Makanan Untuk Diet Supaya Cepat Kurus

4:13 pm Emalin Mohd 0 Comments

Orang kata kalau nak kurus makan ikan. Dan ikan yang selalu dijadikan contoh ialah ikan salmon. Cara masakan salmon (almaklumlah) makanan barat selalunya grill ditabur dengan lada hitam.


Kenapa agaknya Ikan Salmon sangat popular di dalam tips untuk menguruskan badan atau mengurangkan berat badan?

Ikan salmon sebenarnya mengandungi OMEGA 3. Namun bukan ikan salmon sahaja yang ada Omega 3. Sebenarnya ikan tenggiri (5134 mg per 100 gram) mengandungi kandungan Omega 3 yang lebih tinggi daripada salmon (2260 mg per 100 gram).  Selain itu, ikan sardin, tiram dan ikan bilis juga mengandungi Omega 3 yang tinggi. Bagi yang tidak mengamalkan ikan, kandungan Omega 3 juga terdapat di dalam flaxseed, chia seed dan juga kacang soya.

OMEGA 3 adalah sejenis lemak namun bukan lemak yang menggemukkan. Ia adalah sejenis lemak yang membantu untuk kurus atau mengurangkan berat badan.

 

Bagaimana sebenarnya Omega 3 ini mencairkan lemak di dalam badan kita atau menjadikan seseorang kurus ?

(1) Omega-3 meningkatkan sensitiviti insulin. Insulin yang kurang sensitif membuatkan badan sukar untuk membakar lemak.

(2) Omega-3 mengurangkan keradangan sekaligus membantu memecahkan lemak.

(3) Omega-3 membantu memulihkan kesakitan otot sekaligus menjadikan program senaman kita jadi lebih berkesan.

(4) Omega-3 menghalang perkembangan gen lipogenic yang bertanggungjawab mengumpul lemak dalam badan.

(5) Omega-3 membantu badan mensintesis protin dgn baik dan membina otot. Apabila otot sihat, pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat.



Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan berat badan dan body yang sihat serta cergas seharusnya pemakanan yang seimbang, senaman dan sebaiknya mengamalkan juga supplement untuk memastikan lompong nutrisi dipenuhi.

DI MANA BOLEH DAPATKAN OMEGA 3 DALAM BENTUK SUPPLEMENT?



Shaklee mengeluarkan supplement Omega 3 yang dikenali sebagai Omega Guard yang mengandungi DHA dan EPA beserta minyak ikan yang diperlukan oleh badan. Ia telah menjalani satu proses bagi memastikan tiada kandungan tercemar di dalam minyak ikan tersebut.




Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Orang kata kalau nak kurus makan ikan. Dan ikan yang selalu dijadikan contoh ialah ikan salmon. Cara masakan salmon (almaklumlah) makanan b...

0 comments:

Kereta Toyota Wish Terpakai Untuk Dijual

4:09 pm Emalin Mohd 0 Comments

Apabila anak dah masuk 3, pasti ada yang terfikir nak menukar kereta compact atau sedan kepada kereta MPV bukan?
Ini bukan orang lain. Saya sendiri ingin menjual Kereta Toyota Wish kesayangan keluarga kecil kami. 
Kereta dalam keadaan baik dengan pelbagai aksesori termasuk skirting. Suami saya memang suka sangat mekapkan kereta ini. 
Cumanya kami terpaksa jual disebabkan kereta tidak dipakai lagi. Hanya berada di tempat parking kereta sahaja. Rugi bayar bulanan tetapi tidak digunakan.
Baki di bank setakat bulan ini berjumlah RM75,000 (Ogos 2017) namun saya ingin menjual pada harga RM70,000 sahaja.
Jika ingin test drive dan inginkan info lanjut, hubungi nombor telefon suami saya seperti yang tertera di poster.


Tolong sebarkan ya pada kenalan tuan / puan yang sedang mencari-cari kereta MPV Toyota Wish.

Apabila anak dah masuk 3, pasti ada yang terfikir nak menukar kereta compact atau sedan kepada kereta MPV bukan? Ini bukan orang la...

0 comments:

Kain Vietnam Silk Murah

4:51 pm Emalin Mohd 0 Comments

Kalau ke Vietnam tak sah kalau tak memborong kain Vietnam Silk bukan? Kainnya yang cantik, jatuh terletak dan nampak eksklusif. Namun, kain Vietnam Silk sendiri mempunyai pelbagai gred. Gred yang tinggi semestinya lebih selesa dan kain tidak panas berbanding dengan gred yang lebih rendah.

Kali ini, Comfy Cosy menawarkan tawaran yang cukup istimewa iaitu pembelian Kain Vietnam Silk dengan diskaun sebanyak 50%. Ya separuh harga daripada harga asal.

Kita lihat dulu kain Vietnam Silk yang ditawarkan ya.



















Sebenarnya ada banyak lagi jenis kain Vietnam Silk. Bagi yang suka berkaki, ada kain Vietnam Silk Cempaka, Dahlia, Orkid dan Prisma. Boleh juga melihat koleksi kain tersebut di https://www.comfycosy.com.my/

Sudah berkenan? Haa..ini caranya untuk mendapatkan diskaun sebanyak 50%.


💳💳💳 💳💳💳 💳💳💳 💳💳💳

TAWARAN CC MEMBERSHIP

Comfy Cosy menawarkan CC membership kepada SEMUA.

APA KELEBIHAN CC MEMBERSHIP?

💎 Potongan 20% istimewa pada hari lahir CC members

💎 Potongan 15% istimewa pada hari lahir ahli keluarga, pasangan, anak-anak dll

💎 Agen Dropship berdaftar layak menerima komisen bermula dari kadar minima 10% daripada jumlah jualan bulanan

💎 Tempoh expired CC membership sehingga 2 tahun.

💎 Boleh beli untuk diri sendiri dan dapat 10% cashback

Untuk mendapatkan CC Membership, 

Tuan/Puan PERLU mengisi maklumat peribadi di link berikut
 https://drive.google.com/open?id=13HSwI7NZF9QeaiEArGzh1O2VKmSC8vZeocc5fRMP9TI 

Tuan/Puan juga PERLU membuat pembelian pertama untuk mengaktifkan CC Membership dengan harga istimewa iaitu potongan 50%. 

Selain itu, untuk menggunakan CC Membership, tuan/puan perlu membeli di laman rasmi Comfy Cosy
*http://www.comfycosy.com.my/*

💳💳💳 💳💳💳 💳💳💳

Letakkan nama saya, Pn Emalin Mohd sebagai upline anda.

Hubungi saya (Whatsapp / SMS) 0192500978 untuk sebarang pertanyaan.

Happy shopping uols.

Kalau ke Vietnam tak sah kalau tak memborong kain Vietnam Silk bukan? Kainnya yang cantik, jatuh terletak dan nampak eksklusif. Namun, kain...

0 comments:

Senaman Senang Dilakukan Oleh Wanita Di Rumah

3:57 pm Emalin Mohd 0 Comments

Golongan wanita ini memang ingin slim kan badan. Jika sudah bersalin, ingin kempiskan perut. Nasihat yang selalu didengari, bersenam! Tapi hakikatnya, golongan ibu sahaja yang mengetahui betapa sukarnya mencari masa untuk bersenam. Namun keinginan itu tetap ada.




Saya pun alami masalah yang sama. Ingin jogging selepas balik bekerja namun memikirkan masa untuk ambil anak di taska dan sekolah dan kemudian berkejar balik untuk memasak. Sudahnya memang padamlah hasrat jogging.

Kemudian, cuba pula beberapa senaman dengan mengikutinya di YouTube. Tidak semua pergerakan senaman itu mudah. Dan ada yang baru buat kita rasa sudah berputus asa kerana begitu sukar sekali untuk mengikuti pergerakannya.

Jadi bagi yang ingin berjinak untuk bersenam dan mengeluarkan peluh di rumah, saya cadangkan cubalah ikuti senaman oleh Bipasha Basu. 


Nampak mudah bukan pergerakannya? Namun ada kesan pada badan. Jika baru pertama kali melakukan senaman setelah bercuti sekian lama, memang terasa juga kepenatannya ada step yang sukar untuk diikuti akibat penat. Bukan akibat kesukaran step tersebut.

Kesan kali pertama melakukannya? Memang lenguh terutama di bahagian kaki dan lengan. Jika mampu untuk lakukan lagi keesokan harinya, teruskan. Jika tidak cuti dahulu dan lusa buat semula. Jangan pula cuti sebulan. Memang tiada impak begitu.

Kalau rasa tersangat lenguh, saya cadangkan ambillah Ostematrix. Bukan sebab apa pun. Disebabkan dalam Ostematrix ada magnesium. Kalau kita lihat fungsi magnesium ini antaranya ialah untuk pergerakan otot.

ubat sengal


"A major function of magnesium is its role in muscle relaxation and contraction. Your body uses magnesium to regulate muscle and nerve control. If you do not get enough dietary magnesium, you could experience muscle weakness, continued muscle contraction or twitching and fatigue." Dipetik dari livestrong


Tengah cari supplements?
Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Golongan wanita ini memang ingin slim kan badan. Jika sudah bersalin, ingin kempiskan perut. Nasihat yang selalu didengari, bersenam! Tapi ...

0 comments:

4 Punca Kesukaran Hamil Dan Cara Mengatasinya

5:30 pm Emalin Mohd 0 Comments

Kebanyakan pasangan yang berkahwin memperolehi zuriat tanpa sebarang kesukaran. Masa yang ditunggu pula tidak terlalu lama.

Namun begitu, satu daripada enam atau tujuh pasangan mempunyai masalah kesuburan dan secara perubatannya ia dipanggil sebagai subfertiliti. Ia bermaksud kesukaran untuk hamil walaupun telah melakukan hubungan seks secara tetap tanpa pelindung selama dua tahun. 
Bagaimanapun rawatan biasanya akan diberikan selepas setahun berkahwin. Ini tidak termasuk pasangan yang mempunyai masalah organ seksual yang tidak berfungsi kerana tidak mampu untuk menghasilkan atau mengekalkan ereksi atau ejakulasi.
Salah satu daripada sebab utama ketidaksuburan adalah kerana pasangan hanya mula merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga pada usia yang lewat. Ini adalah faktor utama bagi wanita yang kadar kesuburan menurun dengan peningkatan usia. 
Bagi wanita yang berumur di antara 35 hingga 39 tahun peluang untuk hamil akan berkurangan separuh daripada wanita yang berumur di antara 19 hingga 26 tahun. 
Tambahan pula terdapat perbezaan rasa badan apabila hamil di umur 30an berbanding di umur 20an. Namun jika jodoh sampai lewat, apakan daya. Yang penting usaha untuk kekal subur.
Sebab-sebab
Di antara sebab-sebab ketidaksuburan adalah
1. Masalah berkaitan ovulasi (penghasilan telur): 
Masalah ovulasi boleh disebabkan oleh sindrom polycystic ovarian, hormon yang tidak seimbang, kekurangan atau berlebihan berat badan, sakit kronik dan pembedahan pada ovari.
2. Struktur tiub fallopio dan kaviti uterus yang tidak jelas: 
Kemungkinan kerosakan pada tiub fallopio disebabkan tiub berkenaan tersumbat atau telah rosak. Ini mungkin akibat daripada jangkitan penyakit kelamin (STD), pembedahan sebelumnya atau masalah endometriosis.
3. Tahap kualiti sperma yang kurang atau abnormal pada lelaki. 
Ketidaknormalan ini meliputi bilangan sperma, pergerakan sperma dan atau rupa bentuk sperma. Keadaan ini berpunca sama ada daripada keabnormalan kongenital, masalah hormon, jangkitan pada testis (contoh; demam campak), testis yang termasuk, pendedahan kepada radiasi / bahan kimia, merokok, obesiti dan varicocele.
4. Bagi sesetengah pasangan pula mungkin sebab-sebabnya tidak dapat dikenal pasti dan digolongkan sebagai ‘unexplained subfertility’. Tekanan juga mungkin menjadi faktor tetapi agak sukar untuk dikategorikan.
 Komplikasi
Pasangan mestilah mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan selepas dua tahun ketidaksuburan memandangkan kelewatan atau penangguhan boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun di kalangan wanita atau memburukkan lagi keadaan sedia ada.
Rawatan
Beberapa ujian asas boleh dijalankan oleh pakar. Ini termasuklah analisis air mani bagi lelaki dan ujian berkaitan hormon pada hari ke-21 bagi ovulasi untuk wanita jika haid datang setiap 28 hari. 
Jika ketidaknormalan ditemui semasa ujian klinikal pesakit harus dirujuk kepada pakar kesuburan. Melaluinya pemeriksaan lanjut ke atas tiub fallopio, kaviti uterus dan sebagainya akan dijalankan. Ia dilakukan menggunakan imbasan ultrabunyi (melalui imbasan trans-vagina), imbasan radiologi iaitu HSG (histerosalpingogram) atau pembedahan kecil secara invasif (laparoskopi atau histeroskopi).
Pemilihan rawatan termasuk rangsangan ovulasi dengan ubatan kesuburan dan pemantauan dengan imbasan ultrabunyi serta inseminasi sperma suami ke dalam rahim (permanian beradas). 
Sesetengah pasangan pula mungkin memerlukan teknik perubatan yang lebih maju. Teknik ini adalah in-vitro fertilization, IVF (bayi tabung uji) di mana telur (ovum) disenyawakan dalam makmal dan embrio yang telah terbentuk dimasukkan semula ke dalam rahim. Suntikan sperma secara intra-cytoplasmic (ICSI) pula bermaksud persenyawaan telur dihasilkan dengan menyuntik satu sperma ke dalam telur. Penyedutan sperma testikular (TESE/TESA) pula adalah di mana sperma diperolehi daripada testis melalui pembedahan. Rawatan pembalikan dari ketidaksuburan adalah pilihan untuk wanita yang telah menjalani pengikatan (ligasi) tiub peranakan.

Cara Meningkatkan Kesuburan

  • Amalkan gaya hidup yang sihat. Berhenti merokok atau menagih dadah. Lakukan senaman, kekalkan berat badan yang ideal. Cuba elakkan aktiviti yang memberikan tekanan dan kurangkan pengambilan alkohol. 
  • Elakkan dan lindungi diri daripada penyakit jangkitan seksual (STD)
  • Lakukan hubungan kelamin semasa waktu subur (hari ke 10-16) untuk meningkatkan peluang kehamilan
  • Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur (bagi wanita)
  • Berkomunikasi, kongsi perasaan dan emosi dengan pasangan secara berterusan serta sentiasa menyokong antara satu sama lain
  • Bagi lelaki, elakkan daripada memakai pakaian seluar dalam yang ketat atau berendam dalam air panas ataupun pergi ke sauna.
  • Dapatkan rawatan dengan segera jika merasa sakit. Dapatkan juga rawatan bagi penyakit kronik seperti diabetes, hipertiroidisme dan sebagainya.
Sumber Rujukan: http://www.myhealth.gov.my

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

1. Vivix-  Vivix membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.

2. Vita-Lea – kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multivitamin? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
Mangan dan magnesium yang terdapat di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.
3. B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Ianya amat penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk dan terasa penat setelah kembali daripada bekerja dan juga memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma di kalangan lelaki.
4. Vitamin  C – Sebagai vitamin yang menjaga kesegaran sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
5. Vitamin E & Selenium – bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap di dalam Vitamin E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
6. Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
7. Zinc – meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma
8. GLA Complex– membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan
Ingin dapatkan set tersebut?
Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Kebanyakan pasangan yang berkahwin memperolehi zuriat tanpa sebarang kesukaran. Masa yang ditunggu pula tidak terlalu lama. Namun beg...

0 comments:

Menstabilkan Kitaran Haid Bagi Wanita Untuk Kekal Cantik Jelita

5:12 pm Emalin Mohd 5 Comments

Baru-baru ini dalam group Whatsapp kawan-kawan yang rata-rata sudah beurmur 30an timbul isu ingin kekal cantik dan jelita. Jangan salah faham. Sememangnya setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri namun ada juga yang kelihatan berusia dari usia yang sebenar. Itu yang ingin diperkatakan.

 
 

Sebenarnya di dalam tubuh wanita telah ada Fountain of Youth semulajadi yang dikenali sebagai hormon estrogen.

Semasa seorang wanita mengalami proses  haid akan terhasil hormon yang sangat penting. Hormon ini ialah hormon utama yang menentukan pembentukan seks atau jantina seorang individu yakni hormon estrogen

Hormon estrogen merupakan satu-satunya hormon yang penting dan berkuasa. Sekiranya ia tinggi di dalam badan seorang manusia maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol. 

Estrogen melahirkan sifat kewanitaan. Ia menyerlahkan dan ia membentuk tubuh badan wanita menjadi indah. Hormon ini juga yang menyebabkan wanita datang haid setiap bulan. 

Wanita yang kekurangan hormon estrogen akan mula mengalami  simptom kekedutan dan kekeringan dipermukaan kulit. Tidak hairanlah wanita yang sudah mengalami menopause akan mempunyai kulit yang berkedut. 

Bagi wanita yang belum sampai ke tahap pra menopause, kitaran haid yang tidak normal akan menggusarkan diri. Kitaran haid yang tidak normal menyebabkan rasa tidak sedap badan, rasa bloating dan ketidakselesaan.

Selain itu, kekurangan hormon estrogen juga boleh menyebabkan:

1. Kekeringan di bahagian faraj dan kesakitan sewaktu bersama dengan suami
2. Hot-flashes yakni perpeluhan dan rasa panas tanpa sebab walaupun di tempat sejuk
3. Kehilangan rasa ingin bersama  [ Dingin ]
4. Kekenduran buah dada
5. Kekenduran di kulit
6. Perubahan mood dan perasaan murung
7. Osteoporosis
8. Peningkatan kolestrol di dalam darah

Bagaimana kita dapat membantu agar hormon ini stabil dan dapat menyerlahkan kecantikan wanita?
GLA COMPLEX membantu menstabilkan hormon dan membantu membetulkan semula kitaran haid yang tidak teratur. Jadi apabila haid kembali teratur, hormon estrogen yang dirembeskan kembali dalam keadaan optimum dalam badan. Kesannya, kesuburan meningkat, kulit semakin cantik dan juga jeragat hilang. Tubuh badan pula menjadi semakin cantik ( the right curve at the right place). 


APAKAH KHASIAT LAIN GLA COMPLEX?

  • GLA Complex membantu membetulkan kitaran haid yang  tidak teratur menjadi teratur dengan cara pemakanannya yang  konsisten.
  • Membantu menstabilkan hormon dalam badan
  • Membantu kitaran hormon sempurna
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf

    Apa kata wanita ini yang telah tidak datang haid selama 1 tahun?


Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.


Ingin dapatkan set tersebut?
Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Baru-baru ini dalam group Whatsapp kawan-kawan yang rata-rata sudah beurmur 30an timbul isu ingin kekal cantik dan jelita. Jangan salah fah...

5 comments:

Cara Menghilangkan Resdung Dengan Cepat

7:29 am Emalin Mohd 0 Comments

Setiap hari bersin dan hidung tersumbat tetapi tidak selsema. 


Itu yang dinyatakan oleh seorang pelanggan saya ketika mencari "ubat" untuk penyakit yang dialaminya. Selain daripada itu terdapat 11 simptom lain iaitu:

1) Mengalami sakit pada bahagian muka dan juga sakit kepala.
2) Hingus yang dihasilkan berwarna kuning atau hijau
3) Nafas berbau 
4) Mengalami demam
5) Bengkak pada muka
6) Hidung selalu tersumbat namun tidak selsema
7) Lendir dari hidung dan tekak
8) Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
9) Sakit tekak berpanjangan dan berulang
10) Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
11) Gejala alahan hidung seperti bersin dan gatal hidung

Jika keadaan begini memang biasa kita akan katakan seseorang itu mengalami resdung atau sebenarnya adalah radang sinus.

Keadaan ini boleh mengganggu aktiviti harian kerana berasa tidak selesa namun belum sehingga ke tahap yang membimbangkan.

Antara penyebab radang sinus ini adalah virus, bakteria, kulat, alahan / allergi dan ketumbuhan dalam hidung dikenali sebagai polyp.

Bagi yang mengetahui dirinya mempunyai alahan kepada sesuatu sebaiknya dihindarkan atau dijauhkan daripada sumber alahan seperi ada yang alah dengan bulu kucing, atau habuk karpet dan sebagainya. 

Namun ada juga yang tidak mengetahui punca resdung pada diri sendiri dan menganggapnya perkara biasa dek kerana selalu terjadi pada diri sendiri.  

Antara rawatan apabila mendapatkan rawatan doktor ialah:

  • Rehat yang cukup
  • Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
  • Makan ubat penahan sakit ( panadol)
  • Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
  • Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.
Bagi radang sinus kronik, Rawatan berikut amat membantu:
  • Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
  • Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
  • Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus

Namun ada juga pelanggan yang selain daripada menjalani rawatan perubatan juga menambah supplements untuk keperluan harian. Dan ini kesan yang dialami oleh pelanggan ini:

"Alhamdulillah sis. Sekarang dan sembuh"


Apakah supplement yang beliau amalkan?




Selain daripada beliau, pelanggan ini juga berpuas hati kerana supplemet ini telah membantu beliau mengatasi masalah resdung yang dialami beliau.



Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Setiap hari bersin dan hidung tersumbat tetapi tidak selsema.  Itu yang dinyatakan oleh seorang pelanggan saya ketika mencari "...

0 comments: