Sumbangan Untuk Puteri Di Taman Seri Puteri Perak: Be Good and Do Good To All (#Babybox)

5:44 am emalin mohd 0 Comments

Satu lagi Projek #babybox akan diadakan di Taman Seri Puteri, Perak. Namun untuk kali ini team #babybox masih lagi kekurangan barangan dan dana untuk disumbangkan kepada puteri di Taman Seri Puteri, Perak.

Ingat lagi program #babybox di Taman Seri Puteri Cheras? 

Program ini bakal dijalankan di bulan Ramadhan yang mulia ini bagi memberikan sokongan kepada puteri di sana bahawa masyarakat masih menyayangi mereka. Tidak mereka pinta untuk berada di sana malah ada banyak kes bukan kesalahan mereka pun.

Sehingga ke hari ini, Projek #babybox masih kekurangan:


  • 40 SET DIAPER SAIZ S / NB 
  • 40 SET PAKAIAN BARU / MASIH ELOK UNTUK BAYI
  • TAJAAN IFTAR RM20.00 SEORANG 





Pastinya dalam rezeki kita perolehi ada rezeki orang lain. Mari kita berkongsi bersama mereka. Tidak mahal. Hanya RM20.00 sahaja untuk seorang.



Malah ada antara kita yang suka shopping bukan? Jadi ini bukan lagi alasan malah ia juga keperluan bagi mereka. Anda boleh shopping online dan alamatkan kepada:

PERSATUAN BUAI SAYANG
(U.P: NOR FADHLINA ABDUL GHANI)
1-45, JALAN 8/35, SERI BANGI
SEKSYEN 8
BANDAR BARU BANGI
43650 BANGI, SELANGOR
TEL: 0173791174

Sedikit latar belakang bagi rumah ini yang dinamakan sebagai Taman Seri Puteri (TSP).

Taman Seri Puteri (TSP) ini adalah institusi Tempat Perlindungan bagi pemeliharaan dan pemulihan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 55 Akta Kanak-Kanak 2001. 

Ia diwujudkan untuk memberi perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral atau keruntuhan akhlak dengan memupuk sikap dan nilai yang sesuai dengan norma masyarakat serta memberikan kemahiran yang bersesuaian.

Puteri yang masuk ke TSP ini adalah melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Perenggan 40(3)(a) atau Seksyen 46 atau memohon sendiri di bawah Subseksyen 41(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mereka akan berada di sini selama tempoh tiga tahun tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh dengan Kuasa Menteri atau kelulusan Lembaga Pelawat atau dengan meminda, mengubah atau membatal perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.

Selain daripada kes hamil luar nikah, puteri-puteri lain yang ada di sini adalah disebabkan oleh:

• Permintaan bertulis ibu atau bapa atau penjaga kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak supaya menahan anaknya ke Tempat Perlindungan,
• Didorong melakukan perbuatan seksual, berada dalam suasana fizikal/sosial yang membawa kepada perbuatan seksual,
• Tinggal atau mengunjungi mana-mana rumah pelacuran atau tempat berkira,
• Bersama-sama atau berada di bawah kawalan muncikari atau orang yang bekerja atau berkepentingan dalam urusan di rumah pelacuran atau berkaitan dengan pelacuran,
• Permohonan kanak-kanak itu sendiri kerana memerlukan perlindungan segera;
• Diancam atau ditakut-takutkan bagi maksud pelacuran/ bersetubuh dengan seseorang/ bagi apa-apa maksud lucah,
• Dikurung atau ditahan oleh seseorang lain,
• Berkemungkinan atau sedang dilakukan ke atas kanak-kanak seperti maksud di atas.

Mari bersama-sama mengukir senyuman di wajah mereka.

Salam sayang,
Pn Emalin Mohd

Satu lagi Projek #babybox akan diadakan di Taman Seri Puteri, Perak. Namun untuk kali ini team #babybox masih lagi kekurangan barangan dan ...

0 comments: