Atasi Masalah Kulit Sensitif dan Rosak Akibat Penggunaan Produk Yang Salah

1:45 pm Emalin Mohd 0 Comments

Harapkan pegar, pegar makan padi.
Harapkan pencuci muka, pencuci muka yang rosakkan kulit!



Dulu kulit licin, gebu dan mulus tetapi sebab salah penggunaan produk, terus kulit muka menjadi rosak. Memandangkan kulit muka menjadi "center of attraction" memang membuatkan kita rasa rendah diri.

Perbelanjaan menutup cela di muka bukannya kecil. Makan beratus juga harganya. Itu pun jika berpeluh nanti nampak bertompok. Nampak comot.

Apa yang nak dilakuan? Pn Haliza Khamis ada menceritakan pengalaman beliau.

Sebelum ni kulit jadi sensetif gara-gara berhenti menggunakan produk Lxxnxs selama lebih kurang 5 bulan penggunaan (2 kotak). Kemudian saya mengambil masa sebulan untuk stop penggunaan mana-mana produk kecantikan kulit.

Saya mula amik Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite & Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 Nutriwhite hujung pada bln 6/2015 sehingga kini. Pada bulan 7/2015, saya tambah Overnight Renewal Whitening Cream Nutriwhite. Pada bulan 9/2015, saya tambah lagi Gentle Makeup Remover Nutriwhite.


Kesannya, kulit saya lebih halus, liang-liang pori mengecil, memudarkan kesan jerawat dan jeragat, kulit kurang berminyak dan tona kulit lebih sekata. Saya jarang dah pakai mekap tebal untuk sembunyikan kesan parut dan jerawat. Kini saya hanya oleskan bedak baby je jika nak keluar bekerja dan berjalan-jalan. Saya wajib pakai celak di kening sebab kening nipis dan lipstick jika teringat nak pakai.

Saya juga baru je konsisten mengamalkan Garlic Complex, Ostematrix, GLA Complex Lecithin, Vita-C, Chinch untuk kesihatan kulit, pengurusan berat badan dan kesihatan dalaman wanita dalam masa dua bulan setengah.

Terbaru! Beli seluar jeans dengan saiz 27. Sebelum ni paling gemuk saiz 32.

Rasa happy sangat sebab dapat rasa perubahan yang sangat positif bila kita menjaga kesihatan luar dan dalam. Saya rasa lebih berkeyakinan.

cantikkan kulit yang rosak


Teruja dengan cerita beliau? Like cerita beliau di SINI

Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti di atas, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp)
0192500978

Harapkan pegar, pegar makan padi. Harapkan pencuci muka, pencuci muka yang rosakkan kulit! Dulu kulit licin, gebu dan mulus te...

0 comments:

Resepi Daging Goreng Sedap

6:30 pm Emalin Mohd 2 Comments

Resepi daging goreng ini khas dikongsi oleh rakan sekolah saya, Ina (Fb: Shaz Syaza) apabila ramai kawan-kawan sekolah kehabisan idea untuk masak daging yang diperolehi semasa Hari Raya Qurban tempoh hari. 



Sup daging, daging masap kicap, bakso daging semua sudah biasa dimasak sehingga menolak masakan berasaskan daging . Tetiba Ina mencadangkan resepi daging goreng ini. Sorang-sorang cuba. Yang kata anak tak suka makan daging ajaibnya dengan resepi ini, habis daging tersebut dimakan.

Mudah saja buatnya. Resepi ini dikongsikan oleh beliau di dalam Fb beliau. Jom kita cuba:

Resepi Daging Goreng

Bahan-bahannya :




- Setengah kilo daging dihiris nipis. Biasanya untuk menghiris daging dengan mudah, saya hiris daging yang separuh beku atau menggunakan pisau yang betul-betul tajam. Daging dihiris melintang urat.

- Boleh guna daging sejuk beku atau segar. Saya pernah guna kedua-duanya dan hasilnya sama sahaja lembutnya.

- Basuh bersih daging yang dihiris dan toskan


- Hirisan daging yang telah dicuci & ditoskan
- Sebiji telur ( dikocak sedikit)
- Setengah sudu kecil garam halus
- Suku sudu kecil serbuk lada putih (white pepper)
- Tepung jagung secukupnya

** Jika suka, boleh tambah serbuk cili/ paprika atau serbuk lada hitam. Boleh juga ditambah soy sauce tapi jika menggunakan soy sauce, kurangkan garam. Nanti masin pula daging goreng tu.


 - Campurkan serbuk lada putih, garam & telur dalam mangkuk hirisan daging. Gaul sebati.
- Perap sebentar ( dalam 10 hingga 15 minit)


- Jumlah telur yang digunakan mengikut amaun daging. Jika buat sedikit sahaja, tidak perlu masukkan sampai habis sebiji telur. Biasanya untuk setengah kilo daging, hanya sebiji telur saiz besar digunakan.


- Setelah diperap, tambahkan tepung jagung secukupnya. Jika terlalu banyak, ia akan menjadi kering dan tepung melekat-lekat dan menyukarkan untuk digoreng. 

** Tiada sukatan tertentu untuk tepung jagung. Hanya agak-agak dan secukupnya.



- Inilah rupanya setelah digaul sebati dengan tepung jagung. Konsistensi adunan begini. Daging sudah sedia untuk digoreng.

- Goreng sekeping-sekeping dalam minyak panas. Proses ini kena cepat sebab daging hanya perlu digoreng sekejap sahaja dan tidak perlu sehingga garing. Balik-balikkan, nampak tepung salutannya sudah masak, boleh angkat dan toskan minyaknya.

Inilah rupa daging goreng tersebut. Lembut dan tidak liat menyebabkan anak-anak suka makan.


** Untuk masak daging black pepper, daging masak kicap atau daging masak merah pun boleh menggunakan daging goreng ini. Cuma masakkan kuahnya, masukkan daging goreng, gaul sebati & matikan api. Sementara tunggu sejuk, kuahnya akan memekat, dan dagingnya tetap lembut.. InsyaAllah..



Kalau daging tiada, tukar dengan ayam pun boleh.

Selamat mencuba!
 


Kawan saya, Ina yang berkongsikan resepi ini juga ada menjual home made Lasagna, Sherperd Pie dan Daging Dendeng seperti dalam gambar di atas. Dijamin sedap sebab Ina memang pandai masak dan saya pun telah mencubanya. Daging dendeng tersebut boleh diposkan juga sebab dalam bentuk pembungkusan yang sedia elok. 

Untuk membeli lasagna, sherperd pie dan dendeng, boleh hubungi beliau terus di talian 019-2020255.

Saya jual apa? Saya jual Shaklee. :)

Resepi daging goreng ini khas dikongsi oleh rakan sekolah saya, Ina (Fb: Shaz Syaza) apabila ramai kawan-kawan sekolah kehabisan idea untuk...

2 comments:

Give Away Jejari Runcing, Elia

9:40 am Emalin Mohd 0 Comments

Kadangkala berita gembira dan rasa gembira perlu dikongsi dengan rakan-rakan samaada di dunia nyata atau dunia maya.
 
Untuk yang berasa gembira hari ini, jom join Give Away by Jejari Runcing, Elia.
 

Senyum dan dunia akan senyum semula kepada anda!
 

Kadangkala berita gembira dan rasa gembira perlu dikongsi dengan rakan-rakan samaada di dunia nyata atau dunia maya.   Untuk yang beras...

0 comments:

Ibu Selepas Bersalin Mudah Lupa Tetapi Ada Cara Mudah Atasinya

5:08 pm Emalin Mohd 0 Comments

Orang kata semasa bersalin, banyak urat putus. Sebab itu ibu bersalin semakin menjadi-jadi lupanya.

Selalu sangatkan nak ambil sesuatu atau buat sesuatu tetapi dalam perjalanan dah terlupa.

Tak pun pergi ke kedai nak beli santan tapi sebab lupa, semua benda dibeli kecuali santan!

Selepas kembali ke rumah baru teringat! Duh, pelupa sungguh!

Tahukah anda bahawa ada cara untuk menguatkan daya ingatan?

Ia dipanggil lecithin. Ia membantu sel otak berkembang dan penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak serta memainkan peranan dalam neuro transmitter iaitu berkaitan dengan memori jangka pendek. Ia juga boleh mengurangkan risiko menjadi nyanyuk.

bengkak susu

Selain itu terutama semasa berpantang, ibu yang menyusukan bayi kadangkala mengalami bengkak susu. Sakitnya boleh membawa demam! Silap-silap, perlu dibedah!

Lecithin ini boleh mengurangkan risiko terjadinya bengkak susu kerana ia mengurangkan lekitan antara susu tersebut.

Selain itu, jika dimakan bersama Alfalfa ia membantu golongan ibu untuk mengurangkan berat badan dengan cepat. Alfalfa pula bukan hanya untuk membantu proses membuang bahan pencernaan malah ia juga bertindak sebagai penggalak susu. Lecithin ini akan memecahkan lemak untuk lebih mudah badan membuangnya.

Dengan khasiat lecithin ini, bukan hanya ibu sahaja dapat manfaatnya malah bayi juga akan mendapat manfaat untuk kecerdasan minda. Bukan omega 3 sahaja tau untuk minda malah lecithin juga berperanan yang sama.

bengkak susu

Untuk tempahan / pertanyaan hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Orang kata semasa bersalin, banyak urat putus. Sebab itu ibu bersalin semakin menjadi-jadi lupanya. Selalu sangatkan nak ambil sesuatu ...

0 comments:

4 Khasiat Kolagen Untuk Wanita Yang Semakin Meningkat Usia

6:00 pm Emalin Mohd 0 Comments

Berapa umur anda? Sudah masuk 3 series atau sudah menjangkau umur 40an? Tahukah anda menjelang umur 40an, kolagen di dalam badan kita akan berkurangan akibat pendedahan berterusan daripada cahaya matahari dan juga akibat pengurangan hasil kolagen dalam badan?



Perasan atau tidak bahawa orang dewasa sukar mengalih kertas (flip paper) tanpa membasahkan hujung jari berbanding kanak-kanak? Ini juga menunjukkan kekurangan kolagen di dalam badan.

Tapi kolagen ini untuk kulit wajah yang cantik dan awet muda sahaja ke?

Kolagen juga berfungsi untuk membina tulang rawan yang menyambungkan sendi. Kekurangan rawan akan menyebabkan sukar untuk bergerak dan menyebabkan sakit sendi. Ini disebabkan rawan yang kekurangan kolagen akan menjadi menipis dan lebih mudah tercedera terutama apabila melakukan pergerakan secara tiba-tiba. Itulah yang menyebabkan ramai orang yang meningkat umurnya sakit tinggi. 



Kolagen juga membantu meningkatkan metabolisme badan. Dulu zaman 20an boleh makan 3 pinggan nasi tanpa naik berat badan. Sekarang, jangankan 3 pinggan, sepinggan nasi pun berat badan mencanak naik. Itu juga petanda kekurangan kolagen. Agak-agak kalau kolagen cukup, metabolisme akan naik tak? Kalau naik, siapa yang untung? Bukankah kita juga?

Selain itu kolagen juga membantu untuk usus kita menyerap hanya nutrient dan membuang toksin. Jadi, kita akan menjadi lebih lawas. Sekaligus membantu mengurangkan berat badan.

Bukan untuk cantik sahaja kan kolagen ini? Banyak manfaat lain. Tetapi nak mendapatkan kolagen yang asli, halal dan bebas toksin bukan mudah tau. Tapi dengan Collagen Powder Shaklee ini memang ketiga-tiga ciri ada padanya.

Nak petua lain untuk kolagen? Makan kaki ayam. Kaki ayam mengandungi kadar kolagen yang tinggi tetapi bagaimana pula jika ayam tersebut dicucuk dengan hormon? 2-2 pakej kita akan dapat serentak. Kolagen + hormon. Nak sihat tapi sakit pulak.


 Untuk tempahan / pertanyaan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Berapa umur anda? Sudah masuk 3 series atau sudah menjangkau umur 40an? Tahukah anda menjelang umur 40an, kolagen di dalam badan kita akan ...

0 comments:

Mengatasi Masalah Anak Mengalami Eczema Bermula Dari Kehamilan

7:45 am Emalin Mohd 2 Comments

Kalau anak mengalami eczema, sangat kasihan melihatnya. Tak boleh panas, tak boleh kulit menjadi kering dan pemakanan pun perlu jaga untuk mengelakkan eczema menjadi semaki teruk.

Disebabkan itulah, seorang ibu ini tidak sanggup lagi melihat anak seterusnya mengalami eczema dan berusaha untuk mencari penawar apabila mula mengetahui dirinya hamil.

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Saya Dyla, mama kepada 4 cahayamata iaitu 2 perempuan dan 2 lelaki.


Pengalaman anak ke-2 pada tahun 2009 yang disahkan g6pd dan ada masalah ekzema menjadi punca saya cuba produk Shaklee 


Mula kenal Shaklee tahun 2012 dengan Set Hamil Trimester 2&3. Masa tu memang nak sangat cuba dan usaha dengan produk Shaklee ni sebab tak nak anak yang ke-3 nanti ada masalah ekzema jugak. 

Masa anak ke-2 tu, tanda-tanda ekzema keluar masa dalam tempoh berpantang. Sayu hati bila kulit yang lembut, putih & gebu dulu dah bertukar jadi merah-merah. Bila time panas jek, menggaru-garu. Macam tak boleh berpeluh, kalau berpeluh lagi teruk. Banyak aktiviti luar rumah terpaksa di hadkan. 

So, untuk berpantang anak ke-3 ni sebarang jamu memang tolak tepi. Doktor pun ada bekalkan vitamin masa anak ke-2 dulu.

Selepas rasa sendiri Set Hamil Shaklee tu, banyak sangat perubahannya, yang paling best badan bertenaga, hilang kejang kaki, hilang sembelit, bangun pagi pun senang walaupun kerap ke toilet, tidak mudah penat bila di tempat kerja dan malam plak ke kelas pengajian luar kampus walaupun tengah hamil. Memang terbaik!




Alhamdulillah.... anak ke-3 tiada masalah ekzema dan kulit pun cantik dan berjaya menyusukannya sehingga usia 2 tahun, hanya dengan vitamin Shaklee.

Anak ke-4 pula, memang mengamalkan vitamin Shaklee dari awal kehamilan hingga sekarang usianya 6 bulan. Alhamdulillah dapat menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertamanya. Hanya dengan Set Menyusu Premium Shaklee. Memang terbaik sebab ia menyeluruh dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi mama dan baby.



Alhamdulillah... yang paling penting tiada lagi masalah ekzema yang merisaukan. Kulit pun alhamdulillah cantik.

Syukur!

Tempahan / Pertanyaan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Kalau anak mengalami eczema, sangat kasihan melihatnya. Tak boleh panas, tak boleh kulit menjadi kering dan pemakanan pun perlu jaga untuk ...

2 comments:

Bukan Kulit Muka Sahaja Bertambah Cantik, Sakit Slip Disc Pun Berkurang!

9:16 am Emalin Mohd 0 Comments

Mengenali beberapa orang yang mengalami slip disc. Ada yang terpaksa MC dalam tempoh yang lama. Ada yang tidak boleh tidur atas tilam biasa dan sekadar tidur di atas toto sahaja. Memang sakit. Kesian kan?



Punca slip disc ini pelbagai. Antaranya ialah pernah mengalami kecederaan seperti terhentak dan ada juga bekas atlet (yang aktif semasa muda) mengalami slip disc setelah umur semakin meningkat.

Supplement yang boleh membantu mengatasi masalah slip disc antaranya ialah Vivix, Omega uard, AJHT dan Ostematrix.

Namun, kolagen juga boleh mengurangkan sakit slip disc. Ini disebabkan Collagen Powder Shaklee membantu menghasilkan kolagen dan juga tisu penyambung. 



Tidak hairanlah apabila seorang anak mendapati sakit slip disc ibunya berkurangan dengan pengambilan Collagen Powder Shaklee.



Lebih menguntungkan lagi apabila terdapat tawaran Beli 6 Percuma 1 Collagen POwder Shaklee ini. Harga tanpa GST sekotak yang mengandungi 15 sachet ini ialah RM298.00. Berbaloi jika beli bulan ini. Tambahan pula ia juga mencantikkan kulit dan menghilangkan jeragat. 

Dapatkan tawaran istimewa Collagen Powder ini dengan menghubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Mengenali beberapa orang yang mengalami slip disc. Ada yang terpaksa MC dalam tempoh yang lama. Ada yang tidak boleh tidur atas tilam biasa...

0 comments:

Mengatasi Masalah Percakapan Akibat Strok: Pengalaman Seorang Isteri

6:00 pm Emalin Mohd 3 Comments

Strok amat menakutkan kerana kesan yang dialami memberikan impak kepada kehidupan. Terdapat 2 jenis strok iaitu:

1) Ischemic yang terjadi akibat salur darah ke otak tersumbat. Mungkin disebabkan oleh kolestrol tinggi melakat pada salur darah.

2) Hemorrhagic iaitu salur darah pecah dan antara puncanya ialah tekanan darah tinggi.

Ini antara pengalaman seorang isteri apabila suaminya mengalami strok yang menyebabkan masalah percakapan.



Namun beliau tidak berputus asa dalam mencari penawar untuk suaminya.


Assalammualaikum..


Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.



.

Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
.
1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku. 
Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
.
4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..
1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..
.
Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
.
Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.
.
Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.
Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
.
Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.
I love Shaklee...
(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.


Sila like dan share cerita saya ni supaya dapat membantu pada mereka yang mengalami masalah yang sama.


Untuk tempahan / pertanyaan hubungi:


Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Strok amat menakutkan kerana kesan yang dialami memberikan impak kepada kehidupan. Terdapat 2 jenis strok iaitu: 1) Ischemic yang terj...

3 comments:

Percutian 2 Hari 1 Malam Di Batam

5:07 pm Emalin Mohd 2 Comments

Ada apa di Batam? Apa aktiviti yang boleh dilakukan untuk 2 hari 1 malam?

Mula-mula nak ke Batam ramai kata jangan. Sebab banyak "ayam". Erm...tapi nekad nak pergi juga. Lagipun pergi berdua dengan suami. 

Kami pergi free and easy. Sampan di jeti Stulang pun dalam pukul 11.00 pagi. Terus ke kaunter untuk beli tiket dan nasib baik trip seterusnya pukul 11.30 pagi. Tak lama menunggu.


Bertolak dari Stulang Laut. Kereta park di The Zone dengan bayaran RM3.00/hari. 2 hari kena RM6.00 sahaja.

Pilih jeti yang berhampiran dengan hotel. Harbour Bay jeti terdekat untuk ke kawasan Nagoya.

Harga tiket RM44.00 sehala. Terus je beli tiket untuk 2 hala sebab satu tiket nanti akan jadi open tiket dan sah untuk 3 bulan. Sampai di Batam nanti terus ke kanter tiket feri untuk book tiket balik supaya dapat tiket. Kalau tak, kang ada yang kena bermalam lagi. Nasib baik pergi terus ambil tiket. Rupa-rupanya tiket terakhir jam 1.30 petang. Yang pukul 4.30 petang tak ada. Kapal rosak dan sedang dibaiki katanya. 

Standby duit untuk bayaran tambahan tak ingat berapa. Bayaran untuk apa entah namanya masa kita reconfirm tiket tu.


Boleh confirm kat kaunter jeti mana yang berhampiran dengan hotel tempat menginap. Kami sebab plan asal nak duduk Novotel dan jalan-jalan di kawasan Nagoya memang pilih ke Harbour Bay.

Senarai harga untuk sewa teksi dari Harbour Bay ke tempat yang nak dituju.

Dah sampai di Harbour Bay, boleh makan-makan kat jeti pun. Ada banyak kedai bertanda Halal. 

Kami makan nasi ayam penyet 2 pinggan dan 1 air kelapa, Rp62.000.

Oh ya, waktu di Batam awal 1 jam dari Malaysia.

mercure hotel batam

Rancangan asal nak menginap di Novotel tapi salah booking bilik. Aduh! Nasib baik booking guna booking.com. Jadi, cancellation sebelum jam 6.00 petang hari ketibaan tidak dikenakan cas. Bagus bukan? 

Dan driver teksi pun bawa kami survey hotel. Hotel pertama, Triniti Hotel dengan harga 500,000 Rupiah. Below our expectation after checking the room.  Biliknya cantik dan kemas cuma kami tak berminat. Lokasi pun tak menarik.

Kemudian ke Mercure Hotel. Harga display 100juta Rupiah untuk bilik deluxe tapi receptionist kata 800,000 Rupiah. Bilik pun cantik! Jadi kami check in di situ.



mercure hotel
Malam tu kami makan di Kelong Sea food di jeti Harbour Bay.
Air mangga sungguh pekat.

Untuk makanan ni tambah 1 gelas fresh orange dan 1 gelas teh panas, 2 pinggan nasi, harga RM120++. Tak ingat rupiah berapa. 

Taklah murah sangat. Sama standard je rasanya harga dengan Johor. Rasa? Sedap!

Lepas makan, pergi ke spa Nagoya (Nagoya Spa & Massage). Mula-mula ingat nak ke Spa@Central tapi fully booked. Haaa.. Kalau niat nak berspa di sini baik book dulu. Kalau spa memang kira murah tapi kalau nak urut betul-betul best untuk orang KL baik book dengan Tukang Urut Best Ampang ni.

Aromatherapy massage 2jam30 minit Rp360.000,00.

Esok harinya baru jalan-jalan di Nagoya Hill. Besar sungguh. Tak pusing habis pun. Beg banyak betul kat dalam shopping mall ni tapi harga tak survey sebab tak niat nak beli.

Masuk kedai ni tengok banyak berkenan dengan barang untuk anak-anak.


Lokasi kedai Tingkat 1 dari Pintu Barat. 


Yang dibeli di Batam. Pad pun ada? Yang Comfort Fit ni pantiliners ada 50 keping Rp14,100. Dalam RM4.00 kot kalau convert. 

Nak kata murah tak sangat lah barangnya banding dengan duit RM. Mungkin sebab RM pun dah jatuh kan?


Dah penat berjalan, lunch di kedai ni kat Tingkat 2. Dekat situ banyak kedai makan. Pilih yang berkenan je lah. Cendol tu special sebab letak buah nangka. Lagi satu meal nasi ayam penyet. Jumlah Rp108,003.


Kalau tujuan nak shopping dan massage, menginap kat hotel ni je. Memang turun hotel jalan kaki ke shopping complex. Spa pun berlambak. Spa yang popular iaitu Spa@Central pun dekat je. Seberang jalan.


Masa survey nak duduk hotel ni tapi dah penuh.


Kapal kecil tu kapal ke Malaysia dan yang besar tu untuk ke Singapura. Memang ramai orang Singapura yang masuk berbanding Malaysia. Bagi mereka memang murahlah semua kat situ sebab duitnya besar berbanding Rp dan RM. 

Pukul 2.00 petang (delayed pulak) kami pun bertolak balik Malaysia...

Tamatlah percutian singkat 2 hari 1 malam. Dan kami tak terserempak dengan mana-mana ayam. hihihi

Ops..sepanjang di sana kami sewa satu teksi ni sebab husband malas nak call / tahan teksi. 

Tu je percutian singkat nak cop buku merah tu. hahaha

Tempat menarik? Memang tak plan nak pergi. So tak ada gambar tempat menarik.

Pn Emalin Mohd (Shaklee Independent Distributor)
SMS / Whatsapp for Shaklee products 0192500978
















Ada apa di Batam? Apa aktiviti yang boleh dilakukan untuk 2 hari 1 malam? Mula-mula nak ke Batam ramai kata jangan. Sebab banyak &...

2 comments: