Pengalaman Menjaga Anak Lelaki Bersunat atau Berkhatan
Cuti sekolah tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Selain sinonim dengan majlis perkahwinan, majlis berkhatan dan bersunat pun tidak kurang banyaknya.
23 November 2014 yang lalu, kedua-dua anak lelaki saya pun bersunat atau berkhatan pada umur 6 dan 8 tahun.
Tiada persediaan diadakan cuma yang tahu sekarang kalau berkhatan atau bersunat katanya kurang sakit. Sebab menggunakan clamp bukan jahitan lagi.
Alat clamp yang digunakan |
Sebab langsung tak buat pembacaan, saya tak mengambil cuti tambahan. Andaiannya, clamp lagi mudah. Anak-anak berkhatan hari Ahad, kemudian 'berpantang' di kampung dan saya kembali bekerja seperti biasa pada hari Isnin. Itu perancangan awalnya.
Hakikatnya? Saya terpaksa ambil cuti kecemasan. Sebab tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak yang menangis meminta ibu bapanya berada di sisi merka. Anak-anak masih tak yakin untuk bangun sendiri ke bilik air dan perlu didukung.
Setelah seminggu, kami balik ke kampung. Tujuannya untuk membuka clamp dan nak bawa semula anak-anak tadi balik ke rumah. Sekali lagi jangkaan kami meleset!!
Membuka clamp nampak mudah dan cepat tetapi rupanya anak saya mengalami kesakitan sekali lagi. Luka yang hampir sembuh, bengkak semula. Rancangan untuk membawa mereka balik ke rumah tidak kesampaian. Terpaksa tinggalkan lagi anak-anak seminggu.
Tetapi saya tertanya-tanya semasa jururawat tersebut membuka clamp, alat yang digunakan ialah playar untuk memotong plastik clamp tersebut. Terfikir takkan alat clamp tersebut tidak didatangkan dengan pemotong yang lebih canggih?
Kejadian bengkak tersebut membuatkan suami saya terfikir seperti kaedah lama lagi mudah dan cepat sembuh. Tetapi sebab lelaki hanya lalui sekali, sukarlah dibuktikan kata-katanya itu.
Jika diikutkan, ia mengambil masa 2 minggu untuk anak-anak saya boleh kembali ke taska. Lambat atau cepat? Saya pun tak pasti.
Walau apapun, sekarang anak-anak saya dah sihat sepenuhnya dan sekiranya saya mempunyai anak lelaki lagi pasti saya akan khatankan semasa dalam pantang! Itu pasti.
Biarlah dia tiada moment berkhatan tetapi lebih mudah penyembuhan dan penjagaannya.
Sememangnya lebih baik anak lelaki dikhatankan semasa bayi lagi.
Bagaimanapun ia memberikan pengajaran kepada saya...
Buat kajian dahulu terutama untuk perkara yang tidak pernah berlaku pada diri sendiri. Apapun perancangannya, jangan membuat andaian. Terlebih maklumat lebih baik daripada tiada maklumat atau kekurangan maklumat.
Prepare for the worst!
Kita layan gambar anak-anak sebelum dan sebaik sahaja selepas berkhatan.
Dan semasa ditinggalkan di kampung, Chewable Vitamin C ditinggalkan untuk mereka berdua. Boleh menggantikan gula-gula.
Tempah Chewable Vitamin C sekarang. Hubungi,
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall
http://emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978
syukurlah anak anak sis emalin dah sihat sepenuhnya. Setuju terlebih maklumat lagi baik dari tiada maklumat :)
ReplyDeleteAlhamdulillah dah ok skng. Ke mana pun kena Ada info. Huhu
Deletemacma pelik je alat2 moden nie...senang cara lama juga..lagi cepat sembuh..sakit cuma sekali je..hehehehe
ReplyDeleteTu lah. Kata orang lagi elok clamp tapi sakit 2 kali.huhu
Deletesatu pengalaman yang menyeronokkan
ReplyDeletelucu je tengok budak2 berjalan sambil pegang kain
haha
Masa ni la nak tengok Pakai kain. Dah sembuh tak da nya nak Pakai kain.
Deleteitulah, menyesal pulak tak khatankan masa dalam pantang dulu, sekarang bila baca pasal ni tetap rasa ngeri untuk anak sendiri..
ReplyDeleteItulah kan? Kalau ada anak lelaki memang nak khatan kan waktu pantang.
Deletejahit lebih bagus,,tapi clamp menghasilan rupa lebih kemas..
ReplyDeleteSakit 2 kali clamp ni..
Deletepengalaman untuk anak-anak kan.
ReplyDeleteUntuk ibunya juga ..huhu
Delete