Apa itu ASTHMA atau LELAH?

4:00 pm Emalin Mohd 2 Comments


APA ITU ASTHMA?

Penyakit Asthma atau Lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asthma atau lelah, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.


BAGAIMANA ASTHMA TERJADI?

Asthma terjadi apabila laluan pernafasan pada peparu (bronchial tubes) membengkak dan terjerut. Otot-otot pada laluan pernafasan menegang dan menghasilkan lebihan lendir atau lebih di kenali sebagai hingus(mucous) yang boleh menghalang laluan pernafasan anda. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.







TANDA-TANDA SERANGAN ASTHMA

1. Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.

2. Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar ‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.

3. Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.

4. Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas.




APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?

Sekiranya ada tanda-tanda seperti di atas berlaku pada anda atau anak anda, anda PERLU mengambil tindakan berikut:

1. Segera berjumpa doktor untuk mendiagnosis penyakit dengan terperinci.

2. Jika disahkan menghidap asthma, pastikan tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh mendatangkan serangan asthma kepada mereka seperti makanan, habuk dan bulu haiwan.

3. Bawalah inhaler ke mana sahaja dan pastikan orang yang berhampiran dengan kita  tahu di mana inhaler tersebut dan sekiranya anak-anak mempunyai asthma pastikan penjaga mahupun guru sekolah / taska tahu cara mengendalikan inhaler tersebut sekiranya serangan terjadi.

4.  Jangan hadkan penglibatan dalam sukan kerana asthma. Gaya hidup yang sihat dan aktif membantu meningkatkan daya tahan melawan penyakit.

5. Makanlah suppliment yang boleh menguatkan paru-paru serta yang meningkatkan antibodi seperti Omega 3 dan Vitamin C.


Perlukan Omega 3 dan Vitamin C untuk anda atau anak anda?
Hubungi Pn Emalin di 019-2500978 
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

APA ITU ASTHMA? Penyakit  Asthma  atau  Lelah  merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ...

2 comments:

Khasiat Vitamin C

4:00 pm Emalin Mohd 0 Comments

KENAPA PERLU AMBIL SUPPLEMENT VITAMIN C?




Tahukah anda bahawa semakin lama sayur dan buah dituai semakin sikit kandungan vitaminnya? Agak-agak kita yang duduk jauh dari ladang sayur dan buah ini berapa lama sayur dan buah tersebut dituai baru sampai di tangan kita? Sehari? 2 hari? Atau seminggu? Sebulan? Bagaimana pula dengan cara masakan kita? Vitamin C adalah vitamin yang larut air jadinya sangat mudah musnah jika dimasak dengan cara yang tidak betul seperti dalam keadaan suhu yang tinggi. Cara masak yang terbaik ialah dengan stim atau dimakan mentah sebagai ulam. Tapi, dengan makan supplement sahaja tanpa makan buah atau sayur sebenar pun kurang juga faedahnya. Yang terbaik ialah dengan makan sayur dan buah sebenar serta supplement Vitamin C agar dapat khasiat optimum.


Vitamin C tidak disimpan di dalam badan dan jumlah vitamin C yang berlebihan akan dikumuhkan. Dengan itu, kita hendaklah memastikan badan memperolehi Vitamin C yang mencukupi melalui diet dan juga supplement.



APA ITU VITAMIN C?


Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik diperlukan bagi pertumbuhan, pembangunan dan pembaikan semua tisu badan. 

Vitamin C juga antioksidan yang boleh melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh molekul berbahaya yang dipanggil radikal bebas dan juga bahan kimia toksik dan bahan cemar seperti asap rokok. Lihat sekeliling kita. Walaupun kita tidak merokok secara langsung namun kita lazim menjadi perokok pasif iaitu menghidu asap rokok yang dihisap oleh orang sekeliling kita. Radikal bebas menyumbang kepada punca masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung dan artritis.


KESAN KEKURANGAN VITAMIN C

  • Pucat
  • Mudah lebam
  • Pendarahan seperti semasa menggosok gigi
  • Gigi longgar
  • Skurvi


MANFAAT VITAMIN C

  • Pembentukan kolagen agar kulit lebih anjal
  • Penyerapan zat besi
  • Meningkatkan sistem imun terutama yang mengalami stress
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Memastikan tulang rawan, tulang dan gigi dalam keadaan baik
  • Bayi dalam kandungan berada dalam keadaan yang sihat
  • Mengurangkan kedutan kulit dan kulit kering
  • Kesihatan mata
  • Orang yang berada dalam tekanan amat bagus sekali mengambil Vitamin C kerana tekanan akan menyebabkan sistem imun badan menjadi lemah
  • Mengelakkan komplikasi akibat selsema seperti radang paru-paru
  • Untuk mengelakkan strok. Kajian daripada American Journal of Clinical Nutrition mendapati kandungan vitamin C yang tinggi dalam darah mengurangkan risiko sebanyak 42% berbanding dengan orang yang mempunyai kandugan Vitamin C yang rendah
  • Membantu dalam menyembuhkan batuk



JUMLAH DOS VITAMIN C

500mg supplement Vitamin C bersama-sama 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dengan maksimum 2000mg sehari.



SENARAI MAKANAN DAN JUMLAH KANDUNGAN VITAMIN C SETIAP HIDANGAN

Tembikai , 1 cawan (8 auns) : 59mg

Jus oren, 1 cawan: 97mg

Brokoli , dimasak , 1 cawan: 74mg

Kubis merah , 1/2 cawan: 40mg

Lada hijau , 1/2 cawan, 60mg

Lada merah , 1/2 cawan, 95mg

Kiwi, 1 sederhana : 70mg

Jus tomato, 1 cawan: 45mg .

Jika dilihat dari senarai makanan tersebut, kita perlu makan sekurang-kurangya 5 cawan jus oren (pastinya buah oren yang segar) untuk mendapatkan lebih kurang 500mg Vitamin C sehari. Larat tak nak minum 5 cawan jus oren sehari?

Sumber: Sini

Ingin mendapatkan Supplement Vitamin C?

Hubungi Pn Emalin di 0192500978 atau
PM: www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

KENAPA PERLU AMBIL SUPPLEMENT VITAMIN C? Tahukah anda bahawa semakin lama sayur dan buah dituai semakin sikit kandungan vitamin...

0 comments:

Bengkak Susu

4:00 pm Emalin Mohd 0 Comments



Pernah alami tak bengkak susu? Memang sangat sakit sampai terDEMAM. Ketika bengkak susu, 'breast' terkena baju pun rasa sakit. Ketika bengkak susu, pam menggunakan pam paling mahal dan canggih pun tak dapat nak mengeluarkan susu. Jika dapat keluarkan pun, sedikit saja dan tak reda pun bengkak susu.




Ketika bengkak susu, 'breast' kelihatan sangat penuh, hangat, bengkak dan merah. Anda sendiri pun akan terkejut melihat 'breast' sendiri.

Antara tips untuk Ibu ketika menghadapi bengkak susu:


1. Rehat secukupnya. Abaikan dahulu tugasan di rumah dan minta ahli keluarga untuk melayan anak-anak yang lebih besar.


2. Letak tuala basah (panas) pada payudara. Wap panas lazim lebih efektif daripada wap sejuk.


3. Urut sekitar payudara. Boleh juga menggunakan sikat.


4. Pastikan saiz coli yang betul dan elakkan menggunakan coli berdawai. Pakaian juga hendaklah longgar dan ketika ini memakai coli tidak melegakan rasa sakit malah lebih menyakitkan.


5. Susukan bayi sekerap yang boleh dengan menyua 'breast' yang kurang bengkak terlebih dahulu. Jika abang atau kakak masih menyusu, minta bantuan abang dan kakak untuk menyusu terlebih dahulu. Ini disebabkan hisapan abang dan kakak kepada bayi adalah lebih kuat daripada bayi dan boleh menyelesaikan masalah saluran tersumbat tadi. Jika bayi adalah anak sulung, apa kata minta bantuan SUAMI untuk 'clear'kan saluran tersumbat. Minta bantuan pada SUAMI untuk 'suck breast' sehingga saluran tersumbat tadi terbuka. (Amaran: Sangat sakit ya jika dilakukan namun setelah saluran tersumbat terbuka memang LEGA.)


Penyusuan kerap selang 2-3 jam sekali amat penting agar Bengkak Susu tidak berulang lagi. Selain itu, pastikan juga bayi mengosongkan breast sebelum berpindah ke breast sebelah. Selain daripada mengelakkan bengkak susu, ia juga dapat memastikan bayi mendapat khasiat kedua-dua foremilk dan hindmilk.


Jika segala ikhtiar telah dilakukan namun bengkak susu masih tidak hilang berjumpalah dengan Doktor dan pastikan Ibu memaklumkan bahawa Ibu ingin menyusukan Bayi secara eksklusif dan ubat yang diberikan tidak memberikan kesan kepada penghasilan susu ibu. Boleh juga menghubungi Pakar Laktasi untuk mendapatkan nasihat dan bantuan.


Jangan jadikan bengkak susu sebagai penghalang untuk berjaya menyusukan bayi secara eksklusif!



Pernah alami tak bengkak susu? Memang sangat sakit sampai terDEMAM. Ketika bengkak susu, 'breast' terkena baju pun rasa sakit...

0 comments:

Set Bersalin Shaklee

4:00 pm Emalin Mohd 0 Comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera






Tahniah atas kelahiran 'little caliph' di dunia ini. Semasa hamil lagi, pasti antara persediaan yang dilakukan oleh Ibu ialah mencari Set Bersalin atau Berpantang. Ada pelbagai jenis dan citarasa untuk Ibu.

Untuk Ibu yang berazam menyusukan bayi secara eksklusif, perlu diingatkan untuk mencari Set Bersalin atau Berpantang yang tidak akan memberi kesan kepada Susu Ibu dan juga Bayi.

Bukan menidakkan kebaikan jamu namun kandungan jamu adalah kompleks bagi bayi dan bagi Ibu yang menyusukan Bayi dikhuatiri kandungan kompleks tersebut mengalir ke dalam susu. Ketidakupayaan sistem badan Bayi memproses ramuan kompleks tadi boleh menyebabkan Jaundice.

Namun, untuk Set Berpantang Luaran Tradisional memang saya sangat sokong seperti Pilis, Tepel & Bengkung. Bukan apa, ini adalah set untuk memanjakan diri seperti layanan di Spa cuma selepas bersalin kita lakukan sendiri di rumah dengan bantuan ahli keluarga. Badan rasa lebih segar & wangi. Oh, tak lupa berurut. Yelah, Ibu dah berhempas pula menahan kesakitan melahirkan anak dan bak kata orang tua banyak urat putus semasa meneran. Dengan urutan, badan rasa dibelai manja.

Itu untuk luaran. Jadi untuk dalaman bagaimana pula ya? Apa kata ibu makan vitamin? Tak percaya pada vitamin kerana ada yang kata placebo effect? Tepuk dada, tanya selera. Tapi selepas bersalin di hospital kerajaan bukankan Ibu masih dibekalkan dengan beberapa vitamin yang sama semasa mengandung dan perlu diteruskan selepas bersalin? Nah, memang vitamin ada kesan baiknya bukan?

Set Bersalin atau Berpantang Shaklee antara vitamin yang boleh dijadikan pilihan Ibu untuk kesihatan dalaman. Ianya selamat, semulajadi dan tiada kesan sampingan kepada Ibu dan Bayi. Apa lagi faedahnya?
  • Mengembalikan tenaga ibu
  • Membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka dalaman mahupun luka pembedahan
  • Mengelak Ibu daripada sembelit
  • Membantu dalam Penyusuan Susu Ibu
APA YANG TERDAPAT DALAM SET BERSALIN SHAKLEE?

=================================================================

VITA-LEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON FORMULA
Multivitamin lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seharian. Dalam masa berpantang ini, kadang-kala kita tidak akan segala vitamin yang diperlukan tubuh kerana berpantang makan. Uniknya Vita-lea Shaklee ini diformulasi dengan iron yang sangat diperlukan tubuh selepas bersalin kerana ibu-ibu akan kehilangan darah yang banyak.

B-COMPLEX

Bertindak sebagai anti stress, mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.

VITAMIN C

Sangat penting untuk menyembuhkan luka, pembentukan kolagen dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan luka ketika bersalin.

ZINC COMPLEX

Membantu mempercepatkan penyembuhan luka terutama luka dalaman (rahim). Mengurangkan masalah keguguran rambut yang sinonim pada ibu-ibu selepas bersalin.

OSTEMATRIX


Ostematrix adalah sumber kalsium dan turut mengandungi magnesium & vitamin D. Pengambilan kalsium secukupnya juga dapat mengelakkan badan daripada menggunakan kalsium sedia ada serta mengelakkan osteoporosis. Faedah lain kalsium seperti yang dikatakan oleh Dr Zubaidi iaitu mengelakkan darah beku akibat kurang pergerakan Ibu dan mempercepatkan pengecutan rahim.


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Semasa berpantang, Ibu lazim akan mengalami 'hunger pangs' walaupun hanya sedikit terlewat mengambil makanan. ESP boleh membantu dalam memberikan rasa kenyang lebih lama.  Umum juga mengetahui protein adalah penting untuk pembinaan sel-sel baru dan boleh membantu membina sel-sel baru terutama Ibu yang baru bersalin. 

Bila boleh mula mengambil Supplement ini?

Supplemen ini boleh diambil seawal hari pertama kelahiran.

Antara testimoni yang telah berpuas hati dengan Set Berpantang Shaklee:






Video ini pula menceritakan tentang seorang ibu muda yang serik untuk beranak lagi akibat sewaktu berpantang mengalami masalah yang sangat teruk. Apa yang beliau lakukan? Saksikan ya...

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sebab Seksa Pantang. Apa Yang Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.


Hubungi Pn Emalin untuk Set Bersalin atau Berpantang anda.
019-2500978
www.facebook.com/messages/emalinmohdmall
www.emalinmohd.blogspot.com


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tahniah atas kelahiran 'little caliph' di dunia ini. Semasa hamil lagi, pasti antara ...

0 comments:

Balance Our Life

4:00 pm Emalin Mohd 0 Comments


Adakah kehidupan kita seimbang? Kerja, Keluarga, Kesihatan, Kawan & yang PALING PENTING & DIUTAMAKAN AGAMA..Berapa peratuskah pengisian yang diberikan untuk setiap aspek KEHIDUPAN?

Jangan biarkan hanya satu aspek mewarnai KEHIDUPAN...Pelangi itu cantik kerana ada 7 warna...


Adakah kehidupan kita seimbang? Kerja, Keluarga, Kesihatan, Kawan & yang PALING PENTING & DIUTAMAKAN AGAMA ..Berapa peratuskah pe...

0 comments:

Meroyan Selepas Bersalin

4:45 pm Emalin Mohd 0 Comments

 
 
Apakah meroyan?
 
Meroyan (juga dikenali dikalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression - PPD) merupakan satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadang kala lelaki, selepas melahirkan anak.
 
 
Tanda dan symptom meroyan
 
  • Rasa putus asa
  • Bersalah
  • Sentiasa letih
  • Muram
  • Sentiasa menangis
  • Sunyi
  • Gelisah
 
 
Walau bagaimanapun tanda dan symptom di atas lazim dialami oleh ibu yang baru bersalin namun perasaan tersebut akan hilang secara sendirinya setelah Ibu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan tanggungjawab baru. Jika Ibu mengalami tanda dan symptom di atas secara berterusan serta tidak rasa gembira apabila melihat Si Manja, mungkin Ibu mengalami Meroyan dan perlu mendapatkan bantuan dan rawatan bagi mengelakkan keadaan bertambah serius.
 
 
Rawatan untuk Ibu
 
 
Rehat Secukupnya 
 
Tidur jika ada peluang atau semasa bayi sedang tidur. Abaikan kerja rumah yang tidak akan pernah habis. Pelajari cara menyusukan bayi secara berbaring agar dapat menyusukan dengan lebih selesa.
 

Makan makanan yang sihat dan seimbang 
 
Pastikan nutrisi keperluan Ibu dipenuhi dengan pemakanan yang sihat dan makan mengikut jadual. Ini memastikan tahap gula dalam darah stabil bagi mengelakkan rasa letih. Ketika ini, Ibu juga harus sedar bahawa bayi bergantung kepada Ibu bagi mendapat bekalan makanan terbaik untuk Bayi - Susu Ibu. 
 
Senaman ringan 

Senaman amat membantu menghilangkan tekanan kepada Ibu. Buatlah senaman yang bersesuaian dan boleh dijalankan di rumah.

 

Sumber: Sini
 
 
Supplement Untuk Mengelakkan Meroyan
 
 
 
Kajian menunjukkan bahawa ibu yang makan makanan kaya dengan asid lemak Omega-3 semasa mengandung boleh mengurangkan risiko postpartum depression atau lebih dikenali sebagi meroyan.
 
Pusat Sains Kesihatan Texas Tech University pula menyatakan bahawa asid lemak omega-3 dengan gabungan ubat anti kemurungan boleh merawat keadaan ibu yang meroyan ini. Tambahan pula, asid lemak omega-3 adalah supplement yang selamat dan juga memberikan kebaikan kepada bayi.
 

Nak dapatkan omega-3 yang terkandung dalam Omega Guard seperti gambar di atas?

Hubungi saya untuk keterangan lanjut
Pn Emalin 019-2500978 (SMS / Call / Whatsapp)

www.facebook.com/messages/emalinmohdmall

    Apakah meroyan?   Meroyan (juga dikenali dikalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression - PPD ) merupakan satu bent...

0 comments:

Tips Untuk Kurus: Ibu Menyusukan Anak

5:51 am Emalin Mohd 0 Comments



Ibu adalah seorang yang amat sibuk dan lazim tiada masa untuk bersenam. Namun, dengan menyusukan anak kalori yang terbakar mampu menyamai senaman olahraga yang dilakukan.

Hebatnya dengan menyusukan anak, ibu mampu membakar kalori dengan berbaring bersama Si Manja!

Semakin lama Ibu menyusukan Si Manja, semakin banyak kalori yang terbakar. Jadi, Ibu mampu untuk langsing bergaya dengan hanya menyusukan anak.

Ibu adalah seorang yang amat sibuk dan lazim tiada masa untuk bersenam. Namun, dengan menyusukan anak kalori yang terbakar mampu meny...

0 comments:

Keperluan Vitamin Wanita Hamil dan Menyusukan Anak

4:52 pm Emalin Mohd 0 Comments

 

Jumlah nutrisi yang perlu untuk wanita. Agak-agak cukup tak jumlah nutrisi yang diambil setiap hari dengan gaya hidup yang semuanya nak cepat ini?
 
Jika rasa tidak mencukupi, tak salah ambil supplement untuk memastikan nutrisi tersebut dipenuhi. Mencegah lebih baik daripada merawat.
 
Kesihatan kita untuk kebaikan seluruh keluarga.
 
 


 

  Jumlah nutrisi yang perlu untuk wanita. Agak-agak cukup tak jumlah nutrisi yang diambil setiap hari dengan gaya hidup yang semuanya ...

0 comments:

Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat

4:00 pm Emalin Mohd 0 Comments


Semoga petikan artikel daripada JAKIM ini memberi manfaat kepada ibu angkat yang ingin menyusukan anak angkat.

==========================================================================

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut.

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.


Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.


Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.


Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:


a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;


b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan


c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.

Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.


Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.


Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.


Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.

=======================================================================================

Semoga petikan artikel daripada JAKIM  ini memberi manfaat kepada ibu angkat yang ingin menyusukan anak angkat. =======================...

0 comments:

Banjir di Pahang - Misi Bantuan Kemanusiaan WOC

5:10 am Emalin Mohd 0 Comments

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah telah selesai Konvoi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir yang telah kami sekeluarga ikuti. Semoga kerja amal ini dapat diterapkan dalam diri anak-anak dan sekaligus membantu meringankan beban bagi mereka yang memerlukan.


Seharusnya bantuan untuk bencana alam tidak melibatkan fahaman politik, jantina, agama, kaum dan sempadan geografi.


Bayangkan anak-anak kecil kelaparan ketiadaan makanan dan susu serta orang tua merekoft kesejukan dalam kedinginan banjir (sewaktu banjir, aircond tak perlu ya suhu tengah hari pun 23'C je pun). Tergamakkah kita membiarkan mereka ini dengan alasan , itu pusat pemindahan banjir tidak berdaftar atau itu bukan kawasan aku?



Jika kita manusia biasa yang masih ada akal, fikiran dan perasaan pastinya tidak tergamak membiarkan saudara kita mengalami keadaan seperti itu. Pastinya kita akan berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan bantuan kerana pastinya Negara Malaysia mempunyai pelbagai peralatan canggih untuk menyampaikan bantuan. 



Jalan terputus dinaiki air? Takkan sehingga hari kami berkonvoi jalan masih terputus? Untuk makluman, kami menggunakan LPT dan tiada jalan terputus. Team WOC dari Johor walaupun menempuh jalan putus sanggup mencari jalan yang dilalui demi menyampaikan bantuan.


Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Betul bukan?



Terima kasih kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang memberikan kepercayaan dalam memberi sumbangan melalui kami untuk disampaikan kepada yang memerlukan (Geng RISDA, SEMESTI, Shakleepreneur). Amanah rakan telah berjaya kami sampaikan. Alhamdulillah.


Gambar sekitar perjalanan konvoi...


Barang keperluan yang dibeli
WOC's Drivers
Ahli keluarga WOC bersama-sama menyertai program

Laluan WOC dari Johor - Kuantan
Sungai Pahang yang dipenuhi air pada 07.12.2013



































Gambar-gambar adalah daripada ahli-ahli WOC.

Segala perbelanjaan semasa konvoi adalah daripada duit ahli masing-masing dan tidak menggunakan sama sekali duit sumbangan untuk mangsa banjir.

Berikut catatan daripada tulisan Presiden Kelab WOC Malaysia untuk tatapan semua.

==========================================================================


"Syukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin Nya, kita warga WOC (Wish Owners Club , Malaysia) Berjaya dalam menyempurnakan satu lagi program amal iaitu Konvoi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir di Kuantan pada 7 – 9 Disember 2013 yang lalu.Konvoi Ini bertujuan menyampaikan sumbangan kemanusiaan yang berupa barangan keperluan dan makanan serta wang tunai kepada mangsa-mangsa banjir.
(Ini merupakan konvoi amal kedua di tahun ini selepas Konvoi Ziarah Ramadhan (KZR) pada Ogos 2013 yang lalu).

Konvoi dan misi kali ini disertai oleh 39 ahli WOC dengan kekuatan 39 unit kereta wish, ahli keluarga masing-masing serta muatan barang makanan dan keperluan di dalam kereta wish masing-masing. Ahli-ahli WOC yang menyertai misi kali ini adalah gabungan dari WOC wilayah selatan, WOC wilayah tengah dan N9 , dan juga WOC wilayah timur.

Selain barang-barang makanan dan keperluan yang disumbang oleh ahli keluarga WOC, barang kemanusiaan juga dikumpul dari sumbangan rakan taulan dan kenalan ahli-ahli WOC. Misi kali ni juga berjaya mengumpul wang tunai hasil sumbangan kilat dari warga WOC dan juga rakan taulan WOC. Dimulai dengan perlancaran konvoi dari WOC central (8.30am)dari Kuala Lumpur dan tiba di Indahpura Pekan Lake Resort (petang). Dan dalam masa yang sama (8.50am) pelancaran konvoi WOC Southern sejumlah 25 kereta wish dari Johor Bahru menuju ke Kuantan melalui Segamat dan Muadzam. Konvoi WOC Southern kemudiannya bergabung dengan beberapa ahli wish dari Segamat setibanya di bandar Segamat.

Lebih kurang pukul 2.40pm, Konvoi WOC Southern telah terkandas di Muadzam Shah kerana jalan yang bakal dilalui di pekan Nenasi ditenggelami air. Konvoi terpaksa berpatah balik dan melalui Keratong 4, Bahau dan Karak sebelum menggunakan lebuhraya LPT menuju ke Gambang dan seterusnya ke Indahpura Pekan Lake Resort. Konvoi WOC Southern selamat tiba di resort berkenaan pada 11.10 malam setelah melalui perjalanan yang meletihkan dan sejauh 680km serta selama 14 jam.

Terima kasih kepada ahli-ahli konvoi Central, N9 dan East Coast kerana sabar menanti ketibaan WOC Southern serta menguruskan hal-hal berkaitan logistic, penginapan serta penundaan serahan bantuan kemanusian ini ke hari berikutnya.

Hari Kedua, pada jam 1.30 petang (08 Disember 2013), barangan keperluan dan makanan yang di bawa oleh jentera-jentera hebat WOC telah berjaya diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Bukit Rangin, Kuantan.

Pada jam 6.00 petang (08 Disember 2013), barangan keperluan dan makanan juga berjaya diserahkan kepada mangsa di pusat pemilihan di Sekolah Rendah Pandan, Kuantan. Di sini pihak WOC juga bersetuju untuk menampung pembelian barangan basah dan barangan masakan untuk keperluan makanan harian di pusat ini yang akan dikendali dan diselia oleh beberapa wakil dari WOC wilayah timur.

Konvoi WOC Central, N9 dan Southern berangkat pulang ke destinasi masing-masing pada jam 7.30 malam.

Pada 09 Disember 2013, aktiviti amal ini diteruskan oleh pihak WOC wilayah timur dengan mengurus dan menyelia pembelian barang keperluan masakan harian bersama-sama dengan ketua atau wakil pusat pemindahan Sekolah Rendah Pandan Kuantan.

AJK WOC Pusat dengan besarhati dan bangganya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli WOC yang terlibat (WOC Southern, Central, N9 dan East Coast) atas kerjasama dan komitmen tinggi saudara-saudara dalam menjayakan misi kemanusiaan kali ini. Kekentalan, kekenyalan, ketabahan dan kesanggupan saudara-saudara serta ahli keluarga WOC yang menyertai misi dan konvoi ini dengan megharungi pelbagai kesukaran sepanjang perjalanan dan lain-lain yang berkaitan adalah amatlah dipuji dan semoga Allah membalasnya dengan balasan yang tidak terhingga akan pahala dan kebaikannya.

Kepada isteri dan anak-anak WOC yang menyertai misi dan konvoi ini, kesabaran saudari dan anak-anak dalam menyokong program suami dan ayah masing-masing merupakan satu nilai sokongan dan moral yang kami hargai dan jutaan terimakasih di ucapkan serta maaf dipohon jika ianya meletihkan dan memenatkan ibu-ibu dan anak-anak kelian.

Semoga program ini memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita dan keluarga bahawa di luar sana ada golongan yang memerlukan bantuan . Semoga ianya juga akan memberi impak dan makna kepada ahli keluarga kita dalam mendidik dan mendedahkan mereka untuk membantu meringankan beban masyarakat atau individu yang susah dan ditimpa bencana seperti ini dan lain-lainnya.

Sekian."

(Wak Kang)
YDP Wish Owners Club, Malaysia.
9 Disember 2013

========================================================================

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Alhamdulillah telah selesai Konvoi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir yang telah kami sekeluarga i...

0 comments: