Resepi Rendang Ayam

1:30 pm emalin mohd 4 Comments

Sebelum hilang resepi ni, masukkan siap-siap dalam buku resepi maya ni..



Resepi adalah daripada biras yang sudi senaraikan satu persatu mengikut sukatan untuk menghasilkan rendang ayam yang disukai penduduk rumah ini. :)

Resepi untuk setengah ekor ayam:
Bawang merah 8-10 biji
Bawang putih 4-6 biji
Halia muda 3inch
Serai 4 batang tapi guna 2 batang je
Cili kering 5-8 tangkai
Kunyit hidup 2inch
Lengkuas 2 inch (ketuk)
Kerisik 2 sudu besar
Santan setengah biji atau 250-300ml santan pekat
.
Cara masak saya:
Blend bawang merah, bawang putih & serai then tumis (A).

Then blend pula cili kering, kunyit dan lengkuas. (Apasal saya blend 2 kali? 😆😆. Kalau sekalikan boleh tak?). Tumis pula yang ni bila yang A dah garing.

Dah garing, masukkan ayam. Pastu pusing-pusing jap ayam tu baru masuk santan. Saya takda buat santan cair pekat. Tuang terus santan pekat yang beli kat kedai tu.

Kecilkan api then kemudian masukkan kerisik, garam.

Dah kering sikit, masukkan hirisan daun kunyit.

Ini pula ajaran mentor yang tak diikut. Better ikut cara ni next time. Hihi
1. Tumis bawang merah + putih
2. Baru masuk halia
3. Tumis cili
4. Dah kering sikit, masuk lengkuas
5. Masuk santan cair
6. Masuk ayam, biar empuk
7. Baru masuk santan pekat, dengan asam keping
8. Masukkan kerisik
9. Dah likat dan kering sikit baru masuk hirisan daun kunyit


Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Sebelum hilang resepi ni, masukkan siap-siap dalam buku resepi maya ni.. Resepi adalah daripada biras yang sudi senaraikan satu persat...

4 comments:

  1. Replies
    1. itu yang jadi masalahnya.
      Ayam tak crispy langsung :)

      Delete
  2. tak berani lagi nak buat sendiri rendang..takut tak jadi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah jadi. Tu yang masa buat first time, perlukan resepi dengan sukatan sekali

      Delete