Cara Memilih Kolagen Terbaik

9:15 am Emalin Mohd 0 Comments

Sana sini orang mempromosikan kolagen. Sekarang ada kolagen dalam bentuk minuman, makanan, pil. Rata- rata semua orang kata perlu kolagen terutama untuk awet muda dan kekal muda serta agar kulit tegang.

Kolagen itu apa? Kolagen sebenarnya tisu penyambung yang membantu untuk mengekalkan kekuatan dan keanjalan bukan saja kulit malahan rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.

Jadinya kolagen ini ada di mana-mana dan diperlukan di mana-mana juga anggota badan. Bukan hanya untuk kulit cantik!!

Perlu ke kita mengambil supplement kolagen? Pastinya perlu. Nampak kan beza ketika kulit kita di awal remaja berbanding sekarang? 

kulit cukup kolagen

Pasti kita tidak mahu kelihatan tua daripada usia kan?

Dah banyak produk kolagen di pasaran, bagaimana pula untuk memilih yang terbaik?

TIPS MEMILIH PRODUK KOLAGEN

1) Semak jika produk tersebut telah menjalani ujian klinikal untuk memastikan keberkesanannya. Ujian klinikal juga untuk memastikan produk tersebut tidak memberikan kesan buruk jika diambil.

2) Mengikut kajian yang telah dijalankan, untuk kesihatan kulit kolagen yang diambil hendaklah diperkayakan atau diambil bersama vitamin C dan glukosamina.  Ia bertujuan meningkatkan kadar serapan kolagen di dalam badan serta menjadi pelincir bagi sendi-sendi di dalam badan.




3) Memilih kolagen yang telah melalui proses hydrolyzation iaitu pemecahan. Kolagen lazimnya mempunyai kolagen yang besar dan jika tidak dipecahkan sukar untuk badan menyerap kolagen tersebut. Kolagen terbaik jika molekulnya rendah sehingga 1,000 Dalton berbanding yang biasa iaitu 300,000 Dalton.

tips memilih kolagen


Di mana ingin mencari kolagen yang memiliki 3 tips di atas?

Tahukah anda Shaklee juga ada mengeluarkan Collagen Powder yang mempunyai 3 ciri-ciri di atas iaitu diperkaya dengan Vitamin C, glokasamina (daripada ekstrak kulit kerangan laut) dan telah melalui proses pemecahan.

Collagen Powder Shaklee mengandungi Vitamin B2 dan B6 selain vitamin C untuk fungsi antioksidan, lactobacillus acidophilus untuk fungsi keanjalan di samping kolagen ikan dan ekstrak kulit kerangan laut serta ekstrak biji Camellia Japonica dan ekstrak Pfaffia untuk kulit cukup kelembapannya.





collagen powder shaklee


Tempah sekarang!!


Hubungi:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


Sana sini orang mempromosikan kolagen. Sekarang ada kolagen dalam bentuk minuman, makanan, pil. Rata- rata semua orang kata perlu kolagen t...

0 comments:

Tempat Makan Sedap di Gua Musang, Kelantan

8:43 am Emalin Mohd 0 Comments

Kalau pergi ke Gua Musang singgahlah ke Restoren ini. Restoren yang sedap masakannya dan cantik pemandangannya di Gua Musang, Kelantan. Boleh jamu mata dan selera sekali.

Restoren Dalam Taman. Jom layan gambar ni dulu ya..


Papan tanda di luar Restoren. Cari di mana Huruf "O"? 😉


Pintu masuk Restoren...


Di hadapan Restoren. Ada mesin getah, alu dan lesung, tempayan dan kaki mesin jahit lama.




Kasut dijadikan pasu Bunga. Kreatif!


Pinggan-mangkuk zaman nenek moyang kita dulu pun ada.



Tempat basuh tangan daripada kuali. Nampak cantik kan?


Sedap sangat masakannya. Memang licin lepas tu. Masakan ala-Thai. 

Boleh pilih nak bersila atau duduk di meja.

Jamu selera dan jamu mata...

Lepas jamu selera tu boleh ambil set trio ini pulak..😊😊


Untuk tempahan vitamin anda:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978







Kalau pergi ke Gua Musang singgahlah ke Restoren ini. Restoren yang sedap masakannya dan cantik pemandangannya di Gua Musang, Kelantan. Bole...

0 comments:

Kenapa Perlu Ambil Supplement?

10:59 am Emalin Mohd 0 Comments

Makanan kesihatan atau vitamin atau lazimnya kita gelarkan supplement. Perlu ke ambil dan amalkan? Kalau kita pergi ke pasar raya atau farmasi atau jualan online ada pelbagai jenis supplement ditawarkan. 

Yang mana satu patut kita pilih?

Perlu ke supplement atau makanan kesihatan atau vitamin ini kepada kita? Tak cukup ke sekadar mengamalkan pyramid makanan?

Jom kita baca apa yang diperkatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan faedah mengambil makanan kesihatan.


Berfaedah bukan makanan kesihatan atau supplement atau vitamin ini. 

Dan yang baiknya Shaklee mengeluarkan produk makanan kesihatan yang dijamin Selamat, Sihat dan Insyaallah Berkesan.

Untuk tempahan makanan kesihatan / vitamin / supplement anda:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978








Makanan kesihatan atau vitamin atau lazimnya kita gelarkan supplement. Perlu ke ambil dan amalkan? Kalau kita pergi ke pasar raya atau farm...

0 comments:

Cara Hilangkan Mabuk Perjalanan

5:26 pm Emalin Mohd 0 Comments

Mabuk perjalanan. Antara perkara yang tak disukai walaupun perjalanan untuk percutian itu dinantikan. Setiap kali ingin mulakan perjalanan, bila terbayang 'scene' terdahulu yang mana pening kepala sehingga membawa ke muntah mesti tak seronok untuk menempuh perjalanan.

Dulu asam satu kemestian untuk bekal dalam perjalanan.

Kenapa mabuk perjalanan terjadi?

Mabuk terjadi disebabkan kecelaruan koordinasi anggota badan dan otak. Sebagai contoh, semasa membaca buku di dalam kenderaan. Otak mengesan terdapat pergerakan yang berlaku namun mata hanya melihat buku yang tidak bergerak. Ini menyebabkan otak menjadi keliru dan boleh menyebabkan mabuk.

Bagaimana nak kurangkan risiko mabuk?

Bagi mengurangkan risiko mendapat mabuk semasa di dalam perjalanan, sedikit tips yang boleh diamalkan:

1) Duduk menghadap hadapan. Ada kenderaan seperti keretapi yang mempunyai tempat duduk bertentangan. Elakkan duduk bertentangan dengan arah pergerakan kenderaan.

2) Lihat pemandangan di luar kenderaan. Sekiranya berada di laut, lihat ke arah ufuk iaitu di mana laut dan langit kelihatan bercantum.

3) Duduk di bahagian tengah kenderaan terutama jika menaiki kapal terbang atau bot untuk mengurangkan rasa pergerakan tersebut.

Selain daripada itu, doktor juga boleh memberikan ubat tahan muntah atau ada yang membekalkan gelang / peralatan yang diletak di telinga bagi mengurangkan risiko mabuk.

Lagi? Apa lagi yang boleh dijadikan alternatif selain daripada ubat tahan muntah?

Makan vitamin / supplement!!!

➡️ Chewable vitamin C sesuai sangat menggantikan asam. Rasanya masam manis dan boleh dikunyah sesuai untuk anak-anak dan juga orang dewasa.

➡️ Performance Drink mempunyai rasa oren. Rasa masamnya boleh menghilangkan rasa loya di samping menghidratkan badan.

➡️ B Complex mempunyai fungsi penenang dan juga kekurangan vitamin B6 boleh menyebabkan rasa loya. Tapi pastikan B Complex tidak diambil semasa perut kosong. 

➡️ Ostematrix juga boleh diambil sebelum memulakan perjalanan. Magnesium yang terdapat di dalam Ostematrix boleh menenangkan saraf.

➡️ Peppermint-ginger plus pula boleh dikunyah begitu sahaja atau dibancuh di dalam air panas atau teh panas. Rasanya berangin dan boleh menghilangkan rasa tidak selesa di dalam perut.

Jadi semak dulu jika Ada vitamin dan supplement tersebut di rumah boleh dijadikan alternatif bagi mengurangkan rasa mabuk.

Tak ada? Ingin mencuba?

Hubungi:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Mabuk perjalanan. Antara perkara yang tak disukai walaupun perjalanan untuk percutian itu dinantikan. Setiap kali ingin mulakan perjalanan,...

0 comments:

Sakit Lutut Hilang Dengan Kolagen

11:47 pm Emalin Mohd 0 Comments

Sakit lutut hilang dengan kolagen!! Mula-mula memang tidak percaya. Ajaibkah kolagen ini kerana mampu menghilangkan sakit lutut? 




Ibu mertua saya yang berumur dalam 50an teruja nak mencuba kolagen disebabkan jeragat pada muka mak saya semakin menghilang. Dan mak saya mengamalkan Collagen Powder Shaklee. Mak saya pulak berumur 60 tahun. Bayangkan dah berpuluh tahun jeragat tersebut di muka. Sampai suatu ketika, memang ingin mendapatkan rawatan dengan doktor untuk 'bleaching' kulit muka agar hilang jeragat. 

Produk kecantikan tak perlu cakaplah. Dah cuba pelbagai jenis tapi takda langsung perubahan. Sebab anaknya ni pengedar Shaklee dan terbaca Collagen Powder Shaklee ini boleh menghilangkan jeragat, jadi mak pun bersetuju nak mencuba Collagen Powder ini. Setelah mengamalkan beberapa ketika, kesan jeragat tersebut semakin hilang. Jangan pulak fikir, minum 1-2 sachet jeragat terus hilang. Jeragat tersebut dah berpuluh tahun di muka, jadi dengan pengambilan secara intensif dan berterusan baru dapat kesan yang diidamkan.

Ibu mertua pula bila terdengar cerita tersebut, semakin teruja nak mencuba Collagen Powder Shaklee ini. Sebab kulit muka ibu mertua pun ada jeragat. Cubalah satu kotak Collagen Powder Shaklee..

Dan ajaibnya sebelum kesan di kulit muka yang ingin dilihat. Kesan sampingan lain pula yang timbul. 

Tak sampai seminggu mengamalkan Collagen Powder Shaklee ini, sakit lutut ibu mertua semakin hilang. Kalau sebelum ini, nak solat kena duduk, nak bengkokkan kaki pun susah. Dengan Collagen Powder Shaklee, semakin pulih lutut ibu mertua. Terus order sekotak lagi!!

Apa yang ada dalam Collagen Powder Shaklee yang membantu dalam menyembuhkan sakit 
lutut di samping menghilangkan jeragat pada kulit muka?

Faham ke maksud kolagen? Apa sebenarnya kolagen?

Kolagen ialah tisu penyambung dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.

Tulang kita pula terdiri daripada 80% kolagen. Dan kekurangan kolagen ini boleh menyebabkan sakit belakang dan sakit sendi termasuk sakit lutut.


Apa bezanya Collagen Powder Shaklee ini yang boleh menghilangkan sakit lutut dengan cepat?


1) Sumber kolagen ialah sisik ikan merah dengan jisim yang amat rendah. Jisim rendah ini meningkatkan kadar penyerapan di dalam badan.


2) Ditambah dengan ekstrak kulit kerangan laut. Umum mengetahui khasiat yang mempunyai glukosamina yang berfungsi sebagai pelincir bagi sendi.


3) Kadar penyerapan kolagen pula ditingkatkan dengan menambah Lactobacillus acidophilus untuk kadar maksimum.


4) Vitamin C untuk menggalakkan pengeluaran kolagen


5) Vitamin B2 dan B6 untuk membantu proses pengeluaran kolagen di dalam sel tubuh


6) Ekstrak biji Camellia Japonica mengandungi asid oleik dan isoflavon untuk meningkatkan penghidratan.


7) Ekstrak Pfaffia untuk tenaga


Kerana itu Collagen Powder Shaklee dikatakan boleh bertindak 2 dalam 1. Untuk kulit cantik dan pada masa yang sama menghilangkan sakit lutut / sendi. Amat sesuai untuk yang mengalami sakit lutut namun tidak boleh menelan pil seperti AJHT.




Atau boleh juga hubungi:

Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Sakit lutut hilang dengan kolagen!! Mula-mula memang tidak percaya. Ajaibkah kolagen ini kerana mampu menghilangkan sakit lutut?  ...

0 comments: