Apakah Risiko Jika Bayi Mengalami Jaundis?

1:19 pm Emalin Mohd 2 Comments

Jaundis adalah satu keadaan di mana kulit bayi berwarna kuning disebbakan bikirubin yang berlebihan di dalam darah. Bilirubin adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh badan selepas pemecahan sel darah merah. Bahan ini ditapis oleh hati dan seterusnya dibuang melalui air kencing dan najis bayi. 




Selepas ibu bersalin, ahli keluarga perlu melaporkan kelahiran kepada klinik kesihatan yang berdekatan supaya jururawat boleh melawat dan melihat keadaan bayi dirumah. Almaklumlah kadangkala kita sebagai ibubapa keliru samada bayi mengalami jaundis atau tidak. Lazimnya, jururawat tersbeut akan mengeluarkan surat rujukan untuk membawa anak mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital yang berdekatan.

Jangan bertangguh lagi. Ahli keluarga hendaklah membawa bayi tersebut agar ujian darah dapat dijalankan untuk melihat tahap bilirubin dalam darah bayi.

Ibu pula hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu sekerap mungkin agar bayi lebih banyak kencing dan berak. Tahap bilirubin akan dikumuhkan keluar dari badan bayi  dan membantu dalam mengurangkan tahap jaundis bayi.

Elakkan menjemur bayi di bawah cahaya matahari. Almaklumlah sekarang ini cuaca tidak berapa elok dan kebanyakan ibubapa bekerjaya pula tinggal di bandar. Kemungkinan cahaya matahari tersebut memudaratkan bayi dan bukannya menyihatkan bayi. 

Ada bayi yang berisiko untuk mendapat jaundis yang tinggi iaitu seperti:

  • ABO di mana kumpulan darah ibu dan anak yang tidak sama
  • Rhesus faktor darah ibu dan bayi tidak sama
  • Bayi pramatang
  • Bayi yang mempunyai bengkak atau pendarahan di salur darah di kepala
  • Bayi yang mengalami jangkitan kuman
Kesan jaundis yang tinggi terhadap bayi boleh menyebabkan bahagian tertentu pada otak bayi boleh rosak dan menyebabkan kecacatan otak yang berkekalan. Bayi juga berisiko untuk mengalami terencat akal dan kurang pendengaran. Sekiranya bayi tersebut mendapat rawatan dengan doktor perubatan, pemeriksaan dan saringan pendengaran akan dilakukan. 

Antara rawatan yang diterima oleh bayi mengalami jaundis di hospital ialah:

  • Pertukaran darah akan dilakukan sekiranya bacaan serum bilirubin / jaundis yang tinggi dan ibubapa perlu menandatangani borang kebenaran untuk melakukakannya.

  • Rawatan fototerapi dilakukan pada bayi tersebut yang mana sinaran lampu Ultra Violet (UV)bertindak memecahkan bahan bilirubin melalui 'photo chemical reaction' dan bahan toksik ini akan dikeluarkan melalui air kencing dan najis bayi. Semasa melakukannya, mata bayi akan ditutup untuk mengelakkan retina mata bayi daripada terkena sinaran UV dan bayi hanya dipakaikan lampin pakai buang untuk memastikan hampir kesemua bdan bayi terdedah dengan sinaran UV.

  • Ibu perlu menyusukan bayi seberapa kerap yang boleh untuk menyinkir bahan toksik melalui air kenicng dan najis.

Jika bacaan bilirubin bayi telah menurun atau bayi tidak perlu dimasukkan ke hospital, berikut adalah tips jagaan bayi mengalami jaundis di rumah.

  • Jangan jemur bayi di bawah pancaran matahari 
  • Jangan berkan susu kambing kepada bayi kerana ia mengandungi bahan yang boleh merosakkan usu bayi (Tajap osmolariti dan fosforus yang tinggi)
  • Berhentikan pemakanan jamu oleh ibu
  • Susukan bayi secara eksklusif dan sekerap mungkin
Lumrah ketika ini ibu akan mengalami stress kerana badan ibu masih penat dan belum pulih sepenuhnya serta bayi belum sihat sepenuhnya. Bantuan daripada orang sekeliling amat diperlukan dan para ibu jangan malu dan jangan segan untuk mohon bantuan. Bagi ibu yang berpantang jauh daripada keluarga ada baiknya anak-anak lain dihantar ke rumah pengasuh semasa siang hari dan jika berkemampuan boleh mengambil confinement lady bagi membantu urusan penjagaan anak dan bayi. Para bapa pula hendaklah ringankan tulang membantu para isteri.

Dari segi pemakanan pula, pastikan mendapat makanan yang berkhasiat dan minum air kosong secukupnya agar badan lebih bertenaga.


Jaundis adalah satu keadaan di mana kulit bayi berwarna kuning disebbakan bikirubin yang berlebihan di dalam darah. Bilirubin adalah bahan ...

2 comments:

Testimoni Penyakit Stroke - Penawarnya Yang Boleh Dipercayai

12:03 pm Emalin Mohd 2 Comments

Stroke! Satu penyakit akibat serangan otak iaitu apabila aliran darah ke otak terganggu. Mendengarnya juga menjadikan kita gerun kerana membayangkan ketidakupayaan yang berlaku setelah mengalami serangan stroke. Ia juga boleh menyebabkan kematian.
Stroke terbahagi kepada 2 jenis serangan iaitu:
1) Stroke Iskemia yang berlaku akibat salur darah tersumbat. Salur darah tersumbat boleh terjadi apabila kolestrol jahat terkumpul dan menyekat saluran darah setelah bertahun-tahun lamanya.
2) Stroke berdarah pula terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Antara puncanya ialah akibat tekanan darah tinggi.
Antara tanda-tanda awal stroke ialah lemah atau kebas di bahagian tertentu badan serta pertuturan menjadi kurang jelas.

Bagi yang ingin mencari alternatif selain daripada mendapatkan rawatan doktor, Vivix Shaklee adalah ikhtiar terbaik. Ia membantu dalam meransang sel dan saraf pesakit stroke agar aktif dan mampu berfungsi semula.

Ia mengandungi antioksidan yang tinggi dalam menghalang serangan akibat radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan.








Apa kata mereka yang telah cuba memberikan Vivix kepada orang yang tersayang?











Pesakit stroke juga dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, berhenti merokok serta memastikan tekanan darah normal.

Untuk PERTANYAAN / TEMPAHAN, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.




Stroke! Satu penyakit akibat serangan otak iaitu apabila aliran darah ke otak terganggu. Mendengarnya juga menjadikan kita gerun kerana mem...

2 comments:

Penyakit Diphteria Sudah Mula Muncul Di Malaysia: Apa Ibubapa Perlu Lakukan?

9:57 pm Emalin Mohd 6 Comments

Semalam anak tak sihat. Ingatkan nak bawa anak ke klinik pagi ini, tapi apabila hubungi kawan sekolah yang juga doktor beliau nasihatkan bawa terus jumpa doktor. Bawalah ke klinik malam tadi juga tanpa bertangguh.

Terkejut juga soalan yang dikemukakan oleh doktor sebab tak pernah doktor tanya sebelum ini. 

Doktor: Anak lengkap tak imunisasi?

Sememangnya anak-anak saya mengambil imunisasi yang lengkap. Kemudian baru doktor terangkan tentang diphteria. Beliau bertanyakan soalan tersebut kerana apabila ada kes berkaitan pernafasan dan sakit tekak mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Lega sedikit. Terus saya bertanya soalan berikutnya. Sudah ada kes ke di Ampang? Sudahlah sebelum ini kes HFMD tersebar luas, kini penyakit Diphteria pulak.

Nasib baik doktor kata belum ada dan semoga memang tiada langsung. Gerun juga dengar penyakit diphteria ini. Dulu-dulu kita tahu vaksin DTP itu sahaja masa nak ambil imunisasi. Dan tak tahu pun rupa Diphteria rupanya macammana.

Okay, sedikit info berkenaan Diphteria yang diambil dari web Kementerian Kesihatan Malaysia:

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. 



Inilah rupa diphteria di dalam mulut berdekatan tekak. 

Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%. 

Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaPIPV/Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan. 

Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi. 

Kementerian Kesihatan Malaysia juga menasihatkan bagi anak-anak yang belum mendapatkan vaksin tersebut boleh ke klinik kesihatan berdekatan untuk mendapatkannya. 

Disebabkan Diphteria ini mula muncul, simptom yang dialami oleh kanak-kanak mungkin kita fikirkan simptom demam biasa sahaja. Kes sebelum ini yang melibatkan kematian menunjukkan simptom sejarah demam selama lapan (8) hari dan batuk, sakit tekak, sukar menelan, kurang selera makan serta leher bengkak selama 3 hari. 

Bagi kita ibubapa yang bukan dalam bidang perubatan mungkin memikirkan ianya demam akibat tonsilitis. Tonsilitis kan juga menyebabkan demam dan sakit tekak.

Semoga anak-anak dan kita semua dijauhkan daripada penyakit berbahaya ini.

Cepat-cepatlah mendapatkan rawatan doktor apabila ada tanda-tanda kesihatan yang kurang memuaskan pada anak.


Semalam anak tak sihat. Ingatkan nak bawa anak ke klinik pagi ini, tapi apabila hubungi kawan sekolah yang juga doktor beliau nasihatkan ba...

6 comments:

Riang Ria Bersama Lazada Malaysia

2:33 pm Emalin Mohd 0 Comments

Wow..Lazada buat contest khas untuk blogger. Rugi kalau tak join kan? Boleh dapat hadiah percuma dari Lazada Malaysia.


(Klik Banner untuk join contest)

Wow dengan diskaun sehingga 92%, sememangnya Lazada adalah tempat terbaik untuk membeli-belah. Tak perlu keluar rumah. Hanya klik klik setelah berjumpa barangyang diperlukan dan Lazada akan menghantarnya terus kepada anda. Mudah bukan?



Sempena bulan Syawal ini, jika bagi hadiah kepada orang yang tersayang pasti mereka gembira bukan? Lagi gembira apabila ianya PERCUMA daripada Lazada.

1) Untuk Emak

Mudah emak nak kemas rumah sempena Syawal ini. Nak menyapu penat kan? Biar I-ROVA Robot Vacuum Cleaner K6 ini yang bersihkan rumah.


2) Untuk Bapak

Bapak dan emak memang suka travel. Setiap tahun ada saja perancangan untuk berjalan ke sana ke mari. Jadi sempena Syawal ini, jika hadiahkan Bapak beg travel ini memang sangat sesuai. Berwarna-warni jadi dari jauh dah kenal dah dengan beg Bapak ini. Beg K-pop gitu. 



3) Untuk emak saudara aka Udak

Istimewa untuk Udak pula ialah telekung yang cantik ini untuk dibawa solat di pagi Syawal. Pasti selesa kan? Telekung Lace Siti Aisyah berwarna pastel kelabu ini memang amat sesuai untuk majlis perayaan. 


4) Untuk adik

Sebab adik yang buat kek tahun ini dan kami ini orang Sarawak memang tak lari dengan Kek Lapis Sarawak, Amazing Cake Stand ini amat sesuai dijadikan hadiah untuk adik. Pasti cantik dan berseri Kek Lapis Sarawak di dalamnya.


Dengan diskuan dari Lazada mencecah sehingga 92%, kesemua barangan di atas boleh diperolehi kurang daripada RM500.00. Sangat berbaloi kan?

Wow..Lazada buat contest khas untuk blogger. Rugi kalau tak join kan? Boleh dapat hadiah percuma dari Lazada Malaysia. (Klik Banner...

0 comments:

Simptom Penyakit HFMD Dan 6 Langkah Pencegahannya

1:00 pm Emalin Mohd 0 Comments

Kes HFMD pada kanak-kanak meningkat secara mendadak kebelakangan ini. Itu yang antara menjadi tajuk akhbar. Dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyatakan bahawa peningkatan kes bermula dari bulan April lagi.

penyakit kaki tangan dan mulut


Penyakit HFMD ini disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung. (Sumber: KKM)

Apa simptom penyakit HFMD ini?
Lazimnya anak yang mengalami HFMD akan mengalami demam dan ada kalanya cirit-birit juga berlaku. Dan antara tanda yang paling penting ialah akan timbul seperti biji-biji kecil yang berair (vesicles) dan selalu ada di kawasan tapak tangan, tapak kaki, ulcer dalam mulut. Namun vesicles ini juga boleh muncul di punggung, ketiak dan lutut. Jika tiada vesicles di tapak kaki dan tangan kemungkinan besar ianya bukan HFMD. Walau bagaimanapun hanya pakar perubatan yang boleh mengesahkannya.

Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak kurang dari sepuluh (10) tahun terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska/tadika. 

Sehubungan itu, ibu bapa yang mengesyaki anaknya mengalami HFMD agar mengambil langkah-langkah pencegahan berikut supaya ia tidak menjangkitkan pula penyakit tersebut kepada kanak-kanak lain.


Nak tak nak ibubapa perlu mengambil cuti agar anak hanya berada di rumah dan untuk mengelakkan penyebaran penyakit tersebut cumanya tidak semua boleh mengambil cuti panjang dan selalu bukan?

Ia memang menjadi dilema kepada ibubapa bekerja sebenarnya dan yang berjauhan daripada keluarga, bukan?


Kes HFMD pada kanak-kanak meningkat secara mendadak kebelakangan ini. Itu yang antara menjadi tajuk akhbar. Dan pihak Kementerian Kesihatan...

0 comments:

Tempat Percutian Idaman - Tour Europe 2017

10:34 am Emalin Mohd 12 Comments

Dalam diri kita pasti ada tempat-tempat tertentu yang ingin kita pergi. Yang kita idamkan dan menjadi mimpi indah setiap malam.

Bagi saya pula, tempat idaman itu juga dikongsikan bersama anak-anak agar mereka juga turut teruja untuk ke sana. Dan selalu saya berpesan kepada anak agar mohon kepada Allah (berdoa) agar dimurahkan rezeki yang halal untuk ke sana. 

Ke mana tempat yang ingin kami pergi?


Kami sekeluarga ingin sekali melancong dan melakukan Tour Europe! Ada 5 negara yang ingin dijelajahi dan setiap negara tersebut ada keistimewaannya sendiri. 

1) Kota London yang begitu sinonim dengan London Bridge (dari kecil kan nyanyi lagu ini) dan kami juga ingin menyelusuri setiap pelosok Kota London. Dan di bumi UK ini juga kami ingin melihat muzium seperti The Dinosour Museum dan suami pula ingin ke Stadium Chelsea untuk melihat team bolasepak kesukaannya.

2) Holland sebuah negara dengan pelbagai nama. Juga dikenali sebagai Belanda dan Netherlands. Apa yang ada di situ? Pastinya kecantikan bunga-bungan tulip yang tumbuh subur di Keukenhoff.

3) Deutschland atau Germany atau Jerman yang popular dengan Cologne.

4) France yang dikenali sebagai Kota Cinta tetapi yang pernah melancong ke sana ada komen tersendiri. Bergambar di Eiffel Tower dan juga ada Disneyland Paris.

5) Switzerland. Kenapa Switzerland? Kerana ia ada salji sepanjang tahun. Anak-anak teringin untuk memegang salji dan Banjaran Alps pastinya cantik untuk diabadikan sebagai kenangan.

Untuk rakan-rakan pembaca doakan agar sampai hajat kami sekeluarga untuk Tour Europe 2017. InsyaAllah. Dan saya doakan yang baik-baik sahaja untuk anda semua.

Anda pula bagaimana? Apa destinasi percutian idaman anda?


Dalam diri kita pasti ada tempat-tempat tertentu yang ingin kita pergi. Yang kita idamkan dan menjadi mimpi indah setiap malam. Bagi sa...

12 comments:

Pemborong Kain Vietnam Silk Berkualiti Dan Tidak Nipis

8:11 am Emalin Mohd 4 Comments

Jika sebut Vietnam, pasti sinonim dengan shopping kain. Betul tak? Masakan tidak, entry saya ke Vietnam pun antara view yang paling tinggi setiap hari. Walaupun telah ada cerita yang kurang sedap didengar di Vietnam namun masih ramai yang menyimpan angan-angan untuk shopping di Vietnam.



Untuk yang tidak dapat ke Vienam, jangan risau saya boleh belikan kain Vietnam Silk dan pos terus kepada anda. Yang pastinya kain yang dipilih oleh Comfy Cosy ini patuhi syariah. Maksudnya? Kain tersebut tidak jarang atau tidak nipis. 


Kain Vietnam Silk yang dibuat baju kurung. Tidak melekap di badan dan sesuai untuk Muslimah.


Kain yang dipilih juga berkualiti tinggi dan sekarang tempahan sudah dibukan untuk pembelian secara borong terutama yang inginkan pakaian sedondon bagi majlis kenduri kendara mahupun aktiviti di pejabat.

Jom kita tengok apa yang ada.




Yang menariknya Kain Vietnam Silk ini ia bertukar warna mengikut pencahayaan.
































VS 026 juga sesuai untuk yang ingin sedondon hijau atau maroon. Padankan dengan tudung yang anda ingin tekankan warnanya.


Warna kain ini pula selalu dipilih semasa Majlis Perkahwinan. Warna Emas. Nampak cantik bukan?

Apa kata pelanggan?




Kain Vietnam Silk ini sentiasa restock. Boleh lihat di sini untuk melihat kain yang lain:
COMFY COSY VIETNAM SILK.




Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi 
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Jika sebut Vietnam, pasti sinonim dengan shopping kain. Betul tak? Masakan tidak, entry saya ke Vietnam pun antara view yang paling tinggi ...

4 comments: