seluruh badan.

Selain itu,  Vita-Lea Shaklee mengandungi 28 vitamin & mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa, mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang & gigi serta biotin & asid pantotenik membantu dalam metabolisme lemak dan karbohidrat dalam tubuh.

B Complex
B Complex mengandungi vitamin B lengkap untuk kesihatan ibu dan mengandungi asid folik. Asid folik amat penting untuk mengelakkan kecacatan kepada janin.

B Complex juga membantu dalam menukarkan makanan kepada tenaga sekaligus mengurangkan rasa penat yang lazim dialami oleh ibu hamil.

Ostematrix
Ostematrix adalah kalsium yang diperkaya dengan Vitamin D untuk membantu dalam penyerapan. Ia membekalkan keperluan kalsium yang diperlukan oleh ibu dan sekaligus mengurangkan kekejangan otot (cramp) dan sakit pinggang / belakang yang lazim dialami oleh Ibu. Ibu yang kekurangan kalsium akan menyebabkan bayi menyerap kalsium sedia ada pada Ibu yang boleh menyebabkan osteoporosis sekiranya dibiarkan berlanjutan.

Ostematrix juga penting untuk bayi di dalam kandungan untuk membentuk tulang yang kuat serta gusi & otot yang sihat.

ESP (Energizing Soy Protein)
Sumber protein berasaskan non-GMO soya yang mampu mengekalkan rasa kenyang dengan lebih lama. Protein penting dalam pembentukan sel-sel yang baru. Dengan ESP, ibu akan rasa kenyang lebih lama dan dapat mengelakkan daripada mengambil kudapan yang kurang sihat. Ia juga dapat mengelakkan ibu menjadi letih & lesu dan sangat sesuai diambil oleh ibu yang mengalami alahan atau mabuk teruk sehingga kurang makan. Soya seperti diketahui ramai dapat mencantikkan kulit ibu dan bayi serta mengurangkan kesan regangan (stretch marks) yang lazim berlaku pada ibu hamil.

Vitamin C
Vitamin C membantu menyerap zat besi / iron dan sintesis protein. Jadi, Vitamin C ini sebagai 'enhancer' untuk membantu vitamin / supplement lain untuk serapan sepenuhnya. Selain itu, ia sebagai anti oksidan dan membantu meningkatkan imun badan ibu agar tidak mudah terkena sakit seperti selsema. Ia juga mengurangkan sakit gusi atau gusi berdarah terutama ketika menggosok gigi.

Omega Guard

Omega Guard adalah minyak ikan yang diperkaya dengan Omega-3, DHA & EPA. Ia membantu dalam perkembangan otak bayi yang sihat serta membantu melancarkan peredaran darah ibu sekaligus mengawal tekanan darah serta
tahap kolestrol ibu.

Tempah sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978






Mengidam masa hamil antara yang biasa berlaku pada Ibu-Ibu. Para suami pun masa ini nak memanjakan isteri. Membawa satu lagi nyawa di dala...

12 comments:

  1. ohh ada kaitan ibu mengidam dengan kekurangan nutrisi rupanya ye...baru tahu ni :) Thanks berkongsi

    ReplyDelete
  2. pelbagaikan makanan yang diambil mesti tak de masalah mengidam..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya tak lalu nak makan..huhu

      Delete
  3. tak sabar nak mengandung. hehehe....

    ReplyDelete
  4. Emalin kenapa saya mengidam cokelat, buah semua walaupun tak preggie haha..
    Sebenarnya kuat makan :) .
    Tapi zaman pregnant memang best kan. Gajah goreng aje tak dapat hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...klau nak gajah goreng tu parah tu. Macammana nak sembelih tu...

      Delete
  5. belum pernah hadapi isteri mengidam perkara yang pelik-pelik!


    ''Salam blogwalking daripada Kakiblog''

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bagus tu. Nutrisi cukup tu ..

      Delete
  6. Ouh..kiranya hormon badan tak cukup la tu ea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hormon tak cukup. Ketidakseimbangan hormon dan kekurangan nutrisi yang jadi mengidam tu

      Delete