Tips Memberhentikan Pendarahan Hidung Pada Anak

3:36 pm Emalin Mohd 6 Comments

Darah keluar dari hidung anak? Kali pertama terjadi terasa cemas lebih-lebih lagi melihat darah pekat mengalir dari hidung anak. 

Jangan cemas jangan panik! Tapi jika tidak tahu apa yang perlu dilakukan memang mudah rasa panik sekiranya kali pertama berlaku pada anak sendiri.

Ini sedikit tips until mengehntikan pendarahan hidung anak.

Jangan minta anak menghembus darah keluar dari hidung dan jangan pula memicit hidung anak seperti gaya untuk membuang hingus anak.

Apa yang perlu dilakukan oleh ibu atau bapa ialah:

1) Memicit dengan lembut batang hidung yang berada selari dengan mata untuk memberhentikan pendarahan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

2) Kemudian cari benda sejuk seperti ice pack atau batu ais yang diletak dalam kain tuala dan letak di bahagian yang sama tadi iaitu di batang hidung yang berada selari dengan mata. Tak perlu terlalu sejuk sehingga rasa beku pula kulit anak. Cukup dengan rasa dingin. Ia bagi menghentikan pendarahan daripada berterusan.

3) Pastikan kepala anak tidak rendah daripada badan untuk mengelak darah termasuk semula ke dalam hidung.

4) Jika pendarahan terlalu lama dan tidak berhenti, bawalah berjumpa dengan doktor.


Model boikot ambil gambar..hihi

Ada kalanya darah keluar likat seperti darah bercampur dengan hingus. Itu sebenarnya darah sudah mula berhenti atau istilah orang putih blood clot.

Untik membersihkannya pula, gunakan kapas basah dan gumpal sedikit agar terbentuk hujung tajam pada kapas tersebut. Masukkan kapas basah tadi dan pusing perlahan-lahan bagi membersihkan darah yang masih ada di dalam hidung. Jangan picit untuk keluarkan darah tersebut. Ia akan melukakan lagi salur darah di dalam hidung dan mungkin menyebabkan pendarahan semula.

Kenapa pendarahan hidung terjadi?

Di dalam hidung terdapat banyak salur darah yang halus dan berada dalam keadaan yang sensitif. Pendarahan boleh berlaku apabila salur hidung menjadi terlalu kering menyebabkan pendarahan boleh berlaku.

Selain itu ia juga boleh berlaku disebabkan oleh:
  • Jangkitan kuman
  • Trauma termasuk anak yang suka korek hidung
  • Allergik
  • Tekanan darah tinggi
  • Perubahan hormon semasa ibu hamil
  • Pengambilan ubat cair darah
Selain itu juga boleh menggunakan spray nasal seperi nasal hygiene untuk mengurangkan kering di dalam salur hidung yang boleh menyebabkan pendarahan berlaku.

               Nasal spray dan ice pack.

Sekali anak pernah terkena, mungkin selepas ini akan kena lagi. Berhati-hati dan jangan panik.

Darah keluar dari hidung anak? Kali pertama terjadi terasa cemas lebih-lebih lagi melihat darah pekat mengalir dari hidung anak.  Janga...

6 comments:

  1. Budak2 memang kerap la hidung berdarah..masa kecik dulu pun jadi..heheh..tapi dah besar ni dah tau dah bila cuaca panas apa perku buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ingat bahaya bila keluar darah ni...Tapi rupanya sebab salur darah tu sensitif sahaja..

      Delete
  2. Wah saya tak pernah lagi. Minggu lepas jaga anak buah jatuh berdarah hidung pulak. Takut mak. Lap darah pelan-pelan pastu pujuk dia bagi cokelat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau darah berhenti lepas bagi coklat ok juga tu..hihi

      Delete
  3. saya agak phobia dengan darah..kalau darah sendiri masih ok lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau darah banyak-banyak memang takut juga lah kan..

      Delete