Apabila Anak Sendiri Berkata Tidur Awal Bangun Awal Badan Cergas

12:59 pm Emalin Mohd 2 Comments

Sudah lama saya bercita-cita untuk anak bangun lebih awal agar masa belajar mereka daripada malam ditukarkan kepada pagi. Tetapi seringkali hati rasa was-was sebab boleh ke mereka bangun lebih awal dari jam 6.00 pagi dan belajar?

Kenapa saya ingin berbuat begitu? Bukan ke ada kajian menunjukkan belajar di awal pagi lebih efektif dan jauh lebih baik daripada belajar di waktu malam.

vitamin bijak
Akmal mengamalkan Omega 3
Secara logiknya, badan anak sudah penat apabila malam menjelang. Masakan tidak. Ada dua sesi sekolah perlu dihadiri. Sudah 8 jam belajar di sekolah. Balik pastilah penat. Sama macam kita ini juga. 

Lagipun sebagai ibu nampak anaknya apabila mengulangkaji waktu malam, menguap rasanya lebih 5 kali dalam masa seminit (Okay, yang ini over sikit claimnya..hihi)

Disebabkan itu teringin untuk anak bangun awal pagi dan belajar. Sebab yakin bahawa belajar di awal pagi anak akan lebih faham apa yang diulangkaji dan rasa lebih segar.

Dan tiba-tiba impian itu dapat direalisasikan sendiri oleh anak saya tanpa ibunya ini menyuruh anaknya.

Mulanya Akmal 1 sudah kelihatan mengantuk sementara menunggu Akmal 2 mengemas meja makan (Malam itu giliran Akmal 1 untuk mencuci pinggan mangkuk). Tambahan pula Akmal 1 sudah lama habis makan. Tengok-tengok sudah terlelap di sofa.

Saya pun kejut suruh bangun naun katanya mengantuk sangat. Tak sampai hati, suruh dia pergi tidur dengan syarat bangun pukul 5.00 pagi. Akmal 1 mengangguk sahaja. Mengantuk punya pasal.

Akmal 2 pula tidur setengah jam selepas itu. Sempat untuk mengulangkaji sekejap dan minta izin untuk tidur lebih awal juga.

Sudahnya jam 9.00 malam, kedua-dua Akmal 1 dan 2 sudah tidur. Esok paginya, saya pun kejut Akmal 1 bangun tidur jam 5.00 pagi. Sejam lebih awal daripada biasa. Sudah mandi dan makan sarapan sedikit, Akmal 1 buka buku untuk ulangkaji.

Dan yang mengejutkan balik sekolah hari tersebut, Akmal 1 sendiri yang memberikan testimoni..hihi..Macam jual barang pulak.

"Ibu, bangun awal macam ni tak penatlah ibu. Tak macam biasa".

Apalagi ibunya ini. Pucuk dicita ulam mendatang. 

"Haa, malam ini tidur awal lagi dan esok kita bangun awal untuk belajar".

Dan hari ini hari kedua mereka bangun lebih awal dan belajar di awal pagi. Semoga istiqamah anak-anak untuk bangun awal dan mengulangkaji pelajaran.

Apabila anak bangun lebih awal, ibunya pun kurang kelam kabut di awal pagi dalam menyiapkan anak-anak serta sarapan sebelum ke sekolah.

Untuk ibu pula apabila anak tidur awal, bolehlah buat kerja rumah sedikit sebelummasuk tidur. Ibu jangan pula tidur lewat sangat. Tidur yang sebaiknya sebelum jam 10.00 malam. Tidur lewat pun mengganggu sistem penghadaman. Susah nak lawas di waktu pagi jika tidur lewat.

Opss..anak saya berumur 10 tahun dan 8 tahun.

Jom kita cuba ubah jadual!

Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Sudah lama saya bercita-cita untuk anak bangun lebih awal agar masa belajar mereka daripada malam ditukarkan kepada pagi. Tetapi seringkali...

2 comments:

  1. Ala..pukul 10 baru start drama tv..mana nak tidur nya..ekekekek...

    ReplyDelete