Kesan Memakai Implanon Sebagai Perancang Kehamilan

5:26 pm Emalin Mohd 2 Comments

Semasa jumpa nurse di Klinik Kesihatan antara soalan wajib ditanya ialah, nak guna perancang kehamilan apa.

Mulalah kita meng'google' kan? Apa kesan menggunakan perancang kehamilan seperti pil perancang, injection Depo malah bagi yang tidak inginkan komitmen ke klinik akan cuba Implanon.



Apa kesannya?

Implanon adalah salah satu alat perancang kehamilan yang paling mudah, tiada maintenance, boleh dibiarkan sahaja di lengan jika malas untuk mengeluarkannya namun ada sedikit kos. 

Tapi..

Ada tapinya...

Jika anda ingin memakai implanon antara nasihat yang diberikan ialah mencuba dahulu suntikan Depo. Jika tiada kesan pada badan, maka sama juga semasa memakai implanon.

Itu kata mereka...

Sebaliknya apa yang terjadi kepada saya tidak sama! Kesan mengambil suntikan depo SAMA SEKALI TIDAK SAMA dengan IMPLANON.

Semasa mengambil suntikan depo, period saya cuma tidak datang langsung. Itu antara kesan biasa. Yang lain tiada kesan pada saya. Berat badan sama, selera makan biasa. Serba serbi biasa sahaja.

Jadi, dengan penuh keyakinan saya mengambil Implanon. Yakin sangat akan mendapat kesan sama seperti suntikan Depo.

Namun harapan itu punah!

Baru 3 bulan memakainya, saya sudah nak buka sehingga jumpa doktor nak buka implanon. Apabila doktor bertanya sebabnya, inilah punca menyesal memasang Implanon:
  • Period datang tidak berhenti-henti, lama dan spot sehingga keliru masa bila suci atau tidak.
  • Mood sangat tidak stabil. Rasa sedih, murung, marah. Semua emosi negatif ada sehingga rasa stress dan tertekan.
Jawapan doktor, itu adalah perkara biasa! Sepatutnya sudah diketahui itulah kesannya. Kata doktor, betul nak buka baru 3 bulan pakai sebab pasang bukan sepuluh ringgit. Mencecah ratusan ringgit!

Sudahnya balik tanpa buka implanon sebab masa itu memang perlu merancang kehamilan.
  • Guna kalendar? Confirm ke laut.
  • Pil perancang? Selalu terlupa.
  • Suntikan depo? Dah tak larat nak cucuk. Sakit sangatlah. Sengal.
  • IUCD? Gerun untuk melakukannya. Tambahan, ada kawan terhamil sebab IUCDnya senget. Ngeri-ngeri.
Sudahnya, tetap kekal dengan implanon!

Tapi apa caranya untuk mengurangkan kesan sampingan tersebut? Nasib baik waktu tersebut kawan ada cadangan. Dan cadangannya tidak menyebabkan saya perlu mengeluarkan implanon dan cadangan tersebut tidak mencecah ratusan ringgit pun.

Apa lagi! Pucuk dicita ulam mendatanglah. Sambarlah GLA Complex!


kitaran haid tidak normal


Dalam GLA Complex ini mengandungi gamma linoleic acid yang boleh menstabilkan hormon tetapi pada masa yang sama tidak mengurangkan keberkesanan implanon tersebut.

Alhamdulillah, bertahan juga dengan implanon sehingga tamat tempoh penggunaan dengan tiada kesan yang tidak disukai. Hanya dengan GLA Complex.

Kalau korang anda masalah yang sama, cubalah!

Hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978



Semasa jumpa nurse di Klinik Kesihatan antara soalan wajib ditanya ialah, nak guna perancang kehamilan apa. Mulalah kita meng'googl...

2 comments:

Kolestrol Turun Selepas Amalkan Set Kolestrol Shaklee

10:15 pm Emalin Mohd 0 Comments

[ Kolestrol Turun Dari 13 Kepada 6.2 Dalam Masa Sebulan? ]

Ikuti kisah Pn Noor Azmiah Mohamad ini.
---------------------
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya Noor Azmiah Mohamad, isteri kepada Huzair Bahrin. Kali ini saya ingin kongsikan kisah bagaimana pertama kali saya dan suami jatuh cinta dengan produk Shaklee. 


Orang kata kalau tak kenal tak cinta, tak cuba mana nak tahu kan. Sebelum saya betul2 jatuh cinta dengan produk shaklee saya pernah beli dan makan beberapa vitamin shaklee tapi mmg main2 shj...sehari makan...sehari tak...kadang2 seminggu xmakan...org kata mmg tak bersungguh langsung...sampai akhirnya produk expired dan dimakan tikus, tikus pun tahu pilih produk yg natural...lawak pun ada. Tapi, sampai satu hari...saya terdesak dan terpaksa mencari semula produk Shaklee ni...

Kisahnya bermula apabila suami saya, disahkan kadar kolesterol dalam darahnya terlalu tinggi dengan bacaan 13.0 (normal 5)....bacaan hati atau Alt pula 100+ (normal 41) yang mana pada tahap merbahaya dan risiko tinggi utk serangan jantung atau strok. Masa pemeriksaan di Klinik Kesihatan (KKM) mmg doktor juga terkejut dengan bacaan tersebut dan minta refer ke hospital. Tapi, suami minta utk tangguhkan sebulan sbb suami seboleh2 tak mahu bergantung pada ubat ubatan dr hospital. Masa tu mmg risau sgt...

Sebelum membuat pemeriksaan suami saya mmg hadapi sakit sakit badan, lesu dan kalau lihat raut wajah pun tak ceria. Saya memulakan misi google mencari produk Shaklee utk kolesterol...beli dan terus jadi ahli. Maka sejak dr hari pertama terima produk itu, dengan konsistan makan set kolesterol terdiri dr Omega, lecithin, garlic dan saya add on Alfalfa sekali makan berdua (walaupun saya xde buat pemeriksaan tapi pemakanan kami sudah tentu sama) jadi saya pun makan sama...

Genap 1 bulan suami ulang buat pemeriksaan darah semula mmg agak berdebar juga sbb takut kena telan ubat klinik setiap hari...But, Amazing! Its really works! Kolesterol dr bacaan 13 turun kepada 6.2, walaupun belum bawah tahap normal tapi separuh dr bacaan pertama....Alt atau liver function pula...turun kepada 43...hampir juga keparas normal...dan doktor sgt kagum dengan keputusan itu...gembira sgt bila doktor minta suami teruskan makan produk shaklee. Dan kami yakin dengan izin Allah, masalah ini dapat diatasi jika kami teruskan pemakanan sihat dan supplemen Shaklee.

Waktu suami saya buat pemeriksaan kedua saya tak turut serta. Disebabkan gembira...suami siap minta doktor tuliskan bacaan sebelum (pemeriksaan pertama) dan selepas (pemeriksaan kedua) untuk tunjuk pada saya. Keratan kertas tu saya sertakan dibawah.

Sejak hari itu kami mmg yakin produk Shaklee bukan sebarangan. Ia benar benar berkesan dan yang paling penting 100% semulajadi. Sehingga kehari ini kami berdua masih terus consistant mengamalkan supplemen Shaklee.  Alhamdulillah.

Jika anda ingin mendapatkan set kolestrol yang boleh membantu mengurangkan kadar kilestrol dari 13 ke 6.2 dalam masa sebulan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

[ Kolestrol Turun Dari 13 Kepada 6.2 Dalam Masa Sebulan? ] Ikuti kisah Pn Noor Azmiah Mohamad ini. --------------------- A...

0 comments:

Cara Mengelak Daripada Terkena Kencing Kotor Pada Ibu Hamil

10:02 pm Emalin Mohd 0 Comments

Baru-baru ini dalam group Whatsapp ada sembang-sembang tentang kencing kotor semasa hamil atau lebih dikenali sebagai UTI - Urinary Track Infection.

Kencing kotor ini bukan sahaja bahaya kepada ibu malah kepada bayi juga. Ia boleh menyebabkan kelahiran bayi pra matang dan berat yang kurang pada bayi. Bagi ibu pula, kencing kotor yang tidak dirawat boleh membawa kepada jangkitan kuman pada buah pinggang.

Ibu yang disahkan mengalami kencing kotor hendaklah mengikut nasihat doktor dan mengambil ubat yang disarankan.

Selain itu antara tips bagi mengelakkan kencing kotor ialah:
  • Mencuci kemaluan dengan air sebersih-bersihnya tanpa menggunakan sabun atau alat pembersih wanita dan lap sehingga kering dari depan ke belakang.
  • Minum air secukupnya sehingga air kencing berwarna jernih. Ini bermakna ibu tersebut juga akan kerap ke tandas akibat tekanan kehamilan.
  • Bersihkan diri setelah bersama suami.
  • Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan jangan pakai pakaian yang terlalu ketat.
  • Elakkan sembelit semasa hamil dengan mengamalkan Ostematrix.


Bagi ibu yang pernah mengalami kencing kotor semasa kehamilan terdahulu, tidak mustahil ia akan berlaku lagi.

Sebelum terjadi cegah ianya dengan Vitamin C.

Sebaiknya vitamin C semulajadi bukan dari bahan sintetik seperti Sustained Release Vitamin C.

Vitamin C adalah vitamin antioksidan dan antara vitamin yang disyorkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk ibu hamil.

Pengambilan yang berterusan dapat mencegah daripada terjadinya kencing kotor semasa hamil.


Dan sebaiknya mengamalkan vitamin dan supplement yang disyorkan semasa kehamilan. Sembelit tiada, kencing kotor juga dapat dielakkan.




Baru-baru ini dalam group Whatsapp ada sembang-sembang tentang kencing kotor semasa hamil atau lebih dikenali sebagai UTI - Urinary Track I...

0 comments:

Apa Guna Makan Kalsium Jika Tidak Diserap Oleh Tulang?

8:30 am Emalin Mohd 0 Comments

Apa guna makan pil kalsium kalau tulang tak boleh serap?



Seseorang pernah kata kat saya, tak guna makan pil kalsium dah tua-tua ni. Bukannya serap kat tulang pun.

Memang benar kata dia. Kalsium tak serap kat tulang bila dah tua. Tapi kita lupa peranan kalsium yang lain. Bukan sekadar untuk tulang sahaja.
Kalsium berperanan dalam clotting blood, sistem saraf, kawalan muscle dan pengeluaran hormon. Bukan sekadar pembentukan tulang sahaja tau.
Jadi bila dah umur 30 tahun ke atas, umur yang dikatakan kalsium tidak lagi boleh diserap oleh tulang tetapi sebenarnya masih memerlukan kalsium untuk perkara yang dinyatakan tadi.
Apa yang berlaku kalau tiada kalsium dibekalkan mencukupi secara harian kepada badan?
Haa...badan ambillah kalsium dari tulang. Takkan nak biarkan hormon tak dikeluarkan, sistem saraf dibiarkan tak berfungsi dan muscle tidak terkawal pulak. Nak tak nak, kena cari kalsium yang ada pada badan.
Dekat mana tadi ada banyak kalsium? Tulangkan?
Jadi kalsium pun ditarik keluar dari tulang.
Kalau dibiarkan itu yang akan buat tulang jadi poros dan rapuh. Tau-tau bila x-ray, dah lompong banyak. Osteoporosis lah pulak. 
Osteoporosis menyebabkan bongkok, kalau patah anggota badan sukar sembuh dan semakin pendek!
Sekiranya umur belum lagi mencecah 30 tahun lagi, pastikan kalsium diambil secukupnya setiap hari. Seumpama kita membuat penyimpanan di dalam bank. 
Sekiranya berumur lebih 30 tahun pula, pengambilan kalsium setiap hari untuk memastikan kalsium ditarik dari tulang untuk keperluan lain.



1000mg kalsium diperlukan seharian jika anda berumur 30tahun ke atas bersamaan lebih kurang 3 gelas susu sehari atau 2.5 cawan badam.

Atau lebih mudah, 4 biji Ostematrix sehari.
Pastikan kalsium mencukupi.


Untuk tempahan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS /Whatsapp) 0192500978

Apa guna makan pil kalsium kalau tulang tak boleh serap? Seseorang pernah kata kat saya, tak guna makan pil kalsium dah tua-tua...

0 comments:

Cara Memilih Vitamin Terbaik Agar Tidak Membahayakan Kesihatan

5:38 pm Emalin Mohd 0 Comments

Bagaimana anda memilih vitamin untuk keperluan sekeluarga? Adakah terdapat checklist tertentu yang akan di'tick' sebelum pembelian vitamin diteruskan?


Tahukah anda bahawa terdapat kajian mendapati bahawa pengambilan vitamin dari jenama tertentu mendatangkan bahaya berbanding dengan orang yang tidak mengambil vitamin langsung?



Gambar rajah di atas menunjukkan perbandingan kebarangkalian untuk mendapat penyakit tertentu seperti diabetes, strok dan serangan penyakit jantung untuk 3 kumpulan iaitu garis biru untuk yang tidak mengamalkan apa-apa vitamin, garis merah yang mengamalkan vitamin jenama lain dan garis hijau yang mengamalkan Shaklee.

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa pengamal jenis vitamin lain berisiko lebih tinggi berbanding yang tidak mengamalkan vitamin langsung dan yang mengamalkan vitamin Shaklee mempunyai risiko yang paling rendah.


Tetapi pasti anda tertanya-tanya adakah ujian ini tidak berat sebelah? Kajian ini sememangnya tidak berat sebelah. Ia dinamakan Landmark Study. Ia dijalankan oleh para saintis diketuai oleh Dr Gladys Block dari Universiti of  California, Berkeley. Dan kajian ini akan tetap disiarkan walaupun penemuannya nanti tidak menyebelahi Shaklee.

Berani bukan? Sekiranya vitamin keluaran Shaklee berada pada graf merah pastinya organisasi tersebut akan musnah dan ranap. Namun, CEO Shaklee inginkan kepastian bahawa sememangnya vitamin ini mendatangkan manfaat kepada semua orang dan bukannya mendatangkan keburukan.



Dan kerana ini juga ramai atlet memilih Shaklee sebagai vitamin dan supplement mereka. Bukan sekadar atlet, malah angkasawan juga turut memilih Shaklee juga.


Jadi, pastikan anda memilih vitamin yang betul-betul mendatangkan kebaikan dan bukannya keburukan di kemudian hari.

Sekiranya anda ingin membaca keseluruhan jurnal tersebut, layari:

dan sekiranya anda kurang bersetuju dengan penemuan jurnal ini, hubungi dblock@berkeley.edu dan teruskan lontarkan komen anda kepada beliau.


Bagi yang ingin meneruskan pembelian vitamin terbaik iaitu Shaklee, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Bagaimana anda memilih vitamin untuk keperluan sekeluarga? Adakah terdapat checklist tertentu yang akan di'tick' sebelum pembelian ...

0 comments:

Pengalaman Mempunyai Kencing Manis Semasa Mengandung

7:59 am Emalin Mohd 0 Comments

[ KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG ATAU 
GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM) ] 

Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangkan kami sangat mengidamkan anak perempuan selepas dua orang anak lelaki. Seperti kehamilan sebelum ini, saya mengalami morning sickness yang agak teruk selama 15 minggu sehingga menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 6kg akibat tidak selera makan dan muntah-muntah.
.

Masuk trimester kedua, selera makan kembali pulih sebaik sahaja alahan berakhir. Pada waktu ini, saya sangat berselera makan terutamanya masakan nasi. Bayangkan, sehari saya makan sehingga 3 kali hidangan berasaskan nasi untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Memandangkan berat badan tidak naik mendadak, sedikit pun saya tidak menyangka tabiat ini adalah tidak sihat sama sekali walaupun sedang mengandung. Hamil bukan alasan untuk makan tanpa kawalan. 
.

Pemeriksaan antenatal mendapati kandungan gula dalam darah semasa saringan awal adalah melebihi paras normal. Saya juga melalui ujian 'minum air gula' atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) yang digeruni ibu-ibu hamil. Keputusannya, saya disahkan diabetes semasa mengandung atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Sejak itu, saya perlu hadir ke Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan pemantauan paras glukosa setiap selang sehari. 
.

Saya juga dirujuk kepada Pegawai Zat Makanan untuk khidmat nasihat mengenai kawalan pemakanan bagi ibu mengandung yang mengalami GDM. Saya sedikit gusar dengan cadangan beliau yang menghadkan hanya sekali pengambilan nasi atau karbohidrat seperti roti dalam menu harian. Sudahlah saya memang ada masalah gastrik, bagaimana saya nak berdiet jika asyik lapar dan pedih perut nanti?
.

Saya kemudiannya membuat temujanji dengan Pegawai Nutrisi (Nutritionist) di ibu pejabat Shaklee Malaysia. Beliau memberi konsultasi bagaimana produk Shaklee boleh membantu masalah GDM yang saya hadapi. Di situ saya dapati, ESP Soy Isolate Protein Powder adalah kunci kepada kawalan masalah GDM di samping set mengandung Shaklee yang sedang saya ambil. 
.

Hanya selepas beberapa hari mengambil ESP mengikut cara yang dicadangkan nutritionist, saya mula rasa kurang keinginan yang berlebihan kepada makanan manis dan nasi. Pemeriksaan darah rutin juga mendapati paras gula telah kembali normal. Keadaan ini berterusan sehingga saya selamat bersalin. 


Alhamdulillah.. Ain Nashwa lahir tanpa sebarang komplikasi, dan digelar juga 'bayi ESP' oleh rakan-rakan dek kerana kulitnya yang cantik dan putih gebu kemerahan semasa kecil.
.

Saya sarankan ibu yang mengalami GDM patut mengamalkan ESP dengan konsultasi yang betul untuk membantu mengawal paras gula seperti saya.


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

[ KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG ATAU  GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM) ]  Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangk...

0 comments:

Mengatasi Masalah Kitaran Haid Tidak Normal Tanpa Ubat

9:34 pm Emalin Mohd 0 Comments

[ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ]


Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli, berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee telah saya gunakan seperti Alfafa, GLA, Omega, B-Complex, vitamin C, Vitalea dan kalau boleh disenaraikan semua laa. 



Masalah yang saya hadapi sejak dari bujang lagi ialah masalah haid tidak teratur. Kadang berpanjangan dan kadang langsung tak datang berbulan-bulan. Kalau yang berpanjangan pula bukan seminggu lebih tetapi kadangkala sebulan lebih haidnya. Dalam waktu yang sama saya sedang berusaha untuk hamil, dan bagaimana untuk hamil kalau haid pun tidak teratur. Kalau haid tidak teratur, nak tahu waktu subur pun susah. 
.

Masalah ini memang mengganggu saya dan suami, maklumlah umur semakin meningkat. Usia perkahwinan pun sudah memasuki 6 tahun & masih belum dikurniakan zuriat. Segala usaha telah dilakukan oleh kami berdoa, perubatan moden, perubatan tradisional, perubatan Islam dan segala jenis ubat telah saya telan.
.

Emosi juga sedikit terganggu. Tipu la kalau tidak terasa bila melihat kawan-kawan, saudara mara dengan anak-anak mereka. Tapi saya harus kuatkan diri sendiri,selalu berkata dalam hati “Allah belum kurniakan aku rezeki anak mungkin kerana Dia merasakan kami belum bersedia ataupun Dia akan memberikan kami rezeki lain dahulu”. 
.

Dulu saya pernah mengandung, tapi Allah lebih sayangkan anak syurga saya itu. Baby boy yang sangat comel & kalau ada dia sudah berumur 5 tahun. Redha dengan kehilangan nya dalam hati hanya Allah yang tau.
.

Tapi apa yang saya nak share ni adalah cerita yang berlaku pada tahun ini dan pilihan yang telah saya buat setelah sekian lama mengetahuinya. Saya telah mengambil keputusan utk mencuba VIVIX produk yang paling hot keluaran Shaklee. Bermula pada awal tahun 2016, saya telah mengamalkan Vivix setiap hari sebelum tidur tanpa skip walaupun sehari. Sebelum ni pun memang saya mengamalkan ViVix tapi tidak konsisten la.
.

Pada bulan Januari saya telah period selama sebulan dari 14.1.2016 sehingga 16.2.2016 (35 hari) mungkin darah-darah lama yang tertinggal didalam. Amat merisaukan juga sebab terlalu lama dan saya telah pergi berjumpa doctor. Melalui scan doktor memberitahu cyst telah timbul kembali sebesar 2.5cm dan beliau memberikan ubat berhentikan darah.
.

Selalunya apabila doctor memberikan ubat, saya memang TIDAK AKAN makan ubat tersebut. Tetapi setelah dipaksa, saya hanya makan 1 hari sahaja dan haid berhenti, kuat sungguh ubat ni kan. Saya percaya, sangat tak bagus kalau ubat yang bagi kesan yang sangat segera ini. Selepas itu, saya terus tak nak ambil apa-apa ubat sintetik lagi dan let see the next flow. 
.

Pada 9.3.2016 haid kembali hadir dengan banyaknye dan stop setelah 7 hari. Wahhh…sedikit kagum kerana tidak berpanjangan lagi. Bulan 4 masih menantikan kehadirannya tapi tiada rezeki dan haid turun semula pada 17.5.2016 dan stop pada 24.5.2016. Wahhh….so amazing cuma 8 hari, perkembangan yang baik dan senyum semakin melebar. 
.

Kitaran haid saya dah semakin stabil dan normal & ini memang tujuan utama saya adalah untuk membetulkan kitaran haid. Bila haid sudah teratur, In Syaa Allah ada rezeki Allah akan makbulkan impian kami. Check up pada 27/5/16,cyst telah mengecut kepada 1 cm.
.

Alhamdulilah syukur kehadrat mu Ya Allah. Kini sedang berusaha ber OPK tuk menentukan waktu subur. Dalam masa yang sama sudah masuk botol ke-2 Vivix. Memang terbaik la Vivix ini, sangat-sangat membetulkan dalaman saya, sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk mencari alternatif yang lebih selamat tanpa memudaratkan diri sendiri untuk masa akan datang. 
.

Saya sangat sarankan wanita di luar sana yang mengalami masalah haid tidak teratur untuk mencuba Vivix. Ia memang terbaik!!



Untuk tempahan Vivix, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

[ MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE ] Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli, berumur 32 tahun & saya ada...

0 comments:

Apabila Anak Belajar Menghafal Doa

9:17 am Emalin Mohd 0 Comments

Alkisah malam tadi, Akmal 3 yang masih tadika bagitau cikgu suruh hafalkan doa. Katanya kalau tak hafal, nanti cikgu denda. Cuak sikit dia..

Jadinya, malam tadi selepas selesai buat latihan, Akmal 3 mula menghafal doa. Doa kali ini yang kena hafal doa menaiki kenderaan.


Apabila ditunjukkan gamabr doa ini (ihsan Google), katanya nak cari yang dalam rumi. Belum pandai baca yang ini lagi katanya. Memang lah pun kan. AKmal 3 masih baca Iqra' lagi. Walaupun ibunya yang bacakan tapi katanya dia nak baca juga.

Ibu pun search lagi kat Google. Jumpa pula gambar ini (juga ihsan gambar Google). 



Baru puas hati dia. Ibu pun sama-sama baca dan rupa-rupanya Akmal 3 dah hafal dah pun. Cuma terlupa masa nak mula. Keliru dengan doa-doa lain.

Tadaa...malam tadi dah hafal dah doa ini. Semoga kekal dan terpahat di dalam hati Akmal 3. Insyaallah.

Dan ini juga peringatan untuk Ibu agar menghafal juga doa-doa harian lain supaya apabila anak bertanya bolehlah Ibu ajarkan.

Takkan ketam nak ajar anaknya berjalan lurus jika dia sendiri berjalan senget kan?


Alkisah malam tadi, Akmal 3 yang masih tadika bagitau cikgu suruh hafalkan doa. Katanya kalau tak hafal, nanti cikgu denda. Cuak sikit dia....

0 comments:

5 Tanda Dan Antara Rawatan Penyakit Buasir

11:08 pm Emalin Mohd 0 Comments

Ramai yang saya jumpa orang dewasa sebenarnya mengalami penyakit buasir. Sehinggakan ada yang perlu admit hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat buasir.



Buasir adalah penyakit yang berlaku apabila struktur salur darah yang dinamakan Anal Cushion membengkak dan mengalami keradangan.

Seseorang yang pernah menghidap buasir mungkin akan berulang lagi mengalaminya di masa akan datang walaupun dengan tekanan dan bebanan yang kurang daripada dahulu.

Pesakit buasir yang tidak menjaga pemakanan berkemungkinan mengalami buasir bertambah teruk.  Dan bekas pesakit buasir juga berisiko untuk mengalaminya sekali lagi walaupun dengan tekanan dan bebanan yang kurang daripada masa dahulu.  

Antara punca buasir menjadi teruk adalah:
  • Mengambil makanan pedas
  • Makan terlebih kandungan karbohidrat
  • Makan terlebih kandungan protein
  • Kurang makan makanan serat yang tinggi
  • Mengambil minuman yang banyak kafein
  • Mengambil minuman manis
  • Kurang minum air kosong
Tanda-tanda penyakit buasir:
1. Pendarahan selepas dan sebelum membuang air besar.
2. Darah menitis dari saluran dubur dan rasa sakit berdenyut-denyut dan gatal pada lubang dubur.
3. Sukar membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
4. Sakit pada bahagian dubur menyebabkan pesakit mengalami perubahan corak membuang air besar.
5. Pesakit boleh mengalami kekurangan darah dalam tempoh pendarahan.

Buasirnya sebenarnya mempunya 2 jenis iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.

Buasir dalaman
Buasir yang terjadi jauh ke dalam rektum dan tiada rasa sakit atau gatal.

Buasir dalaman tidak bahaya tetapi gangguan dari laluan najis semasa membuang atau meneran semasa membuang air besar boleh menyebabkan berdarah.

Darah yang keluar berwarna merah cerah. Jika keadaan berlarutan, pendarahan mungkin datang dari sumber lain. Berjumpa dengan doktor untuk mengesahjan punca penyakit adalah jalan yang terbaik.

Buasir Luaran
Buasir inilah yang menyebabkan kita berasa sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir tersepit, darah beku akan terjadi di dalamnya menyebabkan rasa yang amat sakit. Penghidap buasir juga kadangkala  tidak boleh duduk kerana rasa yang amat sakit apabila bergeser dengan tempat duduk.

Buasir boleh disebabkan beberapa faktor seperti berikut:

1. Perubahan tabiat buang air besar sama ada sembelit atau cirit-birit
Bagi yang jarang membuang air besar, lazimnya najis akan menjadi besar dan kering. Ini menyebabkan seseorang perlu meneran kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlaku peningkatan tekanan pada kusyen anal di bahagian dubur menyebabkan bengkak dan menjadi buasir. Sekiranya seseorang mempunyai buasir dalaman, ia mungkin akan tertolak keluar ketika itu.

2. Tekanan pada bahagian abdomen
Tekanan di dalam perut menyebabkan pertambahan tekanan di dubur yang boleh menyebabkan buasir.

3. Duduk atau berdiri dalam jangka masa terlalu lama
Duduk atau berdiri terlalu lama juga memberikan tekanan menyebabkan kusyen anal membengkak atau keluar.

4. Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan lebih kepada dubur.

5. Hamil
Semasa hamil, berlaku peningkatan tekanan disebabkan rahim membesar dan bekalan darah juga meningkat. Kedua-dua faktor ini memberikan tekanan kepada kusyen anal. Tambahan pula, perubahan hormon semasa wanita hamil menyebabkan otot menjadi lebih relaks dan akan memburukkan lagi keadaan.

4 Tahap Buasir:



TAHAP 1
Berlaku pendarahan tetapi tiada tanda bengkak menonjol atau sakit semasa buang air besar.

TAHAP 2
Bengkak akak keluar tetapi secara spontan akan masuk semula ke dalam dubur akibat pergerakan usus.

TAHAP 3
Keadaan yang sama seperti tahap 2 tetapi bengkak akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal dan lazimnya seseorang perlu menolak menggunakan jari.

TAHAP 4
Terdapat darah yang pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah meneran. Ketika ini buasir berada di luar kawasan dubur.

Rawatan untuk pesakit buasir
Bai pesakit buasir yang berada di Tahap 1, perubahan kepada diet dan ubat mengurangkan sembelit seperti Lactulose dan diet serat tinggi akan mengurangkan simptom yang berlaku seperti sembelit.

Bagi yang telah mengalami Tahap 3 dan Tahap 4, ubat seperti zinc oksida, petroleum jelly dapat memberikan kelegaan rasa sakit sementara.

Terdapat juga beberapa jenis pembedahan yang boleh dilakukan bagi pesakit buasir  dan ia boleh pulih selepas menjalani pembedaha. Namun perlu diingatkan bahawa penyakit buasir ini boleh berulang kembali.

TIPS UNTUK MENGELAK DARIPADA BUASIR
  • Pastikan pengambilan makanan yang seimbang iaitu kurangkan lemak, jangan terlalu banyak karbohidrat atau protein
  • Kurangkan makanan pedas
  • Lebihkan makanan tinggi serat
  • Minum air kosong secukupnya

Ramai yang saya jumpa orang dewasa sebenarnya mengalami penyakit buasir. Sehinggakan ada yang perlu admit hospital untuk mendapatkan rawata...

0 comments:

Tips Untuk Wanita Agar Kelihatan Cantik, Muda Dan Bijak

12:52 pm Emalin Mohd 2 Comments

Hari ini nak berkongsi tips ringkas untuk wanita agar kelihatan cantik, awet muda dan bijak. Mudah sahaja. Amalkan pemakanan Omega 3 selama 120 hari secara berterusan.

Kesannya lihat pada diri sendiri setelah 4 bulan berlalu. Jangan lupa simpan gambar hari pertama mengambil Omega Guard dan hari ke 120 pengambilan Omega Guard. 

Kulit akan lebih berseri kerana omega 3 membantu melancarkan peredaran darah, menambahkan ketebalan lapisan kulit dan seterusnya menjadikan kulit semakin licin.

Omega-3 juga membantu mengurangkan berat badan kerana ia mampu mengawal selera makan dengan menstabilkan kandungan gula dalam darah. Selain itu, ia akan membakar lemak menjadi tenaga. Jadi, tidak hairanlah dengan mengambil Omega-3 mencukupi dapat mengurangkan berat badan serta mengempiskan perut yang buncit.

Bukan itu sahaja, Omega 3 akan membantu untuk kekal aktif dan cerdas sepanjang hari. Bukankah sel-sel otak berhubung dengan EPA dan DHA yang terdapat di dalam minyak ikan?



Bagi Omega 3 keluaran Shaklee, ia dikenali sebagai Omega Guard dan setiap kapsul mengandungi 330mg Omega 3, 180mg EPA dan 120mg DHA.

Dan keperluan harian untuk EPA ialah dalah lingkungan 700 hingga 1,000mg sehari manakalan 200 ke 500 mg DHA. Dan sekiranya mengamalkan Omega Guard sebanyak 3 biji sehari ia sudah cukup melengkapkan keperluan harian.


Omega Guard juga tidak mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum serta dijamin Halal.

Untuk tempahan / pertanyaan tentang 
Omega Guard, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Hari ini nak berkongsi tips ringkas untuk wanita agar kelihatan cantik, awet muda dan bijak. Mudah sahaja. Amalkan pemakanan Omega 3 selama...

2 comments:

Testimoni Suplemen Awet Muda Terbaik Menyihatkan Badan

10:20 pm Emalin Mohd 2 Comments

Apabila melihat dan mengenali seseorang yang kelihatan muda dari usia sebenar, sedikit sebanyak akan terdetik rasa kagum bukan? Dan bertambah kagum apabila kelihatan muda dan juga sihat tanpa menghidap apa-apa penyakit yang berbahaya seperti tekanan darah tinggi, diabetis mahupun sakit jantung.



Dan tahukah anda bahawa resveratrol amat dikenali dalam suplemen untuk awet muda? Dan bukan itu sahaja, RESVERATROL juga memberikan kebaikan kesihatan dari segi:

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung. Resveratrol mengurangkan radang dan memastikan kolestrol jahat tidak teroksida (resveratrol juga bertindak sebagai antioksidan) dan mengurangkan risiko gumpalan darah yang boleh menjadi punca kepada serangan sakit jantung.

2. Resveratrol mengurangkan risiko penyebaran sel kanser dan membantu dalam mematikan sel kanser dalam proses dipanggil apoptosis.

3. Risiko penyakit nyanyuk dapat dikuarangkan kerana resevratrol melindungi saraf daripada mengalami kerosakan.

4. Resveratrol juga mengelak daripada terjadinya rintangan insulin. Rintangan insulin adalah satu keadaan badan kurang responsif untuk mengeluarkan insulin (hormon yang terlibatd alam mengurangkan kadar gula dalam badan) menjadikan seseorang berisiko menghidap diabetis.

Dan resevratrol didapati paling tinggi di dalam Anggur Muscadine berbanding sumber lain.


Jom kita lihat yang sudah mengamalkan Vivix dan sememangnya kelihatan muda dari usia sebenar.





Haa..yang ini belum berumur 50 tahun lagi tapi nak tunjuk betapa cantiknya kulit walaupun tanpa mekap. Siap nampak pinkish lagi pada pipi.

Jangan bertangguh lagi, dapatkan Vivix hari ini berserta konsultansi percuma,
Pn Emalin Mohd (SMS/Whatsapp) 0192500978


Apabila melihat dan mengenali seseorang yang kelihatan muda dari usia sebenar, sedikit sebanyak akan terdetik rasa kagum bukan? Dan bertamb...

2 comments:

Penawar Migrain Tanpa Mengambil Ubat Penahan Sakit Atau Painkiller

10:18 pm Emalin Mohd 0 Comments

Migrain. Satu keadaan di mana seseorang mengalami sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung selama beberapa jam sehingga beberapa hari iaitu sehingga 72 jam. 

Dahulu, saya sendiri juga penghidap migrain. Seingat saya dari sekolah menengah lagi sudah mengalami migrain. Waktu itu, paracetamol menjadi teman karib sehingga satu ketika paracetamol tidak lagi mendatangkan kesan semasa mengalami migrain. Kemudian, bertukar pula kepada jenis Ponstan. Dan keadaan ini berterusan sehingga berkahwin dan menjadi ibu.

Migrain itu pulak pasti akan datang apabila terpaksa menggunakan Excel untuk melakukan tugasan di pejabat. Entah sumpahan apa yang terjadi. Asal guna Excel, masa itulah kena migrain. Asal migrain, mesti lepas buka Excel.

Sampai satu ketika, painkiller memang wajib ada stok di mana-mana. Di dalam handbeg, di dalam kereta, di pejabat dan apatah lagi di rumah. 

Sehingga satu ketika, terfikir tidakkah ada pilihan lain selain bergantung kepada painkiller? Kemudian ternampak satu iklan..


Betul ke ini? Tetapi tak rugi juga nak cuba sebab sebagai wanita bekerjaya dan teah mencecah angka 30an, vitamin yang boleh memberikan tenaga (Vitamin B Complex) dan membekalkan kalsium 1000mg sehari (Ostematrix) ini memang perlu.

Bermulalah episod mengamalkan 2 beradik vitamin ini. Setelah sekian lama, baru perasan sudah lama juga tidak mengalami Migrain. Syukur sungguh. Sekarang tidak lagi fobia dengan Excel. 

Dan bukan saya sahaja yang mengalami keadaan serupa. Rupanya ramai lagi yang dapat pengganti Migrain seperti mereka ini:


Rosemawatie MHassan bukan sebab migrain tetapi sengal badan hilang setelah mengamalkan Ostematrix. Nurul Aziyana pula apabila sakit kepala mula menyerang, hanya dengan Vitamin B Complex dan Osteatrix dapat menjadi pengganti paracetamol.


Jazilah Ilyas pun sama juga. Apabila sakit kepala mula menyerang sememangnya vitamin B Complex dan Osteatrix menjadi pilihan hati.


Erni DinaSyahmi pula amalkan Ostematrix untuk elak daripada mengalami sembelit yang selalu dialami oleh ibu berpantang.

 Bukan itu sahaja, Ostematrix juga diperlukan jika anda:


  • Ibu yang mengandung, menyusukan anak atau sedang berpantang.
  • Mempunyai alergi terhadap produk tenusu dan tidak mampu untuk membekalkan 1000mg kalsium kepada badan
  • Selalu mengalami sakit kaki, lenguh, kejang kaki dan kebas
  • Sakit gigi sehingga gigi menjadi reput
  • Sembelit
  • Sukar tidur
  • Mempunyai risiko osteoporosis

Hilangkan sakit migrain anda dengan duo B Complex dan Ostematrix hari ini!

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS/ Whatsapp) 0192500978







Migrain. Satu keadaan di mana seseorang mengalami sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung selama beberapa jam sehin...

0 comments: