6 Tips Atasi Bengkak Susu

9:33 am Emalin Mohd 0 Comments

Kena bengkak susu sampai demam? Normal ke tak normal? Kalau tak pernah kena Alhamdulillah tapi kalau pernah kena memang tahu rasa macammana kan? Ada rasa nak menyepak orang tak? hihi...

Ada banyak tips tapi macam biasa cuba baru tahu yang mana satu serasi. Tapi, tak salah mencuba. Dan tak salah pergi jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Tapi maklum siang-siang, siap-siap pada doktor yang kita ni ibu yang menyusukan anak sepenuhnya atau secara eksklusif. Ini untuk memastikan agar ubat yang diberikan tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu.

Jadi, apa tipsnya selain tips yang pernah  dicoretkan sebelum ni di sini?

Antara tips yang boleh diaplikasikan:

1) Mulakan sesi penyusuan pada sebelah breast yang bengkak. 

Kenapa? Sebab lazim macam orang dewasa yang tengok makanan masa lapar. Pasti rasa berselera kan? Bayi pun sama. Kadar hisapan bayi lebih kuat pada masa ini. Lazim nya bayi akan tolak sebab perlu bekerja keras untuk mengeluarkan susu tapi ada yang berjaya melakukannya.


2) Tuam breast yang bengkak dengan tuala suam. Ini hanya untuk melegakan sebentar rasa tidak selesa.


3) Keluarkan susu pada breast yang bengkak melalui Teknik Marmet atau Pam susu. Tapi nak bagi amaran dahulu. Jangan ingat breast bengkak, pam susu dapat 10 auns terus. Kadang-kadang dapat 1 auns je. Dah liang susu tersumbat, nak keluarkan macammana pulak ya? Tapi pastikan dibuat juga ya. Sebab kalau tak buat, memang akan jadi bertambah bengkak susu.


4) Reverse pressure softening- yang ini maksudnya untuk melembutkan kawasan aerola agar mudah bayi menyusu. Sebab kalau kawasan aerola terlalu 'keras', ia membuatkan bayi menolak untuk disusukan. Boleh rujuk pada dua gambar di bawah cara untuk melakukannya dan link video tu kalau rasa keliru lagi cara untuk lakukannya. 




Link video untuk urutan bengkak susu kalau tak pasti betul atau tak cara buat.

http://on.aol.com/video/how-to-use-reverse-pressure-softening-during-engorgement-106182017


5) Merendam breast dalam air suam yang telah diletak garam Epsom. Ingat tak konsep osmosis yang dipelajari waktu Sains dulu? Air berkepekatan tinggi ( garam Epsom) akan menarik keluar air berkepekatan rendah (susu Ibu). Bukan setakat rendam breast sahaja, breast tersebut perlu diurut sehingga susu akan keluar. Tambahan rasa lega pun ada sebab direndam di dalam air suam.


6) Mengamalkan lecithin untuk yang selalu kena bengkak susu. Ada pendapat mengatakan bengkak susu terjadi disebabkan susu Ibu terlalu likat jadi sukar untuk dikeluarkan. Jadi, lecithin ini meningkatkan jumlah asid lemak poli tak tepu. Sekaligus akan mengurangkan kelikatan susu. Tambahan pula, lecithin ini sangat popular untuk yang ingin mengurangkan berat badan sebab ia berfungsi memecahkan lemak. Jadi, dapat 2 khasiat dalam 1 kan? Pendapat siapa? Boleh rujuk:

2) DrSears 


Nak dapatkan lecithin?



khasiat lecithin untuk ibu menyusu



Hubungi Pn Emalin di 0192500978
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Kena bengkak susu sampai demam? Normal ke tak normal? Kalau tak pernah kena Alhamdulillah tapi kalau pernah kena memang tahu rasa macammana...

0 comments: