Tips Untuk Kurus

8:27 pm Emalin Mohd 0 Comments





"Ala, berat naiklah bila dah stop susukan baby. Macammana ni?"

Selalukan dengar ayat di atas. Semasa hamil, ibu kata makan untuk 2 orang, selera makin menjadi-jadi berat pun bertambah. Apabila telah bersalin, apabila lambat makan, sakit perut jadi ibu pun asyik makan. Sampai orang kata, ada 'bela' ke? 'Portion' makan untuk 3 orang pun ada kalau tengok. Apabila anak sudah semakin besar dan ibu tak menyusukan anak lagi, selera makan tetap untuk 3 orang. Apalagi, badan pun mencanak naik. Tetapi, disebabkan rasa badan sihat sahaja tidak ambil peduli.

Jadi, jom kita kira BMI hari ini.

Cara mengira BMI:

Berat (kilogram) / [ Tinggi (meter) x tinggi (meter) ]

Jika BMI melebihi 30.0, mungkin anda adalah sasaran seterusnya untuk serangan penyakit jantung. Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Obesiti dikenalpasti sebagai faktor risiko utama bagi penyakit jantung.

Pernah menonton The Biggest Loser dan melihat peserta membawa beban berat badan yang telah dihilangkan? Penat bukan untuk membawa berat yang berlebihan? Bukan setakat penat, ia memberi kesan kepada organ dalaman kita.

Risiko lain OBESITI:


  • Strok
  • Tekanan darah tinggi
  • Batu hempedu
  • Diabetes
  • Kolestrol tinggi
  • Gout
  • Sakit belakang
  • Kesukaran bernafas
  • Gangguan pembuangan air kecil
  • Penyakit hati
  • Barah usus


Jadi, jom kita kurangkan berat badan kita.


Healthy Family, Healthy Life

Tips Kuruskan Badan

1) Perlu ada kesedaran tentang kepentingan kuruskan badan. Kesan dan akibatnya. 


2) Kurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan protein, sayuran dan buah. 


3) Senaman 3 kali seminggu 30 minit setiap sesi. Tiada masa? Tiada peralatan? Skipping di rumah, di depan tv.






4) Minum air masak (plain water) bukan air manis sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.


5) Jangan makan makanan ringan. Gantikan dengan buah-buahan sebagai kudapan.

6) Rehat secukupnya.

7) Tetapkan waktu makan agar teratur dan untuk mengelakkan lapar melampau yang menyebabkan jumlah makanan yang dimakan bertambah.

8) Garam meningkatkan 'water retention' dalam badan yang menyebabkan berat badan naik. Kurangkan garam dalam makanan.





Senarai Produk Shaklee dan Fungsinya:

1) Herblax / Alfalfa - Membuang lemak dan toksin
2) Lecithin / Omega Guard - Memecah lemak
3) Cinch / ESP - Membina otot dan mengelakkan daripada menggelebeh




"Ala, berat naiklah bila dah stop susukan baby. Macammana ni?" Selalukan dengar ayat di atas. Semasa hamil, ibu kata ma...

0 comments: