6 Tips Untuk Menukar Kedudukan Bayi Songsang

3:00 pm Emalin Mohd 5 Comments

Songsang bermaksud punggung bayi berada di bahagian pelvis manakala kepalanya berada di bahagian atas. Kedudukan bayi songsang semasa awal kehamilan adalah normal dan biasanya akan berubah ketika kehamilan berumur 28 minggu hingga 32 minggu. 



Kelahiran bayi songsang mempunyai risiko dan ibu juga boleh berusaha untuk menukar kedudukan bayi dengan 6 tips ini:

1) Sujud lebih lama ketika solat


Ibu boleh melakukan kaedah seperti sujud ini selama 20 minit sehari dan lebih baik lagi jika ibu menambah solat sunat selain solat wajib dan bermohon pada Yang Esa semasa sujud agar bayi dalam kandungan berpusing dan tidak lagi songsang. 

Kedudukan semasa sujud membantu agar kepala bayi turun ke tempat yang sepatutnya.

2) Merangkak
Berada dalam posisi merangkak agar tarikan graviti membantu untuk kepala bayi berpusing ke bawah. Ibu boleh cuba posisi merangkak sambil membaca majalah dan berada dalam keadaan santai.

3) Suam vs Sejuk
Letakkan tuala suam di bahagian bawah rahim dan tuala atau pek ais di atas perut (pastikan perut dialas dengan tuala jika meletak pek ais). Dikatakan bayi cenderung untuk bergerak ke arah haba. Rasa sejuk di atas perut pula menyebabkan bayi berada tidak selesa dan mungkin bayi akan bertukar posisi.

4) Bercakap dengan bayi
Ibu boleh meletakkan headphone pada bawah rahim serta bercakap dengan bayi. Bayi dikatakan sudah boleh berinteraksi dengan bunyi dan mungkin akan memusingkan kedudukan untuk berada lebih dekat dengan bunyi tersebut.

5) Memujuk bayi
Ini antara nasihat yang selalu diberikan kepada ibu yang sedag hamil bayi berada dalam keadaan songsang. Pujuk bayi dengan sentiasa berkomunikasi dengan bayi agar menukar kedudukan supaya tidak lagi songsang.

6) Berdoa 
Kuasa Doa tiada batasnya dan doa seorang Ibu amat mujarab. Berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan dan supaya bayi tidak berada dalam keadaan posisi songsang.

Selain tips di atas yang boleh dilakukan sendiri di rumah, terdapat hospital dengan kepakaran doktor yang mencadangkan melakukan ECV iaitu External Cephalic Version. 

Doktor akan menekan abdomen dan cuba memusingkan posisi bayi dengan bantuan alat kelengkapan lengkap di hospital. Namun ia masih juga berisiko untuk dilakukan. 

Antara sebab-sebab bayi berada dalam keadaan songsang ialah air ketuban sikit, saiz bayi besar berbanding tulang pinggul, pernah melahirkan bayi pra matang dahulu dan juga rahim sudah bersifat anjal akibat melahirkan ramai anak.

Sebenarnya ada beberapa jenis songsang ini. Antaranya ialah:

Jenis kedudukan bayi songsang (Imej: Google)

Walaupun bayi berada dalam keadaan songsang, dengan kemajuan di negara ini InsyaAllah bayi dapat dilahirkan dengan selamat cuma mungkin ibu perlu bersedia untuk menghadapi pembedahan. Pastikan ibu mendapat nutrisi dengan secukupnya agar cukup bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi untuk menghadapi tempoh berpantang samaada melalui kelahiran normal atau pembedahan.

Songsang bermaksud punggung bayi berada di bahagian pelvis manakala kepalanya berada di bahagian atas. Kedudukan bayi songsang semasa awal ...

5 comments:

  1. bahaya jugak kalau kedudukan anak songsang pada saat melahirkan..bahaya pada nyawa ibu dan bayi..
    mujur tak pernah berhadapan dengan masalah ni masa mengandung ketiga-tiga anak saya dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ..
      Tapi insyaallah zaman moden ni selamat ibu dan bayi

      Delete
  2. saya tak tahu pun tentang cara bersujud boleh buat bayi kembali ke kedudukan betul..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indahnya setiap pergerakan solat kan?

      Delete
  3. Tips yang sangat menarik terutama yang no 3 tu. Boleh cuba. Thanks for sharing. Saya pon ada share Tips Untuk Luka Pembedahan Ceaserean Cepat Sembuh

    ReplyDelete