8 Kesan Yang Ibu Berpantang Inginkan dan Perolehi Dengan Set Berpantang Shaklee

8:30 am Emalin Mohd 0 Comments

Apakah masalah ibu berpantang yang selalu alami? Antaranya ialah:

1. Rambut berguguran
2. Sembelit
3. Badan lesu dan penat
4. Bengkak susu

Sehingga ada yang mengalami ketakutan untuk berpantang dan ingin melepasi masa tersebut tanpa berpantang? Betul tak?

Jika ada pengalaman berpantang yang mengerikan sebelum ini, pasti kita akan tercari-cari tips dan petua untuk mengelakkannya dan menjadikan tempoh berpantang sebagai percutian yang diidamkan.

Bagaimanakah caranya?


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SET BERPANTANG APA YANG PALING BEST? SEMESTINYA SET BERPANTANG SHAKLEE 
smile emoticon


Dari awal mengandung lagi memang dah set dah, nak guna set pantang Shaklee kali ni... Masa lahirkan Dani dan Zara dulu, saya guna set pantang Cap Menara je.. Beli kat bidan urut.. Hasilnya, seminggu je saya berupaya menelannya.. sebab risau baby cirit birit n baby tak baik kuning lagi sepenuhnya.. so jamu-jamu letak tepi dulu lah...


Sebenarnya, masa saya habis berurut ari tu, Bidan Opah Leha ade gak promot beli set pantang Cap Menara tu, tapi saya bagitau la, dah beli dah.. hihi...


Saya memang ikut time nak makan set pantang Shaklee ni...Sebab nak rasa dia punya effect betul2... Wow sangat ke kan? Dah beli mahal2 tu, kenalah habiskan. Eh, mahal ke? Apelah sangat nilai harga vitamin tu kan, dengan harga diri sendiri ni... Kalau rasa tak mampu nak beli sekali segedebuk, beli la sikit2, dari awal pregnant lagi saya dah kumpul, sebulan beli satu2... 


Bangun pagi2 telan Zinc Complex dulu masa perut tengah kosong lagi. Sejam atau setengah jam kemudian baru saya breakfast. Lepas breakfast, makan Vitalea, B complex ngan Vitamin C sebiji- sebiji... setle. Pukul 12 tengahari lunch pulak, lepas lunch amik lecithin ngan alfafa. Alfafa masa tu tak berani lagi saya nak makan 2-3 bijik. Sebabnya, Si Baby Iman ni tak kuat menyusu sangat, everytime dia menyusu mesti tersedak2. 


Pastu susu badan banyak, dia plak asyikla tido je. Sudahnya breast saya membengkak. Alamat kalau breast bengkak, seram sejuk satu badan nak demam. Hampir2 nak demam dah hari tu. Cepat2 telan panadol. Nutriferon plak belum sampai masa tu. T_T .
Cenggitu haaa kesan makan Alfafa... so, saya makan sebijik jelah cukup untuk buang toksin2 dalam badan ni, di samping nak ngangkut lemak2 yang dah dilupuskan oleh Cik Lecithin itu tadi. Hehe...


Dinner plak, tak makan nasi pun, cukupla kopi secawan atau bercawan2 cicah ngan biskut. Sebab kenyang lagi dengan makan siang tu dan makan vitamin2 tu. Serius la, makan vitamin2 tu perut jadik kenyang. Tak caya? cuba try. 
smile emoticon
 Kul 7 malam cam tu la. Selang 2 jam baru saya makan Ostematrix 4 biji sebelum tido. 


Dah habis berpantang pun. Hasilnyaaaaa.. Memang wow lah! Terlalu banyak effectnya kat badan sendiri ni.


1. Luka cepat baik. 10 hari luka dah bercantum. Tq Zinc Complex.


2. Badan tak penat. Seriously, saya tak stress langsung berpantang kali ni. Stress sebab anak2 bergaduh ada. Hahahaha.. tp bukan sebab badan penat. Fungsinya Vitalea n B Complex. 
smile emoticon
 

3. Baby alhamdulillah, malam2 tak meragam. Lena betul dia tido. Malam-malam sekali dua je bangun untuk menyusu dan baby poopoo. Ibu saya pun cakap, xdengar langsung dia menangis malam2. Compare ngan sebelum2 ni.. mak aihhh.. letih bdn asyik bangun tgh malam. Bila badan penat, mula la rasa nak emo satu badan kan. Means, baby kenyang menyusu... saya makan vitamin dan khasiat dia dapat kat baby jugak melalui susu ibu yang baby minum. 


4. Tiada langsung sembelit... fuhhhh.. tu adalah salah satu perkara yg agak ngeri jugak tu masa dulu-dulu pantang Dani dan Zara, Pantang Iman hari-hari saya membuang dgn senang hati. Tq Ostematrix!


5. Tiada bengkak susu. Susu badan Alhamdulillah... agak meriah juga. Sampai baby Iman tersedak2 la. Flow susu tu laju. TQ Lecithin n Alfafa ♡♡ 


6. 3,4 orang yang datang visit baby dok tanya, ni orang pantang ke tak pantang ni...hahaha... pantang laa... takkan tak pantang, badan nak pakai lama kot.. 
smile emoticon
 Badan rasa sihat kuat dan cergas dan kulit muka tak kusam. Vit C punya penangan... 


7. Perut tak rasa nak makan sangat. Kawan2 pun tak percaya yg saya makan nasi sekali je sehari.. hehehe... Betul la.. so ini akan jadikkan asbab berat badan saya menurun..


8. Tiada keguguran rambut. En.suami pelik, hairan dia dah lama tak nampak rambut bertaburan kat dalam bilik. Hahaha… Ni Zinc complex punya kerja. 


9. Kesan ni yang saya dapat bila saya amalkan makan Set Berpantang Shaklee tanpa prejudis. Konsisten hari-hari... best betul.. 



Jika anda akan berpantang tidak lama lagi, dapatkan SET BERPANTANG SHAKLEE hari ini.

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978
smile emoticon

Apakah masalah ibu berpantang yang selalu alami? Antaranya ialah: 1. Rambut berguguran 2. Sembelit 3. Badan lesu dan penat 4. B...

0 comments:

Apa Yang Lelaki Obes Ini Buat Untuk Menjadi Pelari Marathon?

7:15 am Emalin Mohd 0 Comments

Dulu dia lelaki obesiti dengan BMI 31.5. Nak mengurangkan berat badan, lelaki obese ini cuba berlari untuk bersenam namun mengalami sakit lutu pula. Adakah ia menjadi penghalang untuk lelaki obese ini menjadi kurus sekaligus boleh berlari seperti lelaki kurus yang lain?


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berusia 37 tahun pada 2015, dengan ketinggian fizikal 169cm dan berat 90kg adalah yang tidak ideal bagi seorang lelaki pada diri aku. Sejak dari itu, aku berazam untuk mengubah nasib diri untuk mencapai berat yang ideal dan hidup berkualiti di samping seorang isteri, Nor Hafiza dan 2 orang anak yang berumur 8 & 9 tahun.



Pada tarikh 19/4/2015, adalah aktiviti pertama aku dalam permulaan misi menurutkan badan dan hidup berkualiti. Selepas mendapat dorongan dari isteri dan rakan-rakan, aku bertekad untuk mula berjogging di taman rekreasi KLCC ditemani oleh isteri dan anak-anak..


Permulaan yang agak mengecewakan, terasa sakit di lutut dan hampir-hampir membuatkan aku berputus asa. Ini mungkin kerana teknik larian aku salah dan juga ‘joint knee’ tidak kuat untuk menampung beban badan. Aku terus mencari punca dan penyelesaiannya. Mujur hasrat dan niat ku ini dibekalkan atas sokongan isteri dan rakan-rakan.


Isteri memainkan peranan agak penting juga dengan menggalakkan aku untuk mengambil makanan tambahan (supplements) yang selama ini tidak pernah aku ambil selain ubat doktor…hahaha!


Isteri sememangnya pengikut tegar produk Shaklee, dia galakkan aku mengambil Shaklee Vita-C Plus sebagai suplemen harian aku. Sejak dari itu aku menjadi pengguna tegar Shaklee Vita-C. Aktiviti larian dan proses penurunan berat badan secara penjagaan pemakanan yang betul (cut carbo-nasi) tetap diteruskan dan hasilnya berat aku menurun kepada angka 70kg dengan ukuran pinggang 32" daripada 38" pada November 2015. 
Syukur Alhamdulillah.


Sejak dari itu, aku tidak menoleh ke belakang, aku teruskan juga aktiviti larian aku dan bohong jika aku katakan ‘joint knee’ aku nie betul-betul memberi kerjasama, kekadang tu ada juga terasa sakitnya.


Alhamdulillah pada Februari 2016, sepupu kepada isteri aku Azlinda memperkenalkan pula produk Shaklee Omega Guard yang sedikit sebanyak boleh membantu ‘joint knee’ aku ini untuk menjadi lebih kuat dan juga penjagaan jantung.


Alhamdulillah terasa perbezaannya dan pada tarikh 10 April 2016, adalah bukti pada diri aku yang aku berjaya mengharungi larian sejauh 70KM dalam masa 11jam30min. 




Sehingga kini, Shaklee Vita-C dan Omega Guard menjadi makanan ruji harian pagi dan malam aku. Terima kasih SHAKLEE.

Jangan biarkan obesiti dan sakit lutut menjadi penghalang cita-cita anda. Bertindak sekarang!

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Dulu dia lelaki obesiti dengan BMI 31.5. Nak mengurangkan berat badan, lelaki obese ini cuba berlari untuk bersenam namun mengalami sakit...

0 comments:

#babybox: Be Good And Do Good To All

1:33 pm Emalin Mohd 0 Comments

Sukar untuk diungkap perasaan yang tercuit semasa program bersama puteri-puteri di Taman Seri Puteri Cheras iaitu sebuah rumah perlindungan di bawah JKM yang diadakan pada 24 April 2016 bersama teman-teman #babybox yang lain.

Melihat raut wajah mereka semuda 14 tahun yang sedang hamil dan ada yang memakai stokin dan rupanya masih berpantang. Kakak yang paling tua di dalam rumah ini pula berumur 18 tahun. Memang pangkat adik-adik semuanya.

Bayangkan umur semuda itu sedang hamil dan ada yang hamil akibat sikap durjana ahli keluarga sendiri. Ahli keluarga yang sepatutnya melindungi tetapi sebaliknya yang berlaku. Tidak dipinta oleh mereka untuk berada di sini.

Ingatkah kita tika berumur 14 tahun apa yang kita lakukan? Menikmati masa remaja dengan gembiranya walaupun ada kalanya ups and down gelojak emosi remaja itu ada.

Sedikit latar belakang bagi rumah ini yang dinamakan sebagai Taman Seri Puteri (TSP).

Taman Seri Puteri (TSP) ini adalah institusi Tempat Perlindungan bagi pemeliharaan dan pemulihan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 55 Akta Kanak-Kanak 2001.

Ia diwujudkan untuk memberi perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral atau keruntuhan akhlak dengan memupuk sikap dan nilai yang sesuai dengan norma masyarakat serta memberikan kemahiran yang bersesuaian.

Puteri yang masuk ke TSP ini adalah melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Perenggan 40(3)(a) atau Seksyen 46 atau memohon sendiri di bawah Subseksyen 41(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mereka akan berada di sini selama tempoh tiga tahun tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh dengan Kuasa Menteri atau kelulusan Lembaga Pelawat atau dengan meminda, mengubah atau membatal perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.

Selain daripada kes hamil luar nikah, puteri-puteri lain yang ada di sini adalah disebabkan oleh:

• Permintaan bertulis ibu atau bapa atau penjaga kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak supaya menahan anaknya ke Tempat Perlindungan,
• Didorong melakukan perbuatan seksual, berada dalam suasana fizikal/sosial yang membawa kepada perbuatan seksual,
• Tinggal atau mengunjungi mana-mana rumah pelacuran atau tempat berkira,
• Bersama-sama atau berada di bawah kawalan muncikari atau orang yang bekerja atau berkepentingan dalam urusan di rumah pelacuran atau berkaitan dengan pelacuran,
• Permohonan kanak-kanak itu sendiri kerana memerlukan perlindungan segera;
• Diancam atau ditakut-takutkan bagi maksud pelacuran/ bersetubuh dengan seseorang/ bagi apa-apa maksud lucah,
• Dikurung atau ditahan oleh seseorang lain,
• Berkemungkinan atau sedang dilakukan ke atas kanak-kanak seperti maksud di atas.

Persediaan sebelum program oleh team #babybox.


Ini antara makanan yang disumbangkan oleh #babyboxsupporter yang mendapat pujian dan kebanyakannya habis licin oleh puteri-puteri di Taman Seri Puteri Cheras.

Kek hari jadi yang juga disumbangkan oleh orang awam yang dermawan.


Hairdresser, Alea yang mendapat sambutan hangat.


Doktor-doktor gigi yang sangat baik hati dan akan datang lagi untuk rawatan lanjut.


Pengerusi COLA, Sherlyza yang memberikan ucapan sepatah dua kata untuk majlis Sambutan Hari Jadi dan Give Away.


Sambutan Hari Jadi untuk puteri-puteri di Taman Seri Puteri Cheras yang berumur antara 14 hingga 18 tahun.

Bilakah sambutan hari jadi mereka bersama keluarga? 

Pastinya sambutan hari jadi atau sekurang-kurangnya ucapan hari jadi daripada keluarga dan teman-teman menjentik rasa gembira di hati kita, bukan?

Ini juga antara objektif program hari ini. Membuktikan bahawa masyarakat masih sayang pada mereka.

Dan ada antara mereka yang sedang menanti hari kelahiran cahaya mata. Yang pastinya ini bukan kisah yang dipinta oleh kita semua.

Walau apa pun kisah silam mereka, sumbangan kek dari anda semua telah mengukir senyuman mereka dan semoga ada cahaya menanti mereka nanti.

Sesi penyampaian cenderahati kepada puteri-puteri Taman Seri Puteri Cheras.

Terima kasih kepada semua #babyboxsupporter dan orang persendirian serta NGO lain yang turut terlibat dalam program Be Good and Do Good To All hari ini.

Senyuman mereka amat bermakna untuk kita semua.


Menikmati masa-masa ceria bermain buih-buih belon bersama sukarelawan & anak-anak sukarelawan. Semoga ada sinar menanti mereka di kemudian hari.


Sukarelawan yang turut serta dalam program tersebut:

❤️ Syed Azmi
❤️ Islamic Dental Association of Malaysia
❤️ Azmin & the team
❤️ Alea the hairdresser (Fb: Alea Qasrina)
❤️ Siso the clown (Fb: Mohd Adam Lee Abdullah)

Terima kasih tidak terhingga kepada Kak Vimmy (Ahli lembaga pelawat Taman Seri Puteri Cheras) kerana sudi menerima kunjungan kami & seterusnya mengukir senyuman puteri-puteri.

Jika anda ingin menyumbang atau turut serta menjadi ahli Persatuan Buai Sayang atau lebih dikenali sebagai COLA, hubungi team kami yang berada di seluruh Malaysia.



Sumbangan anda mengukir senyuman mereka.

Sukar untuk diungkap perasaan yang tercuit semasa program bersama puteri-puteri di Taman Seri Puteri Cheras iaitu sebuah rumah perlindungan...

0 comments:

Cara Mengelak Terjadinya Parut Keloid Selepas Pembedahan

7:30 am Emalin Mohd 1 Comments

Parut keloid terjadi akibat kecederaan di kulit dan bukan hanya daripada pembedahan. Namun bagi seorang wanita ini, parut keloidnya terjadi setelah mengalami pembedahan ceaserian atau C-sect. Bayangkan betapa panjangnya keloid yang ada. Apa yang beliau lakukan? Biarkan sahaja atau?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keloid?


Siapa pernah alami? Saya pernah mengalami keloid kronik di bahagian ceaser selepas lahir anak pertama.

Masalah keloid tidak semua orang akan alami jika mengalami luka sehingga menyebabkan parut atau keloid yang boleh meninggal parut yg semakin besar dari hari ke hari. Antara punca berlakunya keloid ini adalah disebabkan oleh faktor pemakanan, hormon dan genetik seseorang itu.

Saya pernah alami keloid yang hodoh & menyeksakan. Ia bukan sekadar keloid biasa, ia merupakan parut yang hidup di bahagian ceaser selepas lahirkan anak pertama saya. Semasa anak pertama saya masih tidak kenal Shaklee ini, memang saya tak terfikir supplement boleh bantu mencegah keloid daripada terus membesar. 

Masalah keloid ini terjadi apabila sel yang bertanggungjawab untuk menyembuh luka mengalami proses penyembuhan yang tidak teratur, turut membesarkan dan menggandakan sel untuk mengisi ruang antara luka sehingga menjadi lebih besar daripada parut itu sendiri.

Untuk lebih mudah difahami, keloid terjadi kerana sel badan tidak mengesan yang luka itu telah sembuh, jadi ia terus membaiki kawasan luka tersebut sehingga menyebabkan parut menjadi semakin besar (keloid). 

Selepas ceaser anak pertama keloid membesar memang tak selesa sangat, ia rasa gatal bila berpeluh, gatalnya Allah je lah tau.. memang tak selesa & pedih bila bergesel dengan seluar, lagi-lagi seluar berzip.

Pernah jumpa dokter untuk rawat keloid ini. Dokter suggest ambil suntikan steriod bagi mengecutkan keloid, seramnya bila dokter cakap suntikan steriod tu kena cucuk di sekeliling keloid & perlu cucuk seminggu sekali.

Allahukabar seram, memang tak jadi lah saya nk buat. So saya biarkan saja keloid tu & redha dengan ketidakselesaan keloid itu.

Alhamdulillah saya lahir anak kedua dokter buang parut keloid yg besar tu. Ketika itu saya bimbang kalau keloid kembali lagi. Sejak lahir anak kedua saya ambil SET KULIT Shaklee antaranya ialah Vitamin C, B Complex, GLA Complex & ESP, syukur masalah keloid tiada lagi sehingga lah saya lahir anak ke-3, keloid tiada lagi tubuh di bahagian ceaser saya. Sekarang saya gembira sangat.

Saya sedar ketidakstabilan sel-sel hormon dalam badan kita boleh menyebabkan proses penyembuhan pada bahagian luka tidak sempurna. Dengan set kulit ini banyak membantu merawat masalah kulit saya yang lain seperti jerawat & kulit kering. Selain itu, set ini mampu mengempiskan keloid dan mencerahkan kulit lagi-lagi bahagian keloid.



Kesimpulannya jika anda mengalami keloid kronik seperti saya, jangan biarkan ketidakselesaan menganggu aktiviti harian anda. Setiap masalah ada penyelesaian, begitu juga dengan penyakit yang kita hidapi, antara kita saja mahu merawatnya dengan konsisten atau biarkan sahaja.

Tempahan / Pertanyaan:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Parut keloid terjadi akibat kecederaan di kulit dan bukan hanya daripada pembedahan. Namun bagi seorang wanita ini, parut keloidnya terjadi...

1 comments:

Vitamin Untuk Ibu Hamil Yang Ada Darah Tinggi Dan Rahim Lemah

7:40 am Emalin Mohd 0 Comments

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.

Saya sangat berbesar hati ingin berkongsi pengalaman saya berpantang dan hamil dengan Vitamin Shaklee. Nama saya Siti Rozita Binti Othman, seorang surirumah sepenuh masa, mempunyai 5 orang cahayamata dan mula mengenal Shaklee ketika berpantang puteri saya yang no 3 , pada March 2011. Alhamdulillah, sudah 5 tahun saya makan Vitamin Shaklee. 

Sejak saya disahkan hamil, saya sudah berniat untuk menyusukan bayi saya kerana kedua kakaknya tidak dapat menyusu ibu sepenuhnya, Alhamdulillah sejak makan Vitamin Shaklee saya boleh menyusukan Damia lebih lama dan badan tidak mudah penat dan juga cepat bertenaga.

Vitamin yang saya makan adalah susu soya ESP, Vitamin C, Vitalea, B complex, Ostematrix dan Alfalfa. Dan antara yang paling saya suka adalah Ostematrix kerana dahulu saya mempunyai masalah kaki selalu krem dan tangan semut-semut sudah beransur baik dan juga masalah sembelit ketika dalam pantang, tiada lagi.



Saya terus mengamalkan Vitamin Shaklee ketika hamilkan anak ke 4 dan yang ke 5. Sewaktu kehamilan masalah saya, akan ada darah tinggi dan rahim tak berapa kuat. Jadi bayi saya akan lahir awal. Kerana faktor ini juga saya harus berjaga-jaga sejak kandungan usia 6 bulan. 

Vitamin E saya akan makan selang sehari untuk kuatkan rahim selain Set Hamil Shaklee yang saya makan iaitu ESP, Vitalea, Vitamin C , B Complex, Ostematrix, Zinc dan Omega.

Syukur alhamdulillah, anak ke 4 (Damia Husna 3 tahun) dan ke 5 (Damia Huzaifah 1 tahun) capai 32 minggu. Doktor dan nurse puji uri saya sihat dan cantik, katanya kenyang anak saya dalam perut. 

Saya bersyukur sangat dapat mengenal Vitamin Shaklee dalam tempoh saya berpantang , juga kehamilan untuk 3 anak saya ini. untuk Kaklong Aliah Maisarah dan Kakngah Aliah Yusairah juga sudah mula makan vitamin untuk pelajar dan anak remaja, seperti ESP, Lecithin, B Complex, Omega dan Vitamin C.

Seronok bila seisi keluarga sudah makan Vitamin Shaklee. ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Sekian perkongsian saya. 
Terima kasih 


Bagi yang mempunyai masalah yang sama dan di samping 

mendapatkan rawatan perubatan, vitamin ini amat sesuai.

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 
0192500978
wink emoticon

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya sangat berbesar hati ingin berkongsi pengalaman saya berpantang dan hamil dengan Vi...

0 comments:

Sakit Ulu Hati dan Abdomen Petanda Ibu Hamil Mempunyai Batu Dalam Hempedu

7:30 am Emalin Mohd 0 Comments

Asalnya saya menyangka masalah gastrik datang kembali setelah sekian lama tidak mendapat serangan. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pedih yang amat di bahagian ulu hati, abdomen depan dan belakang sehingga hanya mampu merengkot di atas katil menahan sakit.


Apa sahaja makanan yang masuk akan dimuntahkan. Badan jadi lemah tak bertenaga. Saya yang merupakan seorang penjawat awam terpaksa mengambil cuti rehat.

Ketika itu juga saya baru disahkan mengandung anak ke-3. Doktor mengandaikan perubahan hormon yang menyebabkan gastrik menyerang. Saya diberikan ubat cecair berwarna putih untuk masalah gastrik dan angin. Paracetamol juga dibekalkan sebagai penahan sakit. Doktor juga berikan saya cuti sakit selama beberapa hari. 

Setelah habis ubat, sakit masih belum reda. Saya dibekalkan lagi doktor ubat yang hampir sama serta disambung cuti sakit beberapa hari. Keadaan berulang sehingga habis 3 botol ubat cecair putih tersebut. 

Suatu hari, kebetulan saya ada temujanji di Klinik Ibu dan Anak untuk pemeriksaan rutin ibu hamil. Jururawat yang bertugas menegur tentang mata saya yang kelihatan kuning. Sebenarnya saya ada perasan perubahan tersebut, tetapi tidak mengambil serius kerana kurang pengetahuan. 

Setelah itu, saya dirujuk kepada pakar perubatan. Rupanya beberapa simptom yang telah saya alami sebelum ini adalah petanda masalah hati. Simptom tersebut termasuklah gatal-gatal di seluruh badan, najis pucat dan air kencing berwarna gelap. Pemeriksaan ultrasound mengesahkan saya ada batu dalam hempedu sebesar hampir 1cm.

Doktor cuma nasihatkan saya mengawal pemakanan dan ambil paracetamol sekiranya sakit menyerang. Rawatan lanjut samada pembedahan atau laser tak digalakkan pada awal kehamilan. Sebaiknya tunggu selepas bersalin. 

Saya memutuskan untuk ikhtiar cara lain sementara menunggu temujanji seterusnya. Sebenarnya saya tak tahan menanggung sakit yang berulang-ulang. Tak mungkin saya boleh bertahan dengan ubat tahan sakit semata-mata. Lagipun memang saya tak biasa amalkan Paracetamol sebelum ini.

Setelah buat pembacaan, kajian dan merujuk pada mereka yang lebih arif, saya mula mengambil makanan tambahan Shaklee iaitu Lecithin, Omega Guard, Vita-C, OsteMatrix, Alfalfa, DTX Complex dan Vivix (selepas bersalin). Saya juga amalkan diet dan petua alternatif menggunakan pemakanan yang sesuai. 

Alhamdulillah.. hanya beberapa hari selepas mulakan suplemen, simptom Jaundice mulai hilang diikuti dengan reda gatal-gatal, najis dan air kencing kembali normal. Sejak itu saya tak lagi diserang sakit abdomen seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun saya teruskan semua suplemen sehingga selamat bersalin. 

Selepas pantang, saya dirujuk semula kepada doktor. Syukur sangat bila didapati batu hempedu telah mengecut sebanyak 2mm. Doktor setuju untuk saya meneruskan usaha alternatif tanpa rawatan lanjut. 

Kira-kira setahun kemudian, saya kembali hamil. Sekali lagi kerisauan mengenai serangan batu hempedu menghantui saya. Apabila buat pemeriksaan ultrasound, saya amat terkejut bila doktor memaklumkan bahawa hempedu saya sangat bersih dan tiada batu. Hanya ada sedikit saja 'sludge' yang normal. 

Alhamdulillah... Saya sangat gembira kerana dapat kembali sihat tanpa ubat dan pembedahan. Sekarang saya tidak teragak-agak untuk terus amalkan Shaklee sebagai langkah pencegahan dari masalah ini berulang kembali. 


Cukuplah sekali saya melalui pengalaman menyakitkan itu. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah batu dalam hempedu seperti saya. 
Terima Kasih.

Jika anda mengalami masalah yang sama, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Asalnya saya menyangka masalah gastrik datang kembali setelah sekian lama tidak mendapat serangan. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. P...

0 comments:

Apa Yang Lelaki Dewasa Ini Lakukan Untuk Menghilangkan Parut Chicken Pox?

7:50 am Emalin Mohd 0 Comments

Demam campak atau chicken pox jika dialami oleh orang dewasa boleh meninggalkan kesan parut yang sangat eruk. Berbeza dengan kesan parut yang ditinggalkan jika dialami di zaman kanak-kanak. Kesan parutnya pula boleh mengubah rupa paras seseorang seperti yang berlaku pada pensyarah ini.



Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas.

Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.

Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya. 

Saya bertahan di rumah sahaja, isteri menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya, tetapi saya tidak mahu.Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja. Bayangkan kesakitan apabila gelembung-gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. Nak ambil air sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya.. boleh nangis ooo.. Orang kata kesan parut cacar seperti yang saya alami ini akan mengambil masa hampir setahun lamanya sebelum ianya hilang.

Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan. Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok. 

Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh. Kesan cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.

Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera. Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.

Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni.. magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum. 

Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap.. saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.

Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya.. "uihhh cepat kering cacar you boss" apa produk you guna..saya senyum je malas nak cerita..

Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex.. saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka.. tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni. Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.

So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose, walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..

Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je, saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya.. so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).

Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya.. Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.

Kalau parut chicken pox yang banyak dan degil boleh hilang dengan vitamin Shaklee yang macam saya amalkan ni, setakat parut jerawat apala sangat kan. Korang yang banyak parut jerawat patut cuba vitamin Shaklee ni. Tak cuba tak tau.. dah cuba jatuh cinta beb!

Oh ya, isteri saya cakap nanti nak saya cuba VIVIX pulak, nak bagi kulit wajah saya jadi lagi licin gebu halus mulus flawless awet muda katanya.. tak sabar nak cuba VIVIX sebab Vivix ni kata isteri saya produk no 1 Shaklee, kualiti terbaik setanding harganya. 

Inilah kisah #SHAKLEE EFFECT saya.

Sekian, terima Kasih


Anda mengalami masalah yang sama?
Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978


Demam campak atau chicken pox jika dialami oleh orang dewasa boleh meninggalkan kesan parut yang sangat eruk. Berbeza dengan kesan parut y...

0 comments:

Adakah Anda Seorang Pemimpin Yang Baik?

7:50 am Emalin Mohd 0 Comments

Mata tertancap pepatah kepimpinan ini dan terus terpikat.


Sumber: Mr Google

Bukan mudah menjadi seorang pemimpin. Jawatan yang disandang bukan untuk populariti namun datang dengan tanggungjawab yang besar.

Tanggungjawab untuk memastikan ahli kumpulan bersatu hati walaupun mempunyai idea yang berbeza.

Dan pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang dapat menggerakkan ahli kumpulannya atau ahli yang dipimpinnya ke arah tujuan yang sama dan bersatu hati.

Cabaran seorang PEMIMPIN,
Menjadi seorang yang kuat namun caranya tidak sehingga kurang ajar
Seorang yang baik namun tidak sehingga dilihat sebagai orang yang lemah
Sangat berani mengambil tindakan namun tidak sehingga menindas yang lain
Berwawasan tink dan tidak malas
Sentiasa merendah diri namun tidak dilihat sebagai pemalu
Sangat berbangga dengan ahli kumpulannya namun bukan sombong
Sekali sekala berjenaka tetapi bukan membuat lawak bodoh

Semoga tanggungjawab yang diberikan dapat digalas dengan baik.

Kita memimpin diri kita sendiri.

Mata tertancap pepatah kepimpinan ini dan terus terpikat. Sumber: Mr Google Bukan mudah menjadi seorang pemimpin. Jawatan yang ...

0 comments:

Murah Rezeki Dengan Surah Al Fatihah

5:43 pm Emalin Mohd 0 Comments

Bagi yang telah membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki karya Fathuri Salehuddin pasti mengetahui antara cara untuk menjemput rezeki ialah dengan mengamalkan Surah Al Fatihah. 

Untuk yang rasa rezekinya sukar dan sempit cuba amalkan kerana Surah Al Fatihah antara surah yang sudah menjadi hafalan kita dan ini caranya:

Surah Al Fatihah (sumber: Mr Google)

1) 41 kali antara Solat Sunat Subuh & Solat Subuh
2) 7 kali selepas Solat Fardhu
3) 41 kali semasa bangun untuk Solat Tahajud
4) 313 kali selama 3, 5 atau 7 hari.
Sebaiknya mengadap Kiblat & berwudhu'.

Untuk lebih tips murah rezeki dengan cara Menjemput Rezeki, pastikan membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Bagi yang telah membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki karya Fathuri Salehuddin pasti mengetahui antara cara untuk menjemput rezeki ialah d...

0 comments:

11 Tanda-Tanda Badan Perlukan Detoks Agar Awet Muda

8:17 am Emalin Mohd 0 Comments

Detoks detoks detoks...

Perlu ke detoks ini? Kenapa perlu detoks? Apa tanda-tanda badan perlu detoks atau erti kata lain kena buat servis?


Detoks antara peranan utamanya ialah untuk menyingkirkan segala toksin dan bahan kimia di dalam badan yang diperolehi dari pengudaraan (udara yang dihidu), pemakanan atau bahan-bahan yang digunakan pada badan seperti losyen yang mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh menyerap masuk di dalam badan.


11 TANDA ANDA WAJIB MELAKUKAN DETOKS

1) Craving / Mengidam atau Teringin sangat makan makanan manis bergula, berlemak, bergaram dan makanan yang diproses lain seperti mengidam kek coklat moist (manis), nasi lemak antarabangsa (berlemak), ikan terubuk masin (masin) atau french fries (makanan diproses).

2) Mengalami insomnia atau sukar untuk tidur malam. Apabila Subuh menjelang baru mata terasa mengantuk dan sudahnya Subuh pun ke mana.

3) Mempunyai kadar kolestrol yang tinggi sehingga ada muncul bintik-bintik di muka. Kolestrol jahat yang tinggi bukan sahaja dialami oleh orang obese atau gemuk tetapi banya dialami oleh orang yang kurus.

4) Senggugut , kejang kaki, emosi tidak stabil (sekejap rasa nak marah sekejap rasa nak menangis) atau dikenali sebagai Sindrom Pra-Haid (PMS)

5) Badan asyik rasa sengal-sengal.

6) Masalah kulit seperti jerawat yang sentiasa tidak lupa memunculkan diri setiap bulan, gatal-gatal, rashes walaupun sudah bermacam skin care digunakan & vitamin diamalkan.

7) Senang sangat untuk marah-marah. Dari hal sekecil-kecil zarah sehingga ke sebebsar-besar alam, semua akan dijadikan punca kemarahan. Hanya dia yang betul di dalam dunia ini.

8 )  Selalu mengalami pening kepala.

9) Cepat rasa penat walau cukup rehat. Kadangkala, yang ibu beranak 3-4 orang ini pun rasa pelik melihat yang bujang mengadu asyik penat sahaja. 

10) Sembelit, rasa mual, buasir dan kembung perut atau masalah lain berkaitan sistem pencernaan. 

11) Fungsi hati yang lembap - tidak bertoleransi terhadap makanan berlemak 

Jika ada yang dialami oleh diri sendiri di atas ini, bersiap- sedia untuk melakukan detoks kepada diri anda.

Faedahnya? Bukan pada orang lain tetapi pada diri anda juga. Setelah mengamalkan detoks hanya selema 15 hari antara kesan yang boleh dirasai ialah lebih bertenaga dan aktif. Selian itu, tiada lagi jerawat yang muncul dan kulit kelihatan lebih bersinar. Tidur malam pun lebih lena dan dengan tidur lena, kehidupan esok hari akan leih ceria. Tiada lagi muka lesu dan letih ketika memulakan tugasan di pejabat.

Masa bila kita patut mula detoks? Esok ke? Untuk masa terbaik, ada hari-hari tertentu dalam bulan tersebut untuk memulakan detoks. Selain itu, ada pantang-larang yang perlu diikuti untuk memastikan detoks tersebut berkesan.

Untuk detoks dengan lebih efektif, jadi sebahagian dari ahli kumpulan saya untuk mendapatkan tips percuma berdetoks selama 15 hari bermula bulan ini.

Hubungi, Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Detoks detoks detoks... Perlu ke detoks ini? Kenapa perlu detoks? Apa tanda-tanda badan perlu detoks atau erti kata lain kena buat ser...

0 comments: