Hilangkan Bisul Di Punggung Dengan Cepat
- Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah.
- Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.
- Jika anda mempunyai kesihatan yang lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun anda melawan jangkitan.
- Diabetes menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.
- Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
- Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.
- Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan jangka panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.
- Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan
- Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas
- Bisul yang kerap timbul
- Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
- Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.
- Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.
- Pakaian ketat mungkin nampak anggun tetapi pastikan ia tidak melecetkan kulit anda.
- Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.
- Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.
- Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.
- Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.
- Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.
Sumber: Utusan Malaysia
- Menyapu Herbal Blend pada bisul kerana ia mengandungi sage, horse chesnut dan yarrow yang membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka
- Nutriferon yang mengandungi biji labu, biji plantago asiatica, honeysuckle Jepun & bunga safflower. Kandungan dalam Nutrifeon ini membantu meningkatkan imuniti badan kita dengan menyediakan askar tambahan untuk berperang dengan musuh dalam badan iaitu bakteria dan virus jahat. Ia mengandungi interferon yang mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag.
- Garlic Complex yang mengandungi Allicin iaitu bahan yang terdapat dalam bawang putih yang berbau kuat. Allicin inilah memberikan banyak manfaat kesihatan terutama dalam meningkatkan tahap kesihatan. Ia digabungkan dengan Rosemary agar bau bawang putih tidak ketara.
4 comments: