Bahaya Minum Air Vending Machine

11:32 pm Emalin Mohd 1 Comments

Penemuan yang dilaporkan daripada suratkhabar The Star pada 19 Ogos 2014 amat mengejutkan. Rupa-rupanya air daripada mesin layan diri atau vending machines tersebut kotor. Malahan berbahaya untuk kesihatan.



Sumber air tersebut rupa-rupanya tercemar sama seperti sumber air yang tidak dirawat. 

Sepatutnya dalam air untuk diminum tidak sepatutnya ada bakteria seperti E. Coli tersebut.

Hasil kajian juga mendapati tiada kesan florida dalam air tersebut. Florida ini berfungsi untuk membunuh bakteria tersebut. 

Dan lazimnya, kita percaya pada vending machines tersebut. Air yang dibeli tadi dengan harga semurah 20 sen sahaja terus diminum tanpa dimasak atau ditapis lagi.


Bakteria dalam air tercemar tadi seperti E Coli boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan seperti cirit-birit, kekejangan dan masalah perut yang lain.


Nak guna air terus daripada paip di rumah? Paip air di rumah pun kadangkala memberikan Warna air yang nampak tidak sesuai untuk diminum. Nak tak nak perlu juga sumber air yang telah ditapis. Tapi, berapa pula harga filter air?


Seronok tak kalau dengan menggunakan jag macam gambar di atas tu boleh menukarkan air daripada warna seakan kekuning-kuningan kepada warna yang jernih?

Harga pula takdalah sampai mencecah 4 angka. Tak sampai pun setengah daripada 4 angka. Dan tambah baik lagi dengan saiz macam tu boleh dibawa ke mana sahaja. 


Get Clean Water Pitcher Ada 4 keistimewaan utama:

1) Selamat
Diiktiraf oleh Water Quality Association dan mampu mengurangkan plumbum dan bendasing lain yang terdapat di dalam air.

2) Handal
Menghasilkan 303 liter air daripada setiap turasan iaitu 2 kali ganda lebih baik daripada Jenama lain.

3) Mesra Alam
Menggunakan blok karbon isian semula dan penurasnya daripada tempurung kelapa. 

4) Pilihan Bijak
Tak perlu dah beli air di vending machines yang kurang Selamat dan lebih jimat daripada membeli air Botol dari pasar raya. Dan penurasnya mempunyai indicator bila perlu ditukar. Jadi lebih baik dan jimat untuk seisi keluarga.

Teruja untuk terus membeli? Hanya klik link di bawah dan dapat terus 3 refill dengan harga RM460 sahaja.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=8a3e0404c419498a8636cf91c55edbe3



Untuk Konsultasi percuma atau pertanyaan lain, hubungi:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Penemuan yang dilaporkan daripada suratkhabar The Star pada 19 Ogos 2014 amat mengejutkan. Rupa-rupanya air daripada mesin layan diri atau v...

1 comments:

Mengawal Gula Dalam Darah Dengan Vivix

9:19 pm Emalin Mohd 0 Comments

Kencing manis atau diabetis, jika dah ada penyakit tersebut pasti ada yang berkata selama-lamanya akan ada. Ada yang siap kata kencing manis ni tiada penawar dan perlu bergantung kepada ubat seumur hidup.

Penghidap kencing manis juga mudah mendapat jangkitan dan sukar pulak untuk sembuh. Sampaikan kalau stress sikit pun bacaan gula dalam darah boleh naik.

Ada ke harapan untuk mengurangkan bacaan gula dalam darah ini?

Dan ini cerita Kak Sha, rakan saya yang ibunya adalah penghidap kencing manis atau diabetis..



Bacaan gula dalam darah ibu Kak Sha sebelum ini 8 atau 9. Dan dapat menurunkan dan stabil selama 3 bulan pada bacaan 6.5 adalah satu pencapaian  yang menggembirakan seluruh keluarga. 

Adakah Vivix boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dan menjadikan bacaannya normal? Persoalan ini tidak menidakkan kemampuan perubatan moden namun sebagai supplement kepada ubat. Dan ibu Kak Sha tidak langsung menghentikan atau mengurangkan sukatan ubat yang diberikan doktor setelah mengambil Vivix. Supplement ini tidak akan mengambil alih peranan doktor dan ubat doktor namun ia berjalan seiring dan ibu Kak Sha memang mengutamakan nasihat doktor.

Vivix Shaklee menggunakan ramuan semulajadi dan berdasarkan kajian klinikal ia berjaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang membantu dalam melambatkan penuaan pada tahap selular.


Manfaat lain Vivix Shaklee:



Ingin terus membeli? 
Klik link di bawah:
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9e984c108157cea74c894b5cf34efc44

Untuk Konsultasi percuma:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


Kencing manis atau diabetis, jika dah ada penyakit tersebut pasti ada yang berkata selama-lamanya akan ada. Ada yang siap kata kencing mani...

0 comments:

Kelebihan Vitamin B Complex Shaklee

7:52 am Emalin Mohd 2 Comments

Vitamin B Complex Shaklee ini rupanya banyak kelebihan. Setelah lama mengamalkan Vitamin B Complex, pada satu masa tu saya cuba berhenti makan. Saja buat ujikaji pada diri sendiri. 



Dan tanpa disangka migrain kembali melanda apabila pengambilan Vitamin B Complex dihentikan. Pantang mengadap komputer dalam tempoh lama sikit, petang atau malam tu mesti migrain datang. Dalam seminggu sampai 2 hingga 3 kali serangan migrain.

Penat badan pula rasa tak terbawa sedangkan  sebelum ini aktiviti sama juga dilakukan termasuk latihan futsal.

Apa sebenarnya kandungan Vitamin B Complex Shaklee? Bagaimana vitamin B Complex ini boleh mengurangkan serangan migrain dan mengurangkan rasa penat? Ada steroid ke?

Untuk mendapatkan vitamin B Complex ia mesti mengandungi kesemua 8 adik-beradik Vitamin B iaitu:

1) Vitamin B1 - Thiamin
2) Vitamin B2 - Riboflavin
3) Vitamin B3 - Niacin
4) Vitamin B6
5) Asid folik (200mcg)
6) Vitamin B12
7) Biotin
8) Pantothenic Acid

Dan kesemua adik-beradik ini ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee!

Vitamin B1, B2, B3, B6, Biotin & Panthothenic Acid berfungsi untuk membantu badan dalam proses metabolisme protein, karbohidrat & lemak menjadi tenaga. Kerana itulah, badan akan kurang rasa penat. Kita telah dibekalkan tenaga daripada pemakanan. Kiranya ia mengoptimumkan penukaran tenaga daripada pemakanan yang kita ambil seharian. Namun perlu diingatkan akibat proses metabolisme ini, badan akan mengeluarkan haba. Jadi, eloklah mengambil air secukupnya agar tidak terasa terlalu panas atau dahaga.

Badan juga menjadi bertenaga kerana asid folik & B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah sekaligus meransang peredaran darah yang baik.

Peredaran darah yang baik inilah yang dapat membantu merawat atau mencegah migrain atau sakit kepala.

Selain itu, Vitamin B Complex juga mempunyai manfaat seperti:

1) Mengatasi tekanan dengan mengekalkan kesihatan fungsi saraf sekaligus membantu masalah kemurungan peringkat awal dan imsomnia.

2) Membantu tumbesaran dan mengelakkan kecacatan tulang iaitu spina bifida untuk bayi dalam kandungan.

3) Mengekalkan kesihatan kulit kepala seperti masalah uban, kelemumur, rambut gugur & masalah kulit kepala yang lain.

4) Meningkatkan kualiti penglihatan dengan mengurangkan masalah keletihan mata serta mencegah katarak.

5) Mempunyai kesan penenang dan sekaligus membantu mereka yang mengalami masalah senggugut, penghadaman dan sakit kepala serta lain-lain.

6) Mencegah masalah mulut seperti mouth chilitis, glossitis dan nafas berbau.

Sangat untung kalau mengamalkan Vitamin B Complex terutama wanita yang tidak cukup rehat namun ingin kekal cergas serta cerdas.

Kekurangan vitamin B juga memberikan kesan buruk kepada badan sehingga boleh mengalami masalah psikiatri.

fungsi vitamin B
Sumber: Google

1 botol vitamin B Complex ini boleh tahan sehingga 4 bulan dan harga sebotol vitamin B Complex Shaklee hanya RM53.75 iaitu hanya 0.448 sen sebiji. 





Untuk konsultasi percuma:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Vitamin B Complex Shaklee ini rupanya banyak kelebihan. Setelah lama mengamalkan Vitamin B Complex, pada satu masa tu saya cuba berhenti ma...

2 comments:

Panduan Asas Jumlah Makanan

3:00 pm Emalin Mohd 0 Comments

Tahu tak nak kira berapa jumlah makanan yang patut kita ambil setiap kali sajian? Jika disebut piramid makanan, semua orang tahu. Memang itu yang lazim diwar-warkan sedari sekolah lagi. Tapi apa maksud bila dalam piramid makanan tu kata sajian?

Jika melalui bacaan pula, siap ada kira kalori dan berat makanan. Takkan makanan sudah terhidang atas meja kita ni nak membuat sukatan pula.

Jadi, sedikit panduan untuk kita semua dalam merancang jumlah makanan yang perlu diambil dengan mudah dan menggunakan tool yang sentiasa ada dengan kita. Tapak tangan!

2 genggam penuh = sayur-sayuran mentah seperti ulam.

Sayur sudah dimasak?
1 genggam penuh = sayur yang sudah dimasak

1 genggam penuh = karbohidrat seperti nasi dan roti. Lebih baik lagi jika menggunakan beras perang dan roti wholemeal.

1 saiz tapak tangan = protein seperti ayam, daging & ikan

1 genggam penuh = buah-buahan

1 ibu jari = minyak yang digunakan dalam masakan. Untuk lebih sihat, pilih makan yang dikukus, grill atau panggang.

panduan asas mengira jumlah makanan


Jom amalkan pemakanan yang sihat !

Pesanan ikhlas daripada:
Marlinny Mohamad SID #968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

Tahu tak nak kira berapa jumlah makanan yang patut kita ambil setiap kali sajian? Jika disebut piramid makanan, semua orang tahu. Memang it...

0 comments:

11 Petua Menghilangkan Sakit Tekak

4:43 pm Emalin Mohd 0 Comments


Sakit tekak.. Walaupun tak serius seperti penyakit lain tapi kehadirannya memang tak diundang. Tambahan pula waktu tidur antara yang terjejas akibat perut tekak. 

Sakit tekak selalu menyerang di kala cuaca tidak menentu terutama semasa panas terik. Dan juga kala waktu makan tidak terjaga seperti hari raya. Dengan pelbagai jenis makanan dan pelbagai jenis air terutama yang manis dan berais. Dan padahnya menjelang malam ramai yang mengadu sakit tekak.

Jika sudah ada tanda sakit tekak, antara petua yang boleh dicuba ialah:

1) Minum air kosong terutama air bertapis secukupnya iaitu 2-3 liter sehari.

2) Makan Vitamin C dan jika anda  ada vitamin C Shaklee, boleh ambil 2 tab sebelum tidur. Insyaallah jika di hari-hari awal sakit tekak boleh hilang keesokan harinya. Sebab tu perlu standby vitamin C ni.

vitamin c shaklee

3) Dapatkan ubat kumur di pasaran dan boleh kumur hingga terasa di anak tekak.

4) Berkumur dengan air suam dicampur garam juga boleh melegakan tekak yang perit.

5) Boleh juga berkumur dengan air yang  dicampur dengan serbuk cayenne. Yang ni admin tak pernah cuba. 


6 )  Cuka epal juga boleh digunakan sebagai ubat kumur.

7) Boleh minum teh herba seperti teh hijau, teh lemon atau teh chamomile untuk rasa lega. 

8) Campuran madu, lemon dan air halia juga antara yang popular digunakan untuk meredakan sakit tekak. Mudah caranya. Campurkan satu sudu teh madu, 1 sudu teh lemon dan satu sudu teh air halia. Selain untuk meredakan sakit tekak, ia juga dapat mengeluarkan kahak. 

9) Susu kayu manis juga dapat meredakan sakit tekak. Cara untuk membuatnya dengan mencampur 250ml susu, 1/8 sudu teh Serbuk penaik, 1 sudu makan gula pasir, 1 sudu teh madu dan setengah sudu teh Kayu manis.

Pada masa yang sama

10) Elakkan makanan manis dan masin 
11) Elakkan minuman sejuk
Kerana ia menyebabkan tekak terasa semakin gatal.

Untuk yang berminat membeli Vitamin C:



Atau hubungi:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Sakit tekak.. Walaupun tak serius seperti penyakit lain tapi kehadirannya memang tak diundang. Tambahan pula waktu tidur antara yang terj...

0 comments:

GLA Shaklee vs EPO: Yang Mana Lebih Baik

7:49 am Emalin Mohd 2 Comments

Yang mana lebih baik? Amalkan EPO atau GLA Complex Shaklee?

Kalau sebut EPO, memang dah ramai yang tahu tentangnya. Rasanya apabila wanita menginjak saja zaman remaja, EPO menjadi supplement wajib.

Jadi apa kaitan dengan GLA Complex Shaklee?

EPO dan GLA Shaklee diambil kerana kedua-duanya mengandungi gamma linoleic acid (GLA). 

Khasiat yang terkandung pada gamma linoleic acid yang menyebabkan EPO menjadi popular. Dan lazim  gamma linoleic acid di pasaran menggunakan bunga Evening Primrose.

Namun berdasarkan kajian, yang sebenarnya gamma linoleic acid sebenarnya banyak terkandung dalam biji bunga borage iaitu antara 17% hingga 25% diikuti daripada blackcurrant antara 15%-20% dan akhir sekali baru daripada bunga Evening Primrose.

Dan istimewanya lagi kalau menggunakan GLA daripada biji borage, ia 3 kali lebih berkesan daripada bunga Primrose dan secara bioavalaibiliti (kadar penyerapan) juga 3 kali lebih tinggi daripada bunga Primrose. Tambahan pula untuk menghasilkan GLA Shaklee ia ditanam secara organik untuk mendapatkan hasil terbaik.

Kalau GLA di pasaran menggunakan nama EPO sempena nama bunga, kenapa Shaklee tak guna je nama Borage Seed Oil (BSO)? 


epo vs gla

Sebab apa tau? Sebab GLA Complex Shaklee ini diadun daripada bahan yang kompleks bukan sekadar dari biji bunga borage tadi. 

Dalam GLA Complex Shaklee ada:

▶️ GLA yang fungsi utamanya membantu membaiki sistem badan seperti aliran darah yang lancar & menstabilkan hormon 
▶️ Vitamin E yang membantu melindungi  dinding arteri dan menyokong sistem imun badan serta juga dikenali sebagai vitamin cinta (meningkatkan kesuburan) dan vitamin cantik (kecantikan kulit).
▶️ Biji bunga matahari untuk sumber Omega 6

Inilah menjadikan GLA Complex Shaklee sangat istimewa. Jadinya, nak pilih EPO ke GLA Complex Shaklee selepas ini?

Tepuk dada tanya selera..

Kalau nak terus beli GLA Complex Shaklee, Klik sahaja kat bawah ini ye:



Atau boleh juga hubungi:

Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978

Yang mana lebih baik? Amalkan EPO atau GLA Complex Shaklee? Kalau sebut EPO, memang dah ramai yang tahu tentangnya. Rasanya apabila ...

2 comments:

Atasi Masalah Sembelit Anak Dengan Meal Shakes

7:47 am Emalin Mohd 0 Comments

Hari ni terbaca satu entry kat FB. Ada seorang anak kecil tu dicadangkan doktor untuk buat pembedahan sebab sembelit teruk sangat. Tengok video kanak-kanak tu sedih sangat. Siap menangis dan pusing sana sini badannya nak buang air besar. Mungkin dah tahap kronik agaknya.

Semoga kanak-kanak tadi dipermudahkan jalan. Amin...

Sembelit pada kanak-kanak ni selalu juga dengar terutama yang bagi formula milk (FM). Mungkin tak cukup serat dalam FM tu agaknya. Lepas tu bila nak tukar FM lain masalah lain pulak timbul. Tak serasilah anak muntahlah. Hmm...patah balik guna FM lama tu tapi sembelit pula anak ya. Breastfeeding juga terbaik kan.

Tapi, ada juga dah berjaya atasi masalah sembelit anak tanpa tukar susu. Siap buat try and error lagi. Betul ke sembelit tu hilang sebab tambahan pemakanan pada anak?


Bukan setakat isteri, suami pun perasan anak sembelit balik sebab tak bagi pemakanan tambahan tu pada anak.

Meal Shakes rupanya yang membantu ibubapa tadi mengatasi masalah sembelit pada anak. Meal Shakes ini mengandungi 19 vitamin utama, protein,serat dan mineral serta kalsium. Sebab kaya dengan serat, Meal Shakes membantu melawaskan pembuangan air besar dan mengatasi masalah sembelit. 

Selain itu, Meal Shakes juga boleh:

  • Memberikan tenaga
  • Menguatkan sistem imun untuk melindungi daripada penyakit atau untuk mempercepatkan proses penyembuhan
  • Menambah selera makan kerana mengandungi Asid Folik, Biotin, Kalsium dan Magnesium 
  • Membantu membina tulang dan sel-sel dalam proses tumbesaran sihat
  • Membentuk sel darah merah sekaligus mencegah kulit kusam kerana mengandungi Vitamin B Kompleks, Zat Besi dan Kuprum
  • Kaya dengan protein yang membantu dalam pembentukan kulit, kuku, rambut dan tisu tubuh.

Meal Shakes ini bukan sekadar untuk kanak-kanak malah boleh dikongsi seisi keluarga.

Ia juga mengandungi lecithin soya yang bertindak dengan vitamin larut lemak. Jadi, warga emas yang susah telan pil boleh memilih Meal Shakes ini untuk dijadikan minuman harian. 

Cara hidangan ikut selera masing-masing tapi jangan bancuh dengan air panas. Kalau buat Shakes lagi sedap dan menyelerakan. Rasanya seperti Vanilla.


Untuk yang ingin terus membuat tempahan, sila klik:



Atau hubungi:
Marlinny bt Mohamad SID # 968112
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall 
www.emalinmohd.blogspot.com
Call / SMS / Whatsapp : 0192500978


Hari ni terbaca satu entry kat FB. Ada seorang anak kecil tu dicadangkan doktor untuk buat pembedahan sebab sembelit teruk sangat. Tengok v...

0 comments:

5 Tanda Awal Badan Sakit

11:39 pm Emalin Mohd 0 Comments

Badan kita ni sebenarnya istimewa kan? Apabila ada masalah, badan akan menghantar signal awal tanda sakit. Tapi, kita ni terutama golongan ibu tidak mempunyai masa untuk memikirkan tanda-tanda awal sakit. Amat bahaya jika penyakit tersebut tidak dikesan di peringkat awal. Namun, apa-apa pun mencegah lebih baik daripada mengubati.



▶️ Gejala serangan jantung
- Rasa tidak selesa pada dada
- Sakit pada lengan, rahanf atau leher
- Peluh dingin
- Rasa lemah mendadak
- Mual
- Muntah
- Sesak nafas 

▶️ Gejala strok
- Lumpuh pada lengan atau kaki
- Kesemutan
- Kebas
- Bingung
- Double vision
- Percakapan tidak jelas dan sukar untuk memilih perkataan

▶️ Salur darah tersumbat pada bahagian kaki
- Rasa lemah dan sakit pada bahagian bawah kaki
- Nyeri dada
- Sesak nafas
- Batuk berdarah

▶️ Jangkitan prostat, ginjal atau saluran kencing
- Kencing berdarah tapi tidak sakit

▶️ Kemurungan
- Berfikir untuk membunuh diri 

Sumber: iSihat

Jika anda mengalami gejala di atas pastikan mendapat rawatan doktor. Rawatan awal mungkin menyelamatkan nyawa anda.



Badan kita ni sebenarnya istimewa kan? Apabila ada masalah, badan akan menghantar signal awal tanda sakit. Tapi, kita ni terutama golongan i...

0 comments:

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

6:59 pm Emalin Mohd 2 Comments

Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia!
Happy breastfeeding weeks!
Setiap tahun pada minggu pertama Ogos sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu diadakan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan bagi memberi kesedaran betapa pentingnya susu ibu untuk bayi.

Tahun ini temanya Breastfeeding: A Winning Goal For Life.


Wah...for life tu...bukan jangka masa pendek maksudnya. Mendalam sangat maksud tu.

Apa maksudnya untuk anda?

Dan tahun ini tahun ke 8, penyusuan susu ibu untuk anak-anakku. Tanpa disedari, rupa-rupanya saya dah menyusukan anak bermula tahun 2006 tanpa henti.  

Mudah? Pasti tidak namun tidak mustahil. 

Ia perlukan gabungan 3 perkara utama iaitu:
▶️ Ilmu
▶️ Kemahiran
▶️ Sikap

Kalau dalam teori HRD pun 3 Perkara ini sangat penting dalam pembangunan modal insan.

Ilmu perlu dicari, digali sebanyak-banyaknya. Sekarang lagi mudah. Dengan hanya menggunakan jari, ilmu boleh diperolehi. Nak dalam bahasa Melayu ada. Bahasa omputih lagilah banyak. Nak yang dalam bentuk saintifik hasil kajian banyak. Nak baca pengalaman orang pun banyak. Terpulang nak pilih yang mana. 

Kemahiran boleh diasah sedari mengandung lagi. Bagaimana ? Pernah pergi ke Klinik Kesihatan kan? Jururawat mengajar menggunakan anak patung. Cara pegang bayi, kedudukan badan ibu dan bayi boleh dipelajari tika ini. 

Apa-apa pun berbalik pada Sikap kita. Jika kita jenis yang DEGIL dalam erti kata lain apa pun cabaran yang dihadapi sanggup direnangi, Insyaallah kita berjaya  menyusukan anak kita sehingga 2 tahun. 

Jadi, ibu di luar sana....
Happy Breastfeeding ...

Lots of love ❤️❤️ from Emalin

Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia! Happy breastfeeding weeks! Setiap tahun pada minggu pertama Ogos sambutan Minggu Penyus...

2 comments: