Siapa Pengguna Produk Shaklee ini?

12:14 am Emalin Mohd 4 Comments

Perasan tak produk Shaklee tidak melantik mana-mana selebriti menjadi duta produk?

Dah tu siapa lelaki ini?

Beliau ialah CEO Shaklee Corporation, Roger Barnett. Dan beliau jadi CEO ini pun sebab jatuh cinta dengan produk Shaklee ini.

Walk the talk! Shaklee for life..


Dan ini adalah antara pengguna produk Shaklee. Mereka inilah yang telah menggunakan produk Shaklee dan amat menggemarinya sehingga mempromosikan kepada orang lain samaada melalui perbualan seharian atau blog. ( Macam yang saya buat ni)


Wah ramainya!!

Ada banyak produk pulak tu..

Ada untuk melengkapkan nutrisi
Ada untuk menguruskan berat badan
Ada untuk penjagaan kulit
Ada untuk penjagaan rambut
Dan ada juga untuk penjagaan rumah

Dan ya juga..Shaklee telah berumur 100 tahun.

Tanpa produk berkualiti dan pengurusan syarikat yang baik, pastinya tidak bertahan hingga ke hari ini.

Anda bila lagi?

Hubungi Pn Emalin (SMS / Whatsapp) 0192500978













Perasan tak produk Shaklee tidak melantik mana-mana selebriti menjadi duta produk? Dah tu siapa lelaki ini? Beliau ialah CEO Shaklee Corpora...

4 comments:

Resepi Nasi Ayam Mudah

5:55 pm Emalin Mohd 2 Comments

Hujung minggu boleh bereksperimen dengan resepi-resepi. Nasi ayam sebenarnya mudah juga untuk dimasak dan rahsianya pasti ayam yang sedap!

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

Ayam
Sos Tiram
Kicap Masin
Kicap Manis
Madu
Halia
Bawang Putih
Bawang Merah
Daun Sup
Daun salad
Tomato

Cara Memasak:
Ayam direbus terlebih dahulu dalam 10 minit dengan halia dan bawang putih (yang ditumbuk).

Kemudian, ayam yang sudah direbus ditoskan airnya dan diperap dengan:
 
Sos Tiram
Kicap Masin
Kicap Manis
Madu
Bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk

Dah kira puas hati dengan masa perapan (lagi lama lagi sedap), ayam tadi boleh digoreng atau dipanggang.

Tak perlu lama sangat kerana ayam sudah masak. Jadi ayam takdalah hangus. Selepas digoreng bolehlah dihias atas pinggan dengan daun salad dan tomato.


Itu untuk ayam. Nak buat nasi, sup dan kicap pulak?

Untuk nasi, sebelum ditanak dalam periuk nasi tumiskan bawang putih dan kemudian masukkan beras ke dalam kuali  (kira macam goreng sekejap tapi minyak jangan banyak). Kalau tak guna minyak boleh guna mentega untuk rasa lebih sedap. Goreng sekejap sahaja kemudian masukkan dalam periuk nasi dan campur dengan air rebusan ayam tadi. Tambah air biasa jika air rebusan tidak mencukupi dan tanak seperti biasa.

Untuk supnya pulak, tumis bawang merah dan putih sehingga kekuning-kuningan dan masukkan ke dalam sup. Tambah garam secukup rasa dan kemudian masukkan daun sup.

Untuk kicap pula, ambil 4-5 sudu makan air sup dan campur kicap masin dan kicap manis secukup rasa.

Tadaa..dah siap. Sos? Guna sos cili biasa pun boleh. 

Mudahkan? Dalam resepi ini memang banyak guna bawang putih. Lagipun khasiat bawang putih kan banyak? Boleh buang angin dalam badam.


Hujung minggu boleh bereksperimen dengan resepi-resepi. Nasi ayam sebenarnya mudah juga untuk dimasak dan rahsianya pasti ayam yang sedap! ...

2 comments:

Cara Menghilangkan Gatal Akibat Makan Seafood

6:00 am Emalin Mohd 13 Comments

Suka makan seafood? Tap tak boleh salah makan? Kalau salah makan akan jadi gatal merenyam dalam mulut dan silap-silap satu badan menggaru-garu?




Ini yang terjadi kepada Pn Zeti Hafiza Zakaria aka Kak Piz ini. Sebaik sahaja makan keropok lekor, terus rasa gatal dalam mulut.

Nak buat apa?



Nasib baik ada Nutriferon. 


Kenapa gatal terjadi setelah makan seafood?

Gatal ini terjadi apabila badan mengeluarkan histamine yang bertindak balas dalam alahan. Untuk mengurangkan kesan histamine ini lazimnya antihistamine diberikan untuk menyekat tindak balas alergi ini. 

Dan dalam nutriferon ini ada interferon yang mampu  meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk berperang habis-habisan. 

Nutiferon ini dalam bentuk serbuk dan boleh dicampur dalam air kegemaran masing-masing atau di dalam air kosong sahaja.

Jika ada saudara-mara yang akan menunaikan haji dalam masa terdekat ini, elok juga dibekalkan nutriferon untuk mengurangkan risiko mendapat masalah kesihatan di sana nanti. Kesan yang diperolehi pun cepat dengan nutriferon ini.

Untuk tempahan / konsultansi percuma, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Suka makan seafood? Tap tak boleh salah makan? Kalau salah makan akan jadi gatal merenyam dalam mulut dan silap-silap satu badan menggaru-g...

13 comments:

11 Tanda-Tanda Menghidapi Resdung Dan Cara Merawat Semudah ABC

10:29 am Emalin Mohd 2 Comments

Adakah anda mengalami tanda-tanda ini?


1) Mengalami sakit pada bahagian muka dan juga sakit kepala.
2) Hingus yang dihasilkan berwarna kuning atau hijau
3) Nafas berbau 
4) Mengalami demam
5) Bengkak pada muka
6) Hidung selalu tersumbat namun tidak selsema
7) Lendir dari hidung dan tekak
8) Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
9) Sakit tekak berpanjangan dan berulang
10) Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
11) Gejala alahan hidung seperti bersin dan gatal hidung

Mungkinkah anda menghidapi radang sinus atau lebih dikenali sebagai resdung? Resdung terjadi apabila terdapat jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Ia boleh disebabkan oleh virus, bakteria atau kulat. Selain itu, ia juga boleh terjadi akibat alahan, alahan pada bahan kimia dan juga ketumbuhan dalam hidung yang dikenali sebagai polip.

Selain daripada mendapatkan rawatan doktor, antara tips yang boleh dilakukan di rumah bagi mengurangkan rasa sakit akibat resdung ialah dengan bernafas dalam wap panas. Untuk rasa lebih lega, boleh tambah sedikit minyak angin. 


Bagi seorang penghidap resdung seperti di atas ini pula yang mengalami resdung agak teruk sehingga bersin keluar darah telah mengamalkan ABC untuk mengatasi masalah beliau.
A: Alfalfa



B: Vitamin B Complex



C: Vitamin C




Untuk tempahan / konsultansi percuma, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Adakah anda mengalami tanda-tanda ini? 1) Mengalami sakit pada bahagian muka dan juga sakit kepala. 2) Hingus yang dihasilkan ber...

2 comments:

Atasi Masalah Gout dan Sekaligus Menjadi Kurus

7:45 am Emalin Mohd 4 Comments

Antara risiko bagi yang mengalami masalah berat badan ialah mengalami penyakit gout. 



Penyakit gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. 

Gout akan menyebabkan sakit sendi dan lazim bermula di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain dan menyebabkan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tetapi berkekalan). 

Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Gout berlaku apabila longgokan asid urik secara berlebihan membentuk kristal pada sendi. Kristal-kristal asid urik yang terkumpul di celah sendi ini menyebabkan radang.





Asid urik dihasilkan di dalam badan dan juga terbentuk daripada penguraian sekumpulan bahan kimia dikenali sebagai purine. 

Purine terhasil daripada protein haiwan seperti daging merah, ayam, makanan laut dan telur selain tumbuh-tumbuhan tertentu seperti asparagus dan cendawan. Asid urik lazimnya larut dalam darah dan kemudian dikumuhkan melalui buah pinggang yang akan keluar sebagai air kencing.  

Walau bagaimanapun kadangkala badan mengeluarkan asid urik terlalu sedikit menyebabkan asid urik ini berkumpul dan terjadinya kristal urate berbentuk seperti jarum dalam tisu sendi atau sekitar yang menyebabkan kesakitan, keradangan dan bengkak.

Untuk mengatasi masalah gout ini tidak lain tidak bukan pemakanan perlulah dijaga. Bagi pesakit gout, kurangkan makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan juga alkohol. 

Bagi yang mengalami gout kerana masalah berat badan yang berlebihan, mengurangkan berat badan melalui menjaga pemakanan serta melakukan senaman adalah perkara yang terbaik perlu dilakukan.

Selain itu, terdapat juga supplemen yang membantu dalaman mengatasi masalah gout sekaligus boleh mengurangkan berat badan.


Alfalfa dan Omega Guard adalah supplement yang membantu dalam mengatasi masalah gout dengan membuang asid urik berlebihan dalam badan serta mengurangkan radang yang berlaku.

Selain itu, alfalfa dan Omega Guard juga digemari oleh golongan yang ingin mengurangkan berat badan kerana ia membantu dalam membakar lemak serta membuang lemak dalam badan.

Jadinya, bagi yang menderitai penyakit gout mendapat dua kelebihan dengan mengamalkan vitamin ini iaitu mengurangkan berat badan sekaligus mengurangkan penderitaan gout yang dialami.

Ostematrix dan Advance Joint Health Tablet (AJHT) pula amat penting dalam memastikan kesihatan tulang dan sendi.




Konsultansi percuma dan tempahan, hubungi:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978


Antara risiko bagi yang mengalami masalah berat badan ialah mengalami penyakit gout.  Penyakit gout merupakan sejenis sakit sendi...

4 comments:

5 Sebab Kenapa Mertua Saya Minta Saya Belikan Shaklee

7:45 am Emalin Mohd 4 Comments

Banyak-banyak vitamin dan supplement di pasaran, hanya Shaklee sahaja mertua saya akan minta saya belikan.


Bukan sedikit vitamin dan supplement di pasaran bukan? Tapi kenapa jenama Shaklee yang menjadi pilihan mereka?

Antara vitamin dan supplement yang akan mertua minta menantunya ini belikan ialah:

Set Untuk Lutut Kuat 
Ia terdiri daripada Ostematrix, Omega Guard dan AJHT

Nak tau tak jika ada masalah lutut antara yang doktor sarankan sebagai supplement ialah glukosamine. AJHT mengandungi glukosamine dan juga diperkaya dengan yang lain untuk meningkatkan kadar serapan glukosamine tersebut.

Omega guard tu pula mengurangkan rasa sakit atau dipanggil radang yang berlaku terutama pada sendi atau lutut.

Ostematrix  adalah kalsium dengan magnesium dan vitamin D untuk memastikan bekalan kalsium mencukupi untuk mengelakkan osteoporosis.

Selain itu, set yang menjadi pilihan juga ialah Set Gout. 

Gout jika tersalah makan sakitnya rasa tidak kepalang. Jari kaki akan kelihata bengkak dan berwarna kemerahan. Sakitnya pula seperti ada duri yang mencucuk dari dalam daging.

Untuk set gout ini hanya tambah Alfalfa daripada set lutut di atas. Alfalfa berfungsi sebagai agen detoks dengan membantu menyingkirkan asid urik yang menjadi punca kepada gout yang berlaku.

Bukan itu sahaja mereka juga mengamalkan Vita-lea, vitamin B Complex dan juga Zinc Complex.

Banyak bukan yang mereka amalkan.

Kenapa ya Shaklee yang menjadi pilihan?

1) Produk Shaklee yang dijamin Sentiasa Selamat. Mertua telah mengamalkan Shaklee sebelum saya mengenali Shaklee lagi. Saya rasa dalam tahun 1990an mereka telah menjadi pengguna Shaklee. Pastinya produk yang dikeluarkan Shaklee selamat kerana ia bertaha sehingga ke hari ini.

2)  Produk Shaklee yang dijamin Sentiasa Berkesan. Pastinya vitamin dan supplement yang diamalkan ini berkesan sebab telah digunakan dalam tempoh yang lama. Jika tidak, masakan mertua saya setia dengan Shaklee?

3) Halal. Shaklee juga mempunyai sijil HALAL yang dikeluarkan oleh Islamic Services of America iaitu salah satu badan yang diiktiraf oleh pihak JAKIM.



4) Harga yang berpatutan. Harga Shaklee tidaklah mahal jika dibandingkan dengan kemampuan vitamin itu sendiri yang boleh menyerap dengan mudah di dalam badan kita. Disebabkan itu, pengguna Shaklee akan setia dengan produk Shaklee.

5) Vitamin Shaklee membantu mertua untuk rasa lebih sihat dan mengatasi masalah kesihatan yang dialami pada usia kini. 

Jika mertua saya juga mempercayai Shaklee, anda bila lagi?

Hubungi Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978 

Banyak-banyak vitamin dan supplement di pasaran, hanya Shaklee sahaja mertua saya akan minta saya belikan. Bukan sedikit vitamin da...

4 comments:

Jus Kesihatan Untuk Menambah Tenaga - Vivix

7:45 am Emalin Mohd 0 Comments

Buah anggur samaada jus atau kismis memberikan banyak khasiat kepada kita. Itu info info yang kita ketahui.

Antara manfaatnya ialah bertindak sebagai antioksidan untuk mengelak daripada risiko kanser kepada mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga kepada kecantikan kulit.

Segalanya dengan anggur.


Shaklee juga ada mengeluarkan jus anggur namun berbeza dengan jus anggur yang ada di pasaran.

Vivix mengandungi 100mg Resveratrol dan 1200mg ekstrak kulit dan biji Muscadine Grape. Muscadine grape bukanlah anggur yang boleh diperolehi di pasaraya. Ia berasal dari kawasan dengan cuaca yang tidak menentu menyebabkan anggur ini terevolusi menjadi lebih besar, kuat dan mempunyai kulit yang lebih tebal dari angur biasa.

Saiz anggur muscadine (Vivix) berbanding anggur biasa

Istimewanya Vivix ini ia akan menggantikan sel-sel lama yang rosak dengan yang baru dan memberikan tenaga untuk melawan kerosakan pada sel sedia ada. Jadinya, badan akan menjadi lebih sihat secara semulajadi.

Vivix amat sesuai untuk orang yang sangat sibuk sebab hanya 1 sudu sehari sahaja. Jadi tidak perlu pening untuk fikirkan masa makan yang sesuai dan samaada dos sudah cukup atau belum untuk hari tersebut.

Selain itu antara kesan segera yang diperolehi ialah  rasa bertenaga keesokan hari jika diambil sebelum tidur.

Ini antara pengalaman yang telah mengamalkan Vivix:

Ada pesakit yang mengidap kanser tahap awal mendapati kesihatannya bertambah baik dengan Vivix. Ini disebabkan resveratrol di dalam Vivix dapat merencatkan sel kanser daripada menjadi lebih serius.

Vivix juga pernah berjaya menyelamatkan kaki pesakit yang mempunyai kandungan gula dalam darah yang tinggi yang hampir dipotong akibat luka yang sukar sembuh.

Vivix juga bagus untuk sendi dan elok diambil bersama Ostematrik untuk yang selalu mengalami sakit tulang belakang seperti slip disc. 

Vivix juga digunakan oleh penghisap rokok untuk berhenti merokok seperti yang terjadi pada lelaki dalam video ini.



Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Untuk tempahan / konsultansi percuma:
Pn Emalin Mohd (SMS / Whatsapp) 0192500978

Buah anggur samaada jus atau kismis memberikan banyak khasiat kepada kita. Itu info info yang kita ketahui. Antara manfaatnya ialah ber...

0 comments:

Idea Deko Ruang Tamu dan Ruang Makan Untuk Apartment

3:51 pm Emalin Mohd 5 Comments

Hari tu terbaca tentang rekabentuk ruang tamu dekat blogger Yanie. Terdetik di hati untuk buat perkara sama. 



Tujuannya nanti boleh buat rujukan bila nak buat makeover rumah. Terima kasih Yanie.

Pulak tu tiba-tiba ada keluar gambar ni dekat wall FB. Macam tau-tau je kan.

Rekabentuk ini sesuai untuk rumah apartment dan kondominium yang selalu berkongsi ruang tamu dan ruang makan. 

Haish..bila nak buat deko rumah macam ni?

Rumah sekarang kosong takda deko.

Jom layan gambar.


Suka deko yang ini. Memang boleh guna dekat rumah sebab layout sama. Cuma sofa warna putih kena tukar ke warna lain. Tak sanggup la tengok corak tambahan hasil kreativiti anak-anak.


Yang ini pun nampak redup mata memandang.


Cantik! Tapi tak berani nak cat rumah warna merah.


Gabungan warna dan hiasan dinding cantik.


Yang ini banyak main dengan lampu warna kuning. 


Deko ni suka sangat! Dinding coklat tu rasanya wallpaper 3D. Meja attach pada dinding tu boleh letak tisu atau kendi air. Taklah meja penuh sangat. Tambah cermin pun cantik.


Kalau keluasan kecil, sesuai deko ni. 


Rak buku tu cantik. Letak pada ruang kosong antara ruang tamu dan ruang makan. 

Imaginasi untuk deko rumah yang akan direalisasikan nanti....


Gabungan 3 deko ini dengan deko ketiga berada di ruang kosong macam deko 1 depan pintu.

Cantik tak?

Sumber gambar: Google

Hari tu terbaca tentang rekabentuk ruang tamu dekat blogger Yanie . Terdetik di hati untuk buat perkara sama.  Tujuannya nanti b...

5 comments:

Cara Mengurut Bayi Yang Betul Agar Bayi Tidak Meragam

4:44 pm Emalin Mohd 3 Comments

Apa perasaan kita ini sebagai orang dewasa selepas diurut? Rasa lega kan? Dapat pula tukang urut yang pandai keluarkan angin. Memang rasa ringan sahaja badan.



Begitu juga dengan bayi. Urutan dapat melegakan bayi dan mengurangkan ragam bayi. Urutan yang betul juga boleh mengurangkan kembung perut yang boleh terjadi kepada bayi.

Namun cara mengurut bayi berbeza dengan orang dewasa. Ia hendaklah dilakukan dengan lembut dan tidak terlalu kuat menekan kulit bayi.

Jom kenali cara mengurut bayi dengan betul berdasarkan 6 tempat yang boleh diurut.


Urutan ini selain daripada manfaat melegakan bayi juga merapatkan hubungan antara ibu dan anak melalui sentuhan. Jadikan ia momen bahagia untuk ibu dan anak.

Apa perasaan kita ini sebagai orang dewasa selepas diurut? Rasa lega kan? Dapat pula tukang urut yang pandai keluarkan angin. Memang rasa r...

3 comments: